KewanganTips Jimat

Klinik Kerajaan VS Klinik Swasta, Yang Mana Satu Lagi Jimat Duit Atau Masa?

Perbandingan Klinik Kerajaan Dan Klinik Swasta

Kalau ditanyakan soalan “Antara klinik kerajaan vs klinik swasta, mana satu yang akan dipilih?”, pasti ramai yang akan memilih untuk pergi ke klinik kerajaan. Semua orang pun tahu yang caj rawatan klinik kerajaan jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan klinik swasta. Rundingan dengan doktor je pun dah sampai RM30 kalau dekat klinik swasta. 

Tapi betul ke klinik kerajaan ni serba-serbi lebih baik daripada klinik swasta? Jom kita tengok perbandingan dekat bawah ni.

Perbandingan Klinik Kerajaan Vs Klinik Swasta

1. Harga

Benda pertama sekali yang patut kita bincangkan, dah tentulah tentang harganya. Macam yang korang tahu, nak cek dekat klinik kerajaan tersangatlah murah, serendah RM1 je! Ini semua sebab kerajaan dah subsidikan penjagaan kesihatan semua rakyat Malaysia.

Kalau korang ke klinik swasta pula, bayaran yang dikenakan akan jadi lebih mahal sebab diorang perlu tanggung sendiri semua kos berkaitan dengan klinik tu. Tapi, kalau korang ada insurans/takaful kesihatan atau insurans yang disediakan oleh tempat kerja, bolehlah korang claim insurans dan tak perlu bayar apa-apa, dengan syarat perlu bayar dululah caj rawatannya. Tapi ada juga syarikat yang insuransnya memang secara automatik akan cover masatu juga, cuma perlu bagitahu nombor IC dan dari syarikat mana, jadi korang tak perlu bayar kos rawatan.

Sumber Gambar Riziqin

2. Waktu Operasi

Klinik kerajaan dan klinik swasta masing-masing mempunyai waktu operasi yang berbeza. Semua klinik kesihatan kerajaan, rata-ratanya mempunyai waktu operasi yang sama iaitu buka pukul 8 pagi dan tutup pada pukul 5 petang. Ada juga klinik kesihatan yang tutup pukul 7 malam. Jadi kadang-kadang, kalau korang nak pergi klinik kerajaan, sama ada korang kena ambil cuti sakit, ataupun terpaksa pergi lepas waktu pejabat. Tu pun kalau sempat.

Banyak klinik swasta pula yang tutup hingga lewat malam, malah ada juga yang buka 24 jam. Contohnya, kalau korang tiba-tiba demam panas malam-malam, bolehlah pergi ke klinik yang berdekatan sebab kadang-kadang nak pergi hospital jauh pula.

Sumber Gambar Facebook

3. Waktu Menunggu

© Astro Awani

Dah nama pun murah, mestilah ramai yang akan gunakan perkhidmatan klinik kerajaan. Bila dah ramai yang datang, waktu menunggunya pun akan jadi lebih lama. Kadang-kadang, boleh sampai 3 ke 4 jam kena tunggu sebelum nama dipanggil. Kalau korang tak nak tunggu lama, kena datang seawal jam 7 pula untuk beratur ambil nombor jadi yang paling awal supaya dipanggil lebih cepat.

Sebaliknya, barisan di klinik swasta tak ada lah panjang sangat. Waktu nak tunggu pun sekejap je sebab sesetengah klinik ada lebih dari seorang doktor. Kadang-kadang, lepas daftar, tak sempat nak duduk pun, nurse dah panggil. Kan kalau contoh korang demam, mestilah akan rasa tak larat dan kalau boleh nak cepat dapat ubat jadi boleh balik rumah rehat. Jadi kalau korang pergi klinik swasta, tak adalah nak kena tunggu lama.

Sumber Gambar Drafiqrahim

4. Persekitaran Klinik

Benda ni tak berlaku di semua klinik kesihatan kerajaan, tapi ramai juga pesakit yang melalui situasi ni: jururawat dan doktor yang tak mesra dan suka marah-marah. Mungkin diorang dah penat sebab perlu melayan sangat ramai pesakit setiap hari, jadi terlepaslah sifat negatif tu. Tapi ada je yang peramah dan sudi membantu kita kadang-kadang siap tolakkan kerusi roda lagi. 

Berbeza pula dengan staf di klinik swasta. Rata-rata semuanya akan bersikap mesra dan sangat sopan. Ya lah, diorang mesti menjaga reputasi klinik sebab kalau pesakit yang datang tak mendapat layanan yang terbaik, habislah bisnes klinik tu nanti bila semakin berkurangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Kesimpulannya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Mungkin klinik kerajaan mempunyai caj rawatan yang murah, tapi terpaksa menunggu lama, dan begitu juga sebaliknya untuk klinik swasta. Cadangan kitorang, korang boleh pergi ke klinik swasta untuk sakit-sakit biasa seperti demam dan batuk supaya tak perlulah kena tunggu lama. Dan untuk sakit yang lebih serius, lebih baik ke klinik kerajaan untuk caj rawatan yang lebih murah. Nak tahu cara bezakan keperluan dan kehendak, baca sini.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button