DekorasiCara Mudah

Modal RM50 Je Boleh Dapat Cermin Cantik Dan Buat Ruang Tamu Nampak Besar!

Cara Mudah DIY Cermin Hiasan Besar Dengan Bajet Murah

Bila cakap pasal dekorasi rumah je mesti korang fikir kena pakai banyak duit kan? Zaman sekarang ni tak semestinya, sebab banyak benda korang boleh buat sendiri atau โ€˜Do it Yourselfโ€™ (DIY)’ orang kata. Yang lagi best nya dapat jimat duit banyak! Contohnya macam kiriman oleh Teena Azwa di Facebook, beliau hanya gunakan cermin di kedai Eco Shop RM2.10 je untuk buat deko di ruang tamu rumahnya.

Betul orang kata, bila dah kreatif, bajet sikit sekalipun boleh jadi cantik seakan beli dari kedai mahal. Macam perkongsian saudari ni dia hanya belanja RM37.80 je untuk beli 18 keping cermin kecil berharga RM2.10 setiap satu dan menggabungkannya menjadi cermin besar. Mungkin perlu tambah sedikit kos lagi untuk beli pelekat bagi menampalkannya di dinding dan juga spray cat bagi jadikan ia kelihatan lebih cantik.

Kos keseluruhan mungkin dalam RM50 je, lebih murah daripada beli di kedai perabot yang hampir cecah RM100 macam tu. Hasilnya lebih kurang sama je, untuk buat ruang tersebut kelihatan besar kan. Jadi buat apa berbelanja lebih kalau boleh dapat fungsi yang sama dengan kos yang rendah kan? Ikuti perkongsian beliau di bawah ni:

Selamber je susun kat kedai Eco. ๐