RumahCara Mudah

Ubat Gigi Boleh Guna Untuk Gilapkan Lampu Kereta? Ini Kegunaan Lain Ubat Gigi Selain Untuk Gigi

5 Kegunaan Lain Ubat Gigi Selain Untuk Menggosok Gigi

Korang tau tak ada banyak kegunaan lain ubat gigi sebenarnya selain untuk berus gigi setiap hari. Ubat gigi ialah benda wajib ada dalam setiap tandas di rumah. Ramai tak tahu, banyak masalah dalam kehidupan kita yang boleh kita baiki dengan menggunakan ubat gigi. Ini antara kegunaan lain ubat gigi yang korang mungkin belum tahu

Kegunaan Lain Ubat Gigi Selain Untuk Menggosok Gigi

1. Ubat Gigi Untuk Bersihkan Lampu Kereta!

Sumber Gambar The Vocket

Kalau lampu kereta korang mula nampak kabur macam gambar di atas, cukup ada ubat gigi, korang boleh pastikan lampu tersebut jadi berkilat semula. Ambil sedikit ubat gigi, letakkan di atas permukaan lampu kereta korang, kemudian sental perlahan dengan kain lembap, seelok-eloknya dalam arah putaran kecil, selama lebih kurang 5 minit. Bilas dengan air bersih dan biarkan kering.

Sepertimana ubat gigi mampu menanggalkan kesan kotoran pada gigi, ubat gigi juga mampu menanggalkan kotoran dan mengilatkan lampu kereta kerana terdapat bahan pelelas dalam ubat gigi yang mempunyai fungsi tersebut. Tak perlu bayar mahal-mahal tukar lampur baru dekat kedai.

 

2. Seterika Hangus? Ubat Gigi Boleh Selamatkan Seterika!

Sumber Gambar Youtube(House Keeper)

Setiap dari kita pasti pernah mengalami kejadian permukaan seterika hangus, selalunya kerana suhu yang digunakan terlalu tinggi. Kalau perkara ini terjadi, jangan buang seterika korang kerana seterika tersebut masih mampu diselamatkan.

Tunggu permukaan seterika tersebut sejuk, kemudian sapu ubat gigi di bahagian yang hangus tersebut dan biarkan selama 2-3 minit. Sifat alkali ubat gigi tersebut akan bertindak balas pada permukaan yang hangus tersebut untuk menanggalkannya. Lap dengan kain lembap yang bersih sehingga kesan hangus tersebut hilang.

 

3. Hilangkan Calar Kereta! Jimat Duit Banyak

Korang mesti rasa geram bila kereta korang calar kan. Ya lah kadang-kadang tu bukan sebab salah sendiri tapi orang lain buat silap kita yang kena. Kalau hantar ke kedai mesti dah kena caj berapa ringgit kan. Tak perlu risau dengan hanya guna ubat gigi yang ada dekat rumah korang tu boleh hilangkan calar yang ada pada kereta tu. Cara nak hilangkan mudah je boleh baca lanjut di SINI

 

4. Putih Dan Kilatkan Semula Getah Kasut Korang!

Sumber Gambar The Vocket

Getah tepi kasut yang selalunya berwarna putih, sudah menjadi kebiasaan akan menjadi kekuningan apabila kasut tersebut semakin berusia, terutamanya kasut jenis sneakers atau kasut sekolah. Bagi penggemar sneakers dan ibu bapa yang hendak memastikan anak mereka yang hadir ke sekolah dengan kasut yang bersih dan putih, segera ambil ubat gigi untuk mengatasi masalah ini.

Sapu ubat gigi di bahagian getah kasut tadi dan gosok dengan berus gigi. Percikkan sedikit air dan gosok lagi dengan berus gigi. Kemudian lap dengan kain lembap yang bersih dan korang akan nampak bahagian getah kasut yang kekuningan tadi kembali putih. Ini kerana dalam ubat gigi biasanya terdapat bahan pelelas yang bertindak sebagai ejen pemutih dan pembersih untuk gigi, namun dapat juga digunakan untuk memutih dan mebersihkan getah kasut.

 

5. Nak Bersihkan Sinki Dan Mangkuk Tandas Pun Boleh!

Sumber Gambar The Vocket

Ubat gigi juga boleh digunakan untuk mencuci dan mengilatkan mangkuk tandas dan sinki di rumah korang. Sebelum korang cuba tips ini, pastikan sinki dan mangkuk tandas di rumah korang diperbuat daripada seramik. Ubat gigi diformulasi khas untuk membersihkan gigi kita yang mempunyai sifat yang sama seperti seramik, dan kerana itu ubat gigi juga sangat berkesan jika digunakan untuk membersih dan mengilatkan barang yang diperbuat daripada seramik seperti sinki dan mangkuk tandas.

Sapu ubat gigi di sinki atau mangkuk tandas, kemudian sental dengan berus dan air. Bilas sehingga bersih, sinki dan tandas korang bukan sahaja akan bersih, namun juga turut akan lebih berkilat.

 

6. Kopi Tumpah Pada Baju? Guna Ubat Gigi Je!

Pernah tak korang dah basuh baju guna mesin tapi kesan tumpahan kopi, atau air lain masih ada melekat di baju atau kain dan seluar tu? Haa gunakan saja ubat gigi untuk hilangkan kesan tompok tumpahan air tu. Cara dia mudah je, ambil ubat gigi tersebut sapukan pada tempat terkena tumpahan air tersebut.

 

7. Bersih Dan Kilatkan Kuku Guna Ubat Gigi!

Sumber Gambar Youtube(T&T Beauty)

Kuku dan gigi kita mempunyai sifat yang serupa kerana terdiri dari sifat yang serupa. Ubat gigi merupakan salah satu bahan yang sangat berkesan untuk membersihkan dan mengilatkan kuku. Di samping itu, kalsium dan fluorida yang terdapat pada ubat gigi juga boleh membantu menguatkan kuku kita.

Sapu ubat gigi pada kuku dan biarkan selama 2-3 minit. Gosokkan dengan berus gigi dan bilas dengan air sehingga bersih. Kuku korang akan menjadi lebih bersih dan berkilat selepas itu. Hal ini kerana dalam ubat gigi juga terdapat bahan pelelas yang membantu mengilatkan kuku korang.

 

Ini 5 kegunaan lain ubat gigi yang korang boleh cuba untuk memudahkan urusan kehidupan seharian. Untuk pastikan penggunaannya berkesan, korang juga kena pastikan cara yang digunakan betul dan tepat mengikut arahan. Kalau nak tahu kegunaan lain ubat kumur pula boleh baca lanjut di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button