KesihatanInformasi

10 Manfaat Bawang Merah Pada Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu. Nombor 8 Paling Mengejutkan!

Kelebihan Bawang Merah Untuk Kesihatan

Sumber Gambar Bukanaku

Rata-rata masakan di Malaysia ni, pasti akan menggunakan bawang, adakah banyak manfaat bawang merah ni? Kita boleh katalah, kalau masakan tu tak ada bawang, mesti tak sedap. Aroma dan rasanya mesti lain. Korang jangan terkejut pula kalau bahan masakan yang kadang-kadang boleh buat kita menangis ni, ada banyak manfaat yang baik untuk kesihatan. Dahlah buat masakan jadi sedap, bawang juga boleh buat kita lagi sihat!

7 Manfaat Bawang Merah dari Segi Kesihatan

Sumber Gambar UNSPLASH

Bawang sebenarnya dikenali sebagai superfood oleh pakar pemakanan kerana mengandungi nutrien yang banyak dan boleh mendatangkan manfaat pada kesihatan. Antara manfaat bawang merah yang kita boleh terima daripada bawang adalah:

1. Menguatkan Sistem Ketahanan Badan Jadi Tak Mudah Jatuh Sakit

Bawang sebenarnya sangat kaya dengan vitamin C yang boleh bantu untuk menguatkan lagi sistem ketahanan badan kita. Vitamin C ni sebenarnya penting dalam menghasilkan kolagen dalam badan kita, di mana kolagen ni berfungsi untuk sembuhkan luka dan kuatkan sistem imun badan. Bila imun badan tinggi, tak mudah kita jatuh sakit. 

Lepas ni, tak adalah korang senang demam bila makin banyak makan bawang. Ini tak, zaman belajar atau bekerja ni kita asyik sibuk dan selalu makan makanan segera, tu yang selalu sakit sebab tak cukup nutrien. Tengok macam orang dulu-dulu sihat je sebab diorang makan makanan segar dan bernutrien kan. Jadi buatlah pilihan yang bijak.

2. Membantu Penghadaman Jadi Senang Buang Air

Kalau korang selalu ada masalah nak buang air, mungkin bawang boleh bantu atasi masalah ni. Bawang mempunyai kandungan serat yang tinggi dan boleh membantu untuk menghasilkan bakteria yang baik, lalu ia boleh membantu dalam melancarkan sistem penghadaman korang. Selain tu, bahan kimia saponin dalam bawang juga boleh bantu untuk mengurangkan masalah sakit atau kekejangan perut. 

Ikutkan, lagi elok kalau makan bawang ni mentah-mentah. Gigit je macam korang gigit epal, tapi memang tak boleh telanlah kan. Selalu orang putih tu dia buat jadi salad, atau makan dengan sandwich. Tapi kita ni tekak orang melayu takut tak boleh terima kan, jadi korang boleh masak masakan yang banyak guna bawang seperti kari, asam pedas, dan masak kurma.

3. Mengawal Kandungan Gula dalam Darah dan Elak Penyakit Kencing Manis

Manfaat bawang merah yang seterusnya adalah bagi korang yang menghidapi kencing manis, bawang boleh membantu untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Bahan kimia biotin yang terdapat dalam bawang bukan je boleh mencantikkan kulit dan rambut, tapi ia juga boleh menurunkan daya tahan insulin dalam badan. Bila daya tahan insulin dalam badan rendah, bermaksud daripada berbelanja banyak untuk ubat dan bayar kos rawatan, boleh amalkan tips ni je.

4. Mengurangkan Kolesterol Jadi Kurang Risiko Terkena Sakit Jantung atau Strok

Sulfur yang terdapat dalam bawang sebenarnya berfungsi untuk mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada terus bergumpal dalam badan. Quercetin, sejenis antioksidan yang boleh ditemui dalam bawang boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan strok dengan cara mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan. Tak perlu beli suplemen tambahan yang mahal-mahal tu, dengan makan bawang ni pun boleh dapat khasiatnya. 

