Kawan Susah & Lambat Bayar Hutang? Boleh Bawa Kes Ke Mahkamah, Tak Perlu Peguam Pun!
Cara Selesaikan Masalah Kawan Tak Nak Bayar Hutang
Dalam seumur hidup kita, mesti pernah paling kurang sekali kawan akan pinjam duit kita dan ada juga yang jenis susah bayar hutang tu balik. Kita bukan apa, kalau kawan tu dalam kesusahan atau kesempitan wang, tak sampai hati pula kalau tak tolong kan. Tapi ada juga di antara mereka yang ambil kesempatan atas kebaikan kita. Pinjam duit tapi liat atau susah betul nak bayar semula.
Mesti korang pernah lalui situasi macam ni kan? Kita yang bagi pinjam duit dekat orang tu tapi kita pula yang meminta macam pengemis untuk diorang bayar balik semula. Sebenarnya, kalau orang yang berhutang tu memang lambat sangat atau tak nak langsung bayar hutang kita, ada cara boleh buat. Tak perlu gunakan kekerasan pun, caranya adalah mengikut lunas undang-undang jadi jangan risau.
Cara Selesaikan Masalah Kawan Tak Nak Bayar Hutang
Ada ramai lagi tak tahu sebenarnya kita boleh bawa kes kawan lambat bayar hutang ni ke mahkamah sivil untuk menuntut supaya rakan membayar hutang dalam tempoh 30 hari. Yang best nya ianya tak perlu guna khidmat peguam pun. Berikut adalah langkah yang perlu diambil:
Langkah Buat Tuntutan Kecil
1. Hadir ke Mahkamah Sivil (Mahkamah Tuntutan Kecil)
2. Nyatakan ingin buka fail tuntutan kecil, dapatkan borang ‘Writ’ Mahkamah Tuntutan Kecil iaitu Borang 198
3. Isikan nama, kada pengenalan dan alamat sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut begitu juga maklumat bagi defendan, pihak yang dituntut.
4. Masukkan juga butiran tuntutan dalam Borang 198. Nyatakan apa yang dituntut dan bagaimana tuntutan itu berbangkit serta asas tuntutan tersebut.
5. Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah dalam 4 salinan
6. Buat bayaran fi pemfailan iaitu sebanyak RM20
7. Borang itu akan dimeterai mahkamah dan juga akan menetapkan tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan tersebut.
8. Setelah itu, borang writ itu haruslah diserahkan kepada defendan secara penyampaian kendiri atau menerusi pos berdaftar pra bayar.
9. Perbicaraan akan dijalankan, plaintif harus membuktikan kes terhadap defendan, jadi bawalah dokumen yang berkenaan untuk menunjukkan bukti telah meminjamkan wang tersebut. Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Contohnya:
- Apa perbualan, apa yang dipersetujui?
- Bila pinjaman dibuat?
- Sudah berapa lama tak bayar?
10. Selepas selesai keterangan plaintif, defendan pula akan memberi keterangan. Akhirnya setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, majistret akan memberi keputusannya
*Nota: Jumlah tuntutan hutang tersebut mestilah tidak melebihi RM5,000 kerana ia adalah Mahkamah Tuntutan Kecil
Sumber: Malaysianbar
Sumber Gambar Ladyinredplanner
Sekiranya pihak defendan mengaku salah meminjam tapi tak bayar, mahkamah akan beri arahan untuk membuat bayaran segera dalam masa 30 hari. Jika masih tak bayar dalam tempoh tersebut, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat iaitu defendan perlu bayar secara on the spot atau harta disita / waran tangkap akan dikeluarkan untuk ditahan.
Dah tahu langkah nak buat macam mana jadi lepasni tak perlu susah payah gertak kawan yang susah nak bayar balik hutang dah pinjam duit kita tu. Biar lepasni mahkamah yang buat tindakan baru dia takut dan bayar semula. Kalau rasa ramai kawan lain teraniaya dengan peminjam hutang tak bayar ni boleh share juga artikel ini pada mereka. Ramai tak tahu tuntut khairat kematian ASB bagi ahli keluarga yang telah pergi, boleh baca di SINI.