InformasiCara Mudah

Tong Sampah Dalam Rumah Selalu Bau Busuk? Guna Tepung Jagung Je! Ini Kegunaan Tepung Jagung Selain Untuk Masakan

Tips Guna Tepung Jagung Untuk Pelbagai Perkara Selain Masakan

Selalunya kita akan beli tepung jagung untuk memasak sesuatu resipi tapi ramai tak tahu kegunaan tepung jagung selain untuk masak. Tak kiralah sama ada puding ataupun untuk pekatkan kuah, dan seterusnya paket tepung jagung tu kita akan simpan terus dalam kabinet dapur, tak digunakan dah. Kebanyakan masakan kita tak banyak gunakan tepung jagung, tapi setiap dapur pasti akan ada lebihan tepung jagung yang dah tak digunakan lagi. Sebab selalunya, resipi yang memerlukan tepung jagung, akan gunakan sesudu dua je, maka ada banyaklah lebihan yang korang sendiri tak tahu nak gunakan untuk apa.

8 Kegunaan Tepung Jagung Selain Untuk Masakan

Sebenarnya, ada banyak lagi kegunaan tepung jagung yang lain, yang korang boleh gunakan luar dari dapur. Sama ada untuk meleraikan simpulan yang ketat, hinggalah merawat kesan gatal pada kulit, korang pasti akan terkejut betapa serba bolehnya tepung jagung ni.

1. Melegakan Kulit yang Rengsa

Sumber Gambar One Good Thing

Kulit korang merengsa sebab digigit serangga, terkena sunburn, ataupun ruam? Tepung jagung boleh digunakan untuk meredakan semua masalah ni. Caranya senang je: 

  • Campurkan 3 sudu tepung jagung dengan sedikit air untuk menghasilkan pes yang pekat. 
  • Gunakan kapas untuk membubuh pes pekat tersebut pada bahagian kulit yang merengsa.
  • Biarkan sehingga kering, sebelum basuh dengan air.
  • Ulang sehingga rasa gatal atau ruam hilang.

2. Meleraikan Simpulan

Sumber Gambar One Good Thing

Tali kasut atau seluar korang diikat dengan simpul mati sampai susah nak buka? Tepung jagung boleh bantu! Taburkan je tepung jagung pada bahagian simpulan dan gosokkannya dengan jari. Tepung jagung tu nanti akan mengurangkan geseran antara tali, dan melonggarkan simpulan dan ia pun dapat dileraikan dengan mudah.

3. Menggilap Kutleri – Sudu, Garpu dan Bekas

Sumber Gambar One Good Thing

Mungkin korang nak buat open house ataupun jamuan hari jadi di rumah, jadi dah tibalah masanya untuk bawa keluar kutleri yang memang dikhaskan untuk majlis-majlis istimewa. Tapi sedihnya bila kutleri yang korang bawa keluar tu nampak malap dan tak bersinar. Korang boleh atasi masalah ni dengan menggunakan pes tepung jagung dan bubuh pada kutleri tersebut. Bila pes tu dah kering, korang boleh buang kepingan tepung jagung kering dan lapkan dengan kain lembut sampai berkilat.

4. Bersihkan Tingkap

Tengah cuba cari jalan untuk bersihkan tingkap tanpa meninggalkan apa-apa kesan? Campurkan je sesudu tepung jagung dengan campuran air dan cuka. Goncangkan sampai sebati sebelum semburkan pada tingkap dan lapkan dengan kain bersih. Tepung jagung mempunyai partikel yang sangat halus, membuatkannya senang untuk memerangkap habuk-habuk kecil di tingkap.

5. Hilangkan Kesan Berminyak

Kadang-kadang, kita tak sengaja terjatuhkan ayam goreng yang kita tengah makan ke atas karpet di ruang tamu, meninggalkan kesan minyak di situ. Jangan lap dengan kain basah atau tisu sebab ia akan membuatkan kotoran tu lagi teruk. Sebaliknya, taburkan tepung jagung di bahagian yang berminyak selama 15-20 minit. Tepung jagung akan menyerap kesan berminyak pada karpet tersebut. 

7. Menyerap Bau Busuk Tong Sampah

Tepung jagung adalah bahan menyerap yang sangat bagus. Ia boleh menghilangkan apa-apa bau busuk dengan menyerap bau tersebut dan menggantikan dengan bau yang lebih segar. Sebelum korang nak letakkan plastik sampah, taburkan beberapa sudu tepung jagung ke dasar tong sampah. Dengan cara ni, tong sampah korang tak lagi berbau walaupun dah terisi penuh.

7. Mengeringkan Luka atau Kesan Melecet

Sumber Gambar Doctor Oz

Luka, lagi-lagi kesan melecet, sering kali akan mengeluarkan cecair, yang membuatkan kulit yang terdedah tu lembap dan boleh jadi tempat kuman dan bakteria membiak. Untuk elakkan ni, sapukan sedikit tepung jagung pada luka untuk memastikan luka kekal kering, sebelum tampal dengan plaster.

8. Menghilangkan Bau pada Kaki

Sesiapa yang ada masalah kaki berbau, boleh cuba cara ni. Sapukan tepung jagung pada seluruh kaki. Bau pada kaki selalunya datang daripada bakteria yang hidup di kawasan kaki yang lembap. Jadi kalau kaki korang cepat berpeluh, bolehlah cuba cara ni untuk memastikan kaki sentiasa kering. Bau busuk pun akan turut hilang!

Sebenarnya, banyak je kan kegunaan tepung jagung selain untuk masak. Lepas ni, tak adalah korang simpan lebihan tepung jagung dalam kabinet je. Dan kalau nak pastikan tepung jagung kekal segar, simpan tepung jagung dalam bekas dan letakkan di tempat yang kering dan sejuk. Kalau nak hilangkan hitam pada periuk boleh guna soda bikarbonat je, baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button