Cara MudahInformasi

10 Kegunaan Lain Ubat Kumur Antiseptik Yang Masih Ramai Tak Tahu!

Cara Guna Ubat Listerine Bagi Pelbagai Kegunaan Lain Selain Berkumur

Korang mesti pernah beli ubat kumur antiseptik ni kan untuk buang kuman di mulut. Mungkin ada juga yang panggil listerine sebab itu jenama yang popular tapi ada je cecair ubat kumur antiseptik yang lain juga. Kebanyakan orang hanya tahu ubat kumur ni boleh guna untuk mulut sahaja. Tapi sebenarnya ada pelbagai kegunaan lain yang ramai tak tahu lagi.

Terdapat beberapa isi kandungan dalam cecair ubat kumur antiseptik antaranya thymol, methyl salicylate, Eucalyptol dan Menthol. Menthol adalah bahan yang memberi rasa seperti terbakar atau burning sensation semasa kita berkumur tu. Bahan-bahan yang terkandung dalam cecair ini boleh memberi manfaat pada kegunaan lain juga selain berkumur.

Cara Guna Ubat Kumur Untuk Pelbagai Kegunaan Lain Selain Berkumur

Perkongsian ini telah dikongsikan oleh saudara Shairy Hanapiah di Facebook. Selain berguna untuk mewangikan mulut dan juga bagus untuk memastikan mulut sentiasa bersih daripada kuman, berikut adalah antara kegunaan lain ubat berkumur:

Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak

Ya jangan gelak, ini perkara betul. Ubat kumur ini mampu menghilangkan bau yang kurang senang pada ketiak korang. Dikatakan ianya mampu menghilangkan bau tengik dan memberikan bau yang lebih segar. Tak percaya cuba buat dulu.

Mudah je caranya tuangkan sedikit listerine ke ata bebola kapas atau cotton sheet. Kalau tak ada mungkin boleh guna tisu atau kain putih je. Lepastu sental ketiak korang.

Kurangkan Kegatalan Akibat Gigitan Serangga

Kadang-kadang di rumah kita digigit nyamuk atau kalau pergi ke kebun boleh digigit semut kerengga. Jadi ubat kumur ni juga mampu untuk mengurangkan atau hilangkan rasa gatal akibat gigitan serangga tau.

Caranya adalah dengan tuangkan sedikit listerine ke tapak tangan dan sapukan di kawasan yang terkena gigitan tersebut. Lepas sapu ianya akan bantu melegakan kegatalan dan juga mengelakkan kesan gigitan tersebut menjadi lebih teruk atau lebam.

Membasmi Kuman Pada Mangkuk Tandas

Disebabkan ubat kumur ini tujuannya adalah untuk membasmi kuman yang ada di dalam mulut, maka pastinya ia juga dapat membasmi kuman di mangkuk tandas korang juga. Ni korang bolehla buat jika pembersih tandas korang dah habis. Ada alternatif untuk buang kuman yang ada dekat mangkuk tandas tu kan. Dikatakan lebih kurang 3.2 juta bagi setiap inci persegi kuman atau bakteria yang ada di mangkuk tandas tu.

Cara nak bersihkan pun tak susah hanya tuangkan ubat kumur tu dan sental mangkuk tanda dengan menggunakan berus. Selain kuman yang mati, mangkuk tandas pun jadi lebih wangi.

Membantu Menghilangkan Kelemumur Rambut

Yang ni buat mereka yang banyak kelemumur di rambut tu. Kadang dah guna produk macam-macam pun tak hilang kan. Kalau tak pun kena beli yang mahal atau dapatkan rawatan di salun yang juga akan menelan kos yang banyak kan. Jadi cuba je guna listerine ni dulu jimat sikit.

Caranya basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan ubat kumur secukupnya di atas kepala. Urutkan dan usap ubat kumur ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Lebih menarik jika dapat balutkan kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Lepastu bilas je rambut seperti biasa

Menghilangkan Kutu Pada Bulu Haiwan

Bagi penggemar kucing, tips ini buat korang semua. Kadang-kadang bulu kucing peliharaan boleh diserang kutu kan. Jadi tak perlu beli ubat mahal atau bawa ke klinik dulu, boleh cuba guna listerine je. Tapi kalau dah melarat tu bawa je lah nanti sakit pulak kan.

