PermohonanCara Mudah

Cara Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP & Cara Tukar No Telefon (Untuk Mohon i-Citra)

Senang je Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk KWSP

Mungkin masih ramai lagi yang tak tahu, sebenarnya dah wujud kiosk-kiosk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di beberapa lokasi strategik, yang menyediakan berbagai jenis perkhidmatan. Kalau korang jenis malas nak bersesak dan beratur lama di pejabat KWSP, bolehlah selesaikan urusan di kiosk-kiosk ni je. Terdapat lebih daripada 700 kiosk KWSP yang diletakkan di bank-bank tempatan, stesen-stesen, dan pusat masyarakat dengan tujuan untuk memudahkan lagi urusan semua orang. 

Antara perkhidmatan yang disediakan di kiosk KWSP adalah:

  • Aktivasi TAC
  • Pendaftaran Ahli
  • Pendaftaran i-Akaun
  • Cetak Penyata
  • Semak/Kemaskini Profil’

Baca Juga: Permohonan Pengeluaran Akaun KWSP i-Citra

Semak Senarai Kiosk KWSP yang Berdekatan

Sebelum tahu macam mana cara nak daftar i-akaun KWSP guna Kiosk KWSP, semak dulu lokasi kiosk KWSP yang berada berdekatan dengan kawasan korang. Ikut je langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web KWSP.
  • Di bahagian “Hubungi Kami”, korang klik pada “Pejabat dan Kios”.
  • Pilih negeri mana yang korang sedang duduki, pilih “Pihak Ketiga Kios” di bahagian JENIS dan klik Carian.
  • Senarai kiosk KWSP yang berada di negeri yang korang cari akan terpapar. Bolehlah cari lokasi yang berdekatan.

Cara Tukar Atau Kemaskini No Telefon KWSP

Berdasarkan pihak KWSP, ahli perlu hadir ke kios KWSP yang berhampiran sama ada di cawangan KWSP atau di pihak ketiga seperti Bank dan sebagainya. 

Pastikan membawa MyKad kerana ahli perlu mengimbas cap jari bagi mengesahkan identiti.

Nota: No. telefon akan dikemaskini di sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh kemaskini di kios. Ahli boleh mebuat permohonan i-Citra selepas tempoh tersebut.

Langkah Mendaftar i-Akaun di Kiosk KWSP

Untuk mendaftar i-Akaun di kiosk KWSP, korang ikut je langkah-langkah di bawah ni:

Langkah 1

  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon korang oleh KWSP.

Langkah 2

  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
  • Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.

Langkah 3

  • Install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon korang

  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang korang dah terima tadi.
  • Masukkan sekali lagi nombor ID dan kali ni, masukkan kata laluan baru yang korang nak. Kalau telefon ada fungsi cap jari, boleh je kalau nak pilih fungsi tu sebagai password.
  • Dan siap! i-Akaun korang dah aktif dan boleh digunakan.

Sumber: Facebook

Cara Semak Baki Akaun KWSP (Check Kelayakan i-Citra)

Umum dah tahu bahawa syarat nak buat pengeluaran i-Citra KWSP adalah mempunyai sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan. Jadi macam mana nak semak baki akaun KWSP? Mudah je ikut cara ni.

  1. Log masuk ke i-akaun di Portal : https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  2. Atau log masuk ke aplikasi i-akaun KWSP:
  3. Setelah log masuk paparan jumlah baki akaun akan keluar di muka pertama di laman portal dan aplikasi

Jadi, senang je kan nak buat i-Akaun KWSP sekarang? Tak perlu dah nak beratur lama. Satu benda yang korang kena ingat, nombor ahli adalah unik untuk setiap individu. Jadi nombor ahli tu perlu disimpan sebab nanti setiap kali bila mendapat kerja baru, nombor ahli tu perlu diberi pada majikan supaya majikan boleh mengkreditkan bayaran caruman KWSP ke dalam akaun korang. 

Pesanan ikhlas, nanti dah dapat keluar duit akaun 1 KWSP (i-sinar) tu, gunakan wang tersebut sebaiknya. Jangan beli benda yang tak perlu. Boleh juga gunakan sedikit untuk lipat gandakan jumlah wang berkenaan dengan perniagaan kecil-kecilan tetapi pulangan lumayan. Tak percaya boleh baca panduan di sini.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

6 Comments

  1. tetap susah jgak. tetap kena p beratur. asal p kiosk kat bank2 je, system down. sikit2, system down. sy nk mntak keje je, nk penyata ja. org len nk wat i-akaun. utk kuakn 10k yg lom tentu boleh kua tuh.

  2. Saya ada masalah dengan cap jari untuk sahkan ic..dan dah ada surat pengesahan dari JPN..jadi,untuk kes saya,saya nak daftar iakaun dimana?boleh ke buat di kiosk2?..atau kena pergi pejabat kwsp juga?

    1. Setahu saya kalau masalah IC perlu tukar dahulu IC di JPN agar lebih mudah. Seterusnya boleh pergi ke pejabat KWSP untuk lebih mudah urusan.

  3. Sy nak tnye klo xde iakaun leh wat isinar ke?permhonan isinar bp lme,smpi hjg bln nie @ smpi bln 6 thn dpn?

    1. Boleh buat permohonan i-sinar walaupun tiada i-akaun. Permohonan dibuka 6 bulan sehingga bulan Jun tahun depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button