5. Bagus untuk Penghidap Amenia Untuk Yang Selalu Penat dan Pening Kepala

Amenia adalah sejenis penyakit yang membuatkan seseorang tu mempunyai kadar haemoglobin dalam darah yang kurang daripada biasa. Ini membuatkan seseorang tu cepat penat dan selalu pening-pening kepala. Bawang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi, dan ia boleh membantu dalam penghasilan haemoglobin dalam darah. Jadi, buat sesiapa yang selalu rasa penat tu, bolehlah cuba tips ni. Mana tahu menjadi, kan?

6. Meredakan Stres dan Mendapat Tidur yang Lebih Berkualiti

Sumber Gambar UNSPLASH

Kalau korang selalu ada masalah susah untuk tidur yang mungkin disebabkan oleh stres di tempat kerja, amat digalakkan untuk memperbanyakkan bawang dalam menu harian. Bawang mempunyai probiotik yang boleh membantu untuk meredakan stres lalu dapat meningkatkan kualiti tidur korang setiap malam. Tak perlulah korang belanjakan duit untuk beli minyak terapi yang mahal-mahal.

7. Meningkatkan Ketumpatan Tulang Jadi Tulang Lebih Kuat Dan Tak Rapuh

Selalu korang dengar kalau nak dapatkan tulang yang kuat, kena banyak minum susu kan? Sebenarnya ada je banyak lagi makanan lain yang boleh meningkatkan ketumpatan tulang dan salah satunya adalah bawang. Bawang dipercayai boleh kurangkan tekanan oksidatif dan tingkatkan tahap oksidan dalam badan, maksudnya ia boleh mencegah osteoporosis dengan menguatkan tulang.

8. Boleh Bantu Mengelakkan Kanser

Mana-mana sayuran yang datang daripada keluarga alium seperti bawang merah dan bawang putih, boleh membantu dalam mengurangkan risiko untuk menghidapi kanser. Kandungan sulfur dan antioksidan flavonoid dalam bawang juga boleh bantu untuk menghalang pertumbuhan tumor dalam badan. Mungkin, ini apa yang diamalkan oleh orang zaman dulu-dulu. Sebab tu diorang tak dapat banyak penyakit.

9. Merawat Gigi

Memang betul, selalunya kalau orang tu makan bawang, lagi-lagi bawang mentah, mulutnya mesti berbau. Tapi sebenarnya, kalau korang makan banyak bawang mentah, ia dapat membantu dalam menguatkan gigi dan menghilangkan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Kalau ada masalah gigi, mungkin korang boleh cuba tips ni. 

Tapi, jangan pula korang pergi ratah bawang mentah sebelum nak pergi ofis atau masjid pula. Sebaliknya, lebih baik korang amalkan tips ni pada waktu malam. Tak adalah orang terganggu dengan bau nafas berbawang tu.

10. Membuang Toksin dan Kelihatan Awet Muda

Haa, jangan tak percaya pula kalau bawang ni boleh bantu untuk buat korang nampak lagi awet muda. Selalunya, seseorang tu akan nampak lebih tua daripada umurnya bila banyak kewujudan radikal-radikal bebas dalam badan. Kandungan toksin yang tinggi juga boleh buatkan seseorang tu nampak tua. Antioksidan dalam bawang dapat membantu untuk menghapuskan semua tu lalu melambatkan proses penuaan!

 

Ternyata banyak khasiat dan manfaat bawang merah ni pada badan kita. Jadi, korang kenalah perbanyakkan bawang dalam masakan dan lagi elok kalau amalkan pemakanan bawang mentah setiap hari. Kalau risau mulut berbau, korang boleh je terus gosok gigi lepas makan bawang tu. Nak tahu kegunaan lain bawang selain untuk memasak? Boleh baca lanjut di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button