Caranya campurkan listerine dengan air dan semburkan ke bulu kuncing tersebut. Selain itu boleh juga campurkan sahaja dengan syampu mandian ketika memamndikan kucing tersebut. Pasti kutu-kutu akan lari daripada bulu kucing korang tu nanti.

Membersihkan Jerawat Daripada Muka

Ini pula bagi korang yang ada masalah pada kulit muka iaitu berjerawat. Mungkin ramai dan habis belanja guna pelbagai produk pencuci muka yang mahal tapi jerawat korang masih tak hilang-hilang. Guna je ubat kumur ni mana tahu boleh kurangkan masalah jerawat di muka korang tu.

Cara untuk hilangkan jerawat guna listerine adalah dengan sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat tersebut akan mengecut dan hilang. Tapi kalau semakin teruk pulak baik korang pergi je ke klinik takut kulit muka tu ada alahan atau sebagainya.

Membasmi Kuman Pada Berus Gigi

Bunyi macam pelik kan? Kita berus gigi guna berus untuk buang kuman tapi tahu tak di berus gigi tu sendiri kadang-kadang tertinggal sisa kuman. Yelah lepas berus kadang korang cuci dengan air je kan. Kalau selalu tukar berus gigi tak apa ini setahun sekali tukar memang banyak lah kuman nya.

Jadi cara untuk hilangkan kuman di berus gigi tu mudah je, tuangkan listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2 atau 3 jam untuk membunuh segala kuman yang ada. Barulah yakin sikit nak guna berus gigi buang kuman pada mulut lepasni kan.

Bersihkan Skrin TV atau Monitor Komputer

Perasan tak kadang-kadang kotoran seperti habuk di skrin TV atau monitor komputer tu susah betul nak hilang. Kalau guna kain lap tu lepas lap mesti macam ada je lagi habuk yang tinggal. Sebenarnya tips dia adalah gunakan listerine atau ubat kumur.

Caranya spray atau tuangkan sedikit ubat kumur ke atas kain dan sapukan secara perlahan pada skirn dan monitor. Jangan pula sental kuat-kuat nanti rosak terus skrin tu dah susah.

Menghilangkan Bau Busuk Di Tong Sampah

Tong sampah ni adalah bahagian yang paling busuk dalam rumah kita kan. Mana tak nya sampah-sampah dibuang setiap hari dalam tong tu. Kalau lori sampah tang angkat sampah dalam beberapa hari memang sampah tu akan jadi busuk dan berbau kan. Sebenarnya ubat kumur boleh kurangkan atau hilangkan bau busuk tong sampah.

Caranya adalah ambil kain buruk atau yang tak dipakai lagi dan rendamkan dengan sedikit listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Ianya akan membantu menyerap bau busuk yang ada dan tong sampah tidak lagi berbau busuk yang kuat

Melegakan Masalah Kaki

Masalah pada kaki seperti cagu pastinya menyebabkan korang kurang selesa. Bukan sakit je tapi bau pun kurang menyenangkan kadang-kadang kan. Kalau dah guna ubat yang klinik bagi pun masalah masih kembali terjadi, apa kata cuba gunakan listerine.

Caranya tuangkan listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Lepastu rendamkan kaki korang ke dalam besen tersebut selama lebih kurang 30 minit. Selepas itu boleh lihat hasilnya, kulit kaki akan menjadi lebih cantik dan sihat.

Macam-macam kegunaan yang boleh dibuat dengan ubat kumur antiseptik ni kan? Ingatkan boleh guna untuk mulut je tapi rupanya macam-macam manfaat lagi boleh kita dapati. Jadi kalau nak beli listerine tu tak perlu lah fikir dua kali lagi sebab kalau tak habis pun boleh guna untuk benda lain kan. Kalau nak tahu kegunaan lain tepung jagung pula boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button