KewanganCara Mudah

Tak Perlu Pergi Bank Pun, Ini Cara Daftar Online Banking Bagi Maybank. Boleh Beli Barang Murah Online Lepasni.

Cara Daftar Maybank2u Online

Sekarang ni, online shopping dah jadi satu kebiasaan untuk semua orang. Malah, ramai orang rasa lebih selesa untuk melakukan pembelian secara dalam talian sebab tak perlu nak bergerak ke mana-mana pun dan barang yang kita nak pun senang je didapati. Cuma perlu search je jenis barang yang nak dibeli, pasti akan jumpa.

Bila dah pembelian dilakukan secara online, transaksi pembayarannya pun lebih mudah kalau dilakukan secara online juga. Tak ramai lagi yang sanggup nak ke ATM untuk memindahkan duit secara manual. Sebab itu semua bank sediakan platform online banking untuk memudahkan semua orang melakukan transaksi berikut.

Cara Mendaftar Maybank2U Secara Online

Salah satu bank yang menyediakan platform online banking adalah Maybank. Maybank adalah salah satu bank yang menjadi pilihan ramai disebabkan oleh servisnya yang baik dan rangkaiannya yang meliputi seluruh Malaysia.

Kalau korang adalah pelanggan Maybank tapi belum daftar untuk Maybank2U, bolehlah ikuti langkah-langkahnya di bawah ni. Tak susah pun, dan semuanya pun boleh dilakukan di rumah je. Tak perlu nak ke bank pun.

  • Pergi laman web Maybank2U dan klik Register Now.
  • Isikan 16 digit nombor kad bank dan 6 digit nombor PIN.
  • Klik di kotak ‘I Agree’ dan kemudian klik Continue.

  • Isikan segala maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang korang isi tu semuanya mengikuti syarat yang dikehendaki, iaitu:
    • Username mestilah mengandungi huruf dan nombor, antara 6-16 aksara.
    • Password pula perlulah antara 8-12 aksara;
    • Mesti mengandungi paling kurang 1 huruf besar, 1 huruf kecil, 1 nombor dan 1 aksara istimewa;
    • Tak boleh mengandungi aksara yang berturutan seperti 123 atau abc;
    • Tak boleh mengandungi jarak;
    • Dan tak boleh sama dengan Username ID dan nama sekuriti.
  • Isikan nombor OTP yang dihantar ke nombor telefon dan klik Confirm.

  • Tingkatkan ciri keselamatan akaun Maybank2U korang dengan menjawab beberapa soalan-soalan sekuriti. Pastikan jangan letak jawapan yang ada kaitan dengan password korang, tapi dalam masa yang sama, jawapan tu mestilah mudah diingati.

  • Lepas klik Done, akaun Maybank2U korang pun dah siap!

Cara Log Masuk ke dalam Akaun Maybank2U

Lepas dah siap daftarkan akaun Maybank2U, korang kena tahu pula cara nak log masuk.

  • Di laman web Maybank2U, masukkan username dan password yang korang dah daftar tadi.
  • Pastikan gambar dan nama sekuriti unik korang sama dengan apa yang telah didaftarkan, barulah klik Yes.
  • Dan korang dah berjaya log masuk! 

 

Bila dah siap akaun Maybank2U, bolehlah korang online shopping sampai puas! Tapi ingat, beli ikut kemampuan diri dan jangan sampai membazir pula! Sebelum nak buat transkasi secara dalam talian, lebih baik korang ketahui tips-tips keselamatan ni dulu:

  • Jangan dedahkan butiran kad bank, nombor PIN dan kod TAC kepada sesiapa pun.
  • Jangan gunakan username dan password yang sama untuk online platform yang lain.
  • Lindungi semua gajet korang dengan software anti-virus yang masih aktif.

Korang tahu tak, Maybank2U ni ada fungsi seperti tabung yang korang boleh buat untuk simpan duit. Kalau nak tahu macam mana fungsinya, boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button