RumahCara Mudah

Tapak Periuk Hitam Berjelaga? Ini Tips Bersihkan Periuk Hitam Jadi Berkilat Seperti Baru!

Cara Mudah Cuci Periuk Hitam Berjelaga

Apa tips bersihkan periuk hitam? Selain daripada kuali, periuk juga antara perkakas memasak yang wajib ada di dapur. Ini kerana kebanyakan masakan Melayu jenis berkuah. Jadi periuk adalah perkakas dapur yang sangat sesuai untuk memasaknya. 

Ada sesetengah orang menggunakan sebuah periuk je selama berbelas tahun lamanya, sampaikan dasar periuk tersebut menjadi hitam. Ada orang kata, semakin hitam dasar periuk tu, semakin lejen orang tu dalam bidang masakan (mungkin disebabkan dia telah memasak berpuluh jenis masakan di dalam periuk tersebut).

Dasar Periuk yang Hitam Sebenarnya Berbahaya!

Kalau korang ada pemikiran seperti yang di atas ni, baik tukar pemikiran tersebut cepat-cepat sebab periuk yang mempunyai dasar hitam boleh membahayakan kesihatan, sehingga boleh menyebabkan kanser! Lapisan hitam di dasar periuk selalunya mempunyai bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs), acrylamide, dan furans. Bayangkanlah setiap hari kita menyediakan makanan yang mungkin bercampur dengan bahan-bahan kimia ni kepada keluarga kita. Kan bahaya tu!

Tapi adakah korang perlu membuang semua periuk-periuk yang sudah berlapis hitam? Jawapannya jangan buang dulu, sebab ada tips yang mudah untuk menanggalkan lapisan hitam ni daripada dasar periuk korang. Jadi tak perlulah keluar duit nak beli periuk yang baru pula! Jimat dekat situ.

Tips Bersihkan Periuk Hitam, Hilangkan Jelaga pada Tapak Periuk

Nak hilangkan kesan jelaga ni senang je. Ikut je tips dekat bawah ni dan korang dah tak perlu lagi nak menyental kesan jelaga dengan berus dawai sampai rosak tapak periuk tu.

  • Sediakan bahan-bahan ni terlebih dulu:
    • Air panas
    • Cuka makanan
    • Soda bikarbonat
    • Berus dawai
  • Di dalam sebuah besen, campurkan air panas yang mendidih dengan setengah cawan cuka makanan dan 5 sudu besar soda bikarbonat.
  • Rendamkan periuk tadi (tapak dahulu) ke dalam besen tadi selama 30 minit.
  • Sental dengan menggunakan berus dawai. Lapisan jelaga akan lebih mudah tertanggal selepas direndamkan di dalam campuran air tadi.
  • Dan hasilnya, tapak periuk korang akan kembali bersih dan berkilat seperti baru!

Satu lagi cara lain yang korang boleh gunakan adalah dengan menggunakan berus dawai Kedai Eco. Contoh di bawah ni menggunakan cerek, tapi cara yang sama boleh digunakan untuk memersihkan jelaga di tapak periuk.

  • Cari berus yang seperti di bawah ni di kedai Eco atau kedai RM2 yang berdekatan dengan korang.

Sumber Gambar Pemborong Kedai RM2

  • Pasangkan pada mesin dril. Pastikan ia dipasang dengan ketat supaya tak adalah tercabut pula dawainya masa proses pembersihan dilakukan nanti.

  • Basahkan tapak periuk dengan sedikit air dan dengan kelajuan yang sederhana, kilatkan tapak periuk dengan dawai tadi.

  • Ulang sampailah semua kesan jelaga hilang dan yang tinggal tapak periuk yang berkilat!

Senang je kan nak hilangkan kesan jelaga pada tapak periuk? Ikut je tips bersihkan periuk hitam yang kitorang dah kongsikan di atas, dan korang tak perlu lagi beli periuk yang baru! Boleh guna je periuk lama banyak kali tanpa risau lapisan jelaga yang boleh membahayakan kesihatan tu.

Kalau nak memasak, salah satu benda wajib ada kalau guna dapur gas adalah gas memasak. Tapi korang tahu tak gas memasak tu boleh meletup kalau tak jaga dengan betu. Nak tahu tips elak gas memasak meletup boleh baca di sini

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button