KewanganCara Mudah

Ramai Tak Tuntut Khairat Kematian ASB. Hanya Boleh Claim Dalam 6 Bulan Setelah Kematian. Simpanan RM10 pun boleh!

Cara Tuntut Khairat Kematian Amanah Saham Nasional Berhad (ASB)

Kebanyakan daripada kita masih tidak tahu sebenarnya boleh tuntut Khairat Kematian ASB atau Amanah Saham Nasional Berhad. ASB adalah salah satu jenis pelaburan yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana ianya dijamin tiada kerugian dan merupakan antara pelaburan paling selamat di Malaysia. Nak buka akaun ASB pun boleh buat online sahaja sekarang.

Baca Juga : Cara Buka Akaun & Melabur ASB Online

Rugi sebab ramai lagi pewaris si mati tidak tuntut khairat kematian yang disediakan oleh ASB ini. Tuntutan ini juga hanya boleh dibuat sebelum tempoh tertentu sahaja. Walaupun simpanan ASB si mati hanyalah serendah RM10 tetapi waris masih berhak menuntut khairat kematian. Malah bukan ASB sahaja, pendeposit ASN dan apa sahaja saham terbitan Permodalan Nasional Berhad (PNB)layak untuk membuat tuntutan jika pendeposit mati.

Cara Tuntut Khairat Kematian ASB Amanah Saham Nasional Berhad

Nak tahu cara untuk buat tuntutan khairat kematian ASB ini dan maklumat lanjut yang berkaitan, boleh rujuk panduan lanjut di bawah:

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan Khairat ASB adalah seperti berikut:

Pemohon:

  • Pemohon adalah waris kepada si mati / pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau
  • Salah seorang Penerima Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati

Unit Amanah Terlibat:

  • Si mati telah mendaftar sekurang-kurangnya satu tabung unit amanah ASNB dan mempunyai baki minimum 1 unit

Tempoh Tuntutan:

  • Permohonan diterima oleh ASNB dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh Kematian pemegang unit

Nota: Waris bukan Islam layak untuk menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam

Tempat Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan Khairat ASNB ini ianya boleh dilakukan mengikut prosedur terkini di:

  • Mana-mana cawangan ASNB
  • Ejen-ejen ASB (Bank-bank)

Kaedah Bayaran

Penuntut akan menerima bantuan Khairat ASNB dengan cara:

  • Tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran bantuan Khairat ASNB adalah berdasarkan jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:

Jumlah Pegangan Unit

Jumlah Khairat

Bawah 1,000.00 unit

RM200

1,000.00 unit dan ke atas

RM500

Ini bermaksud jika harga seunit adalah RM1, apabila si mati mempunyai simpanan RM1,000 ke bawah, jumlah bantuan khairat yang akan diterima waris adalah sebanyak RM200. Sekiranya melebihi RM1,000, jumlah bantuan khairat yang akan diterima pula adalah RM500.

Jadi mudah je kan nak tuntut khairat kematian ASB jika berlaku sebarang kematian ahli keluarga kita yang mempunyai simpanan di ASB. Mungkin ramai terlepas pandang perkara ini sebab tak tahu pun. Mana tahu duit ini boleh digunakan untuk membayar hutang si mati ataupun membantu menguruskan jenazah. Nak tahu cara buka akaun ASB selain daripada online, boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button