MakananTips Jimat

Cara Jimat Masak Nasi Sikit Dalam Mug, Tak Membazir Sebab Tak Berkerak Kalau Masak Nasi Dalam Mug

Tips Jimat Masak Nasi Guna Cawan Mug

Sumber: Facebook

Sekarang ni musim semua nak berjimat kan. Ye lah, harga barang mahal, gaji tak banyak, ada yang kena potong, ada juga yang hilang terus pendapatan. Jadi apa yang boleh buat kita terpaksa juga guna pelbagai cara untuk jimat. Antaranya ialah dengan cara masak nasi dalam mug.

Kenapa masak nasi dalam mug ni jimat? Sebab nanti tak adalah nasi tu berkerak dan melekat pada periuk rice cooker tu. Jadi boleh makan semuanya. Nak basuh pun mudah je nanti. Cara ni sesuai untuk yang duduk berdua ataupun bujang lah. Kalau satu keluarga tu ramai memang tidak lah kan.

Cara Masak Nasi Dalam Mug Atau Cawan

Perkongsian ini sebenarnya dikongsikan daripada salah seorang pengguna media sosial bernama Amalina Aziz. Cara ni juga boleh guna untuk orang yang tak boleh kalau tak makan nasi dalam satu hari tu. Jadi malam tu nak masak nasi juga boleh lah guna cara ni.

1. Ambil setengah mug beras

First sekali memang kena basuh lah dulu beras kan. Jadi sukatan dia adalah ambil setengah mug beras dan basuh seperti biasa. Mug tinggu yang selalu orang guna tu biasnya cukup untuk seroang makan. Tapi kalau rice cooker muat masuk 2 mug boleh buat satu lagi dengan sukatan sama.

2. Sukatan air sehingga hampir penuh mug

Bagi kuantiti air pulah, isikan air ke dalam mug agak-agak sehingga hampi penuh mug. Maksudnya beras tadi separuh mg, air separuh lagi mug.

Boleh juga menggunakan cawan atau bekas stainless steel yang tahan panas selain mug seramik yang tak mudah pecah ni.

3. Isikan Juga Air Dalam Rice Cooker

Letakkan mug di dalam rice cooker dan masukkan juga air di dalam periuk rice cooker sehinga lebih kurang separuh penuh

4. Tekan butang ‘Cook’

Selepas itu boleh tekan butang ‘Cook’ pada rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa sehingga butang bertukar kepada ‘Warm’

Siap, mudah je kan? sekarang boleh lah sedia untuk dimakan. Telangkupkan sahaja mug ke atas pinggan dan boleh lihat nasi tidak melekat.

Dengan tahu cara masak nasi dalam mug ni bolehla berjimat sebab tak perlu buang lagi kerak nasi yang melekat dekat dasar periuk tu. Dah lah nak makan seorang atau dua je kan, tapi rugi sebab kerak tu kalau kumpul boleh dapat segenggam nasi lagi. Nak tahu petua baiki nasi yang telah hangit boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button