InformasiCara MudahRumah

Awas Tong Gas Boleh Meletup Kalau Buat Macam Ni! Tengok 6 Tips Ini Untuk Elak Tong Gas Meletup

6 Tips Elak Tong Gas Meletup

Tanpa gas, korang takkan boleh memasak (melainkan kalau guna dapur elektriklah). Tapi nak guna dapur gas ni, ada cara-caranya juga. Sebab kalau tak guna dengan betul, risiko untuk tong gas tu meletup sangat tinggi! Dah banyak kes tong gas meletup yang masuk berita, dan semuanya kerana kecuaian pengguna dan diorang sendiri tak tahu apa cara yang betul untuk pastikan tong gas tu dapat digunakan tanpa apa-apa risiko.

6 Tips Elak Tong Gas Meletup, Nombor 2 Tu Orang Selalu Lupa! 

Kemalangan tong gas meletup boleh terjadi pada bila-bila masa je. Sebab tu kita kena ambil langkah keselamatan untuk elakkan daripada kejadian tong gas meletup berlaku, dan mencederakan ahli keluarga kita. Ada 5 tips yang korang boleh cuba untuk elakkan daripada tong gas meletup, iaitu:

1. Letakkan Tong Gas dalam Keadaan Menegak – Jangan Baringkan!

Sumber Gambar Siakap Keli Press

Tong gas memang dah dibina untuk diletakkan dalam keadaan menegak. Korang jangan pandai-pandai nak baringkannya pula sebab kalau tong gas tu dibaringkan, risiko untuk gas bocor lagi tinggi dan tekanan dalam tong gas tu pula akan tertumpu pada injap je yang membuatkan ia lagi senang nak meletup.

2. Jangan Simpan Tong Gas di Tempat Tertutup Supaya Dapat Hidu Jika Gas Bocor.

Sumber Gambar Info Je

Mungkin kabinet bawah tempat letak dapur gas tu ada ruang, dan korang fikir lagi elok letak tong gas dekat situ. Lagipun tak adalah dapur nampak bersepah ke apa kan. Sebenarnya tak boleh buat macam tu. Tong gas patut diletakkan di tempat yang terbuka dan ada pengudaraan yang bagus. Nanti kalau ada kebocoran gas, korang akan boleh hidu baunya, kalau nak dibandingkan letak tong gas dalam tempat tertutup.

Tapi kalau korang nak letak tong gas di tempat yang tertutup pun, boleh je. Korang kena pastikan yang ada ruang pengudaraan di bahagian belakangnya, supaya kalau ada gas bocor ke apa masih boleh hidu. Lazimnya kabinet dapur yang dijual di pasaran tu bahagian belakang tempat gas memang kosong, tapi korang jangan rapatkan pula ke dinding ya! 

3. Dapur Gas Diletakkan Di Posisi Betul – Lebih Tinggi daripada Tong Gas

Sumber Gambar Momsresepi

Jarak yang disyorkan oleh Petronas untuk meletakkan dapur gas adalah 1 ke 1.5 meter daripada tong gas. Selalunya, panjang hos gas memang lebih daripada 1 meter pun. Jadi, korang boleh gunakan hos tu sebagai ukuran. Dapur gas korang pun perlu diletakkan lebih tinggi daripada tong gas dan jangan meletakkan apa-apa perkakas dapur seperti kuali atau periuk yang panas di atas tong gas sebab boleh risiko untuk meletup kalau ada kebocoran gas.

Jadi solusinya, senang cerita baik korang beli je kabinet dapur yang betul sebab ketinggian dia memang dah diselaraskan. Dapur gas pun beli yang seeloknya ada cop SIRIM atau dipercayai selamat. Jangan kira cantik je dan murah nak beli. Sebab ada beberapa kes dapur gas kaca pecah berderai meletup mungkin kerana tidak tahan haba dan sebagainya. 

4. Gantikan Hos Gas Setiap Dua Tahun

Sumber Gambar My Metro

Korang kena cek hos yang dipakai untuk tong gas, dah berapa lama digunakan? Kalau dah terlalu lama pakai hos yang sama, ia boleh mengeras dan patah. Satu lagi, pastikan hos yang korang guna tu hos yang berwarna hitam, dan bukannya yang lut sinar. Walaupun hos lut sinar tu lagi senang didapati, tapi ia tak sekuat atau setebal hos yang berwarna hitam.

Pastikan hos yang korang beli tu juga ada cop daripada SIRIM. Harganya selalu dalam lingkungan RM30. mungkin nampak mahal, tapi lebih baik beli barang yang mahal dan berkualiti, daripada beli hos gas yang murah dan senang bocor dan perlu diganti berkali-kali. Makin mahal jugak jadinya nanti. Kalau nak check  paip gas korang bocor tak tengok cara di bawah. 

5. Apa Nak Buat Kalau Terbau Gas?

Kalau korang masuk dapur tiba-tiba ada terbau busuk atau bau gas, bermakna ada kebocoran pada tong gas. Tutup semua punca api dan jangan hidupkan apa-apa perkakas elektrik. Guna air sabun untuk kesan mana bahagian yang bocor.

Caranya adalah:

  1. Rendamkan span dalam air sabun dan lapkan pada hos gas.
  2. Tempat yang berbuih bermaksud ada kebocoran di situ.

Sumber Gambar Petronas Manjoi

Buka alat atur gas dan alihkan tong gas ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Ataupun korang boleh buka tingkap, untuk beri angin dari luar masuk. Pastikan bau gas dah betul-betul hilang baru masukkan semula tong gas dan memasang hos yang baru.

6. Jangan lupa tutup dapur gas bila masak lagi-lagi kalau keluar rumah! 

Sumber Gambar Pinterest

Ini pun yang kerap kali kita lupa lagi-lagi kalau masak benda yang lama kena tunggu macam masak air guna cerek atas dapur ataupun kukus kek atau rebus daging. Kadang bukan apa ye lah mak atau nenek kita dekat kampung tu mungkin banyak benda nak diuruskan dekat rumah jadi sementara tunggu masakan tu siap buat benda lain dulu tapi boleh jadi terlupa. Oleh itu, nasihatnya adalah gunakan alarm dan set waktu seperti berapa minit agar penggera berbunyi dan mengingatkan kita.

Lagi satu tips berguna adalah setiap kali nak keluar rumah pastikan semak dapur gas telah ditutup ataupun belum, lagi-lagi kalau nak keluar lama seperti balik kampung atau pergi bercuti. Sekarang, korang dah tahu langkah-langkah keselamatan untuk elak tong gas daripada meletup. Pastikan korang ikuti langkah-langkah ni supaya dapat melindungi keluarga daripada ditimpa musibah. Awas, jangan buat perkara yang tak betul seperti dinyatakan di atas supaya gas tidak meletup! 

Baca Juga: Cara Mohon Rumah Sewa PPR serendah RM124 sebulan je!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button