MakananInformasi

Apa Jadi Kalau Selalu Sangat Makan Maggi Atau Mi Segera? Korang Kena Baca Ni!

Cara Elakkan Makan Mi Segera Jadi Tak Elok

Korang mesti pernah makan mi segera atau biasanya kita panggil maggi tu kan? Selalu orang cari makanan ni sebab senang dimasak dan murah pula tu. Lagi-lagi masa hujung-hujung bulan gaji pun dah tinggal sikit atau masa belajar dulu, ianya boleh dikira sebagai makanan ruji dah.

Tapi ramai yang tak sedar, mee segera yang kita seronok hirup kuah dia dan makan setiap hari, sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan kita, lagi-lagi kalau diambil secara berlebihan. Antara masalah kesihatan yang boleh terjadi disebabkan oleh mee segera adalah:

Keburukan Makan Mi Segera Dengan Kerap

1. Mengganggu Pencernaan – Ambil Masa Berjam Untuk Proses!

Disebabkan mi segera ni termasuk dalam makanan yang diproses, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna sepenuhnya dalam perut. Malah boleh mencecah hingga berjam-jam lamanya! Proses pencernaan yang baik dibantu oleh nutrien dan mineral yang terdapat dalam sesuatu makanan tu. Sebab tu lah ia ambil masa lama untuk dihadam; ia mengandungi nutrien yang sedikit. Malah sampai boleh menyebabkan sembelit. Jadi, penyelesaiannya memang kena ambil makanan yang segar kerana mengandungi nutrisi yang baik untuk pencernaan kita.

Sumber Gambar Amazing Nara

2. Kerosakan Hati dan Buah Pinggang

Mi segera ni ada satu bahan yang dipanggil propylene glycol. Ia selalu digunakan untuk mengawal kelembapan dalam makanan dan membuatkan makanan tu bertahan lebih lama. Tapi apabila dimakan secara berlebihan, ia boleh merosakkan organ dalam badan kita, terutamanya hati dan buah pinggang. Jadi kena buat apa? Sebaiknya, lepas korang dah rebus mi tu, toskan dulu dan guna air panas yang baru pula untuk dijadikan kuah.

Sumber Gambar Cananglahnie

3. Keguguran

Kadang-kadang masa mengandung tu, korang boleh craving dengan macam-macam makanan, dan craving untuk makan mi segera juga tak terkecuali. Tak ada masalah untuk ibu mengandung memakan mee segera, asalkan kuantitinya sedikit. Sebab kalau ibu yang mengandung makan ia dalam kuantiti yang banyak, bahan kimia yang terdapat dalam perasa tersebut boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi bukan setakat pada ibu, tapi pada kandungan juga. Malah hingga boleh menyebabkan keguguran! Jadi sembunyikan siap-siap semua mi segera yang korang ada, atau lebih baik, jangan beli langsung!

4. Migrain yang Teruk

Rasanya semua orang dah maklum yang mi segera ni mengandungi MSG yang bertujuan untuk menambah lebih perisa. Ya betul, MSG lah yang buatkan ia lagi sedap! Tapi kalau diambil dalam kuantiti yang banyak, boleh melarat sampai mendapat sakit kepala yang teruk! Apa yang korang boleh lakukan adalah hanya gunakan separuh je serbuk tu, atau lebih baik jangan guna langsung. Masak mi segera dengan bahan-bahan segar kan lagi sedap?

Sumber Gambar Biovco

5. Obesiti

Terdapat satu kajian di Korea yang menunjukkan orang yang mengamalkan pemakanan harian diorang dengan mi segera boleh menghidap obesiti. Ini kerana dengan kandungan lemak dan natrium yang terdapat dalamnya yang boleh membuatkan berat badan semakin menaik. Selain tu, ia juga boleh menyebabkan pengekalan air dalam badan (water retention) yang menyebabkan peningkatan dalam berat badan. Ni selalu berlaku dekat orang yang kuat makan tapi malas nak masak akhirnya makan mi segera je di malam hari contohnya. Penyelesaiannya mungkin boleh gantikan dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan atau kekacang. Kenyang dan sihat lagi.

6. Mengganggu Hormon dalam Badan

Ada satu bahan kimia iaitu Bisphenol A (BPA) yang terdapat dalam plastik bungkusan mi segera yang boleh membuatkan hormon dalam badan korang terganggu. BPA ni dia boleh ‘menyamar’ jadi hormon estrogen. Jadi kalau wanita yang makan banyak mee segera, kewujudan BPA dalam badan boleh mengganggu kestabilan hormon estrogen dalam badan, yang akhirnya membuatkan kitaran hadi diorang terganggu. Kalau lelaki yang banyak makan mi segera pula, BPA ni akan beri kesan pada hormon seks, yang membuatkan nafsu seks diorang menurun. Solusinya, korang kena masak maggi tu dekat dalam periuk dan elakkan daripada tuang air panas ke dalam maggi jenis cawan tu.

Sumber Gambar Wikihow

7. Tekanan Darah Tinggi

Dengan kandungan natrium atau garam yang sangat banyak dalam mi segera, memang tak dapat disangkal lagi, kalau korang makan dengan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan akhirnya boleh mencetuskan sakit jantung. Jadi kurangkanlah makan mi segera dan banyakkan makanan yang lebih berkhasiat dan makanan kurang garam.

Sebenarnya, boleh je kalau korang nak makan mi segera. Cuma jangan makan banyak sangatlah dan jangan makan setiap hari. Kalau makan dalam kuantiti yang sikit, tak adalah korang boleh jatuh sakit. Ataupun kalau nak ‘sihatkan’ mi segera yang korang makan, boleh je tambah sayur dan protein supaya ia jadi makanan yang lebih sihat. Untuk korang yang selalu hujung bulan akan makan mi segera je sebab dah tak ada duit, kena belajar cara untuk uruskan kewangan sendiri. Jangan bila awal bulan makan mewah, nanti hujung bulan makan maggi. Kelak akan sengsara diri.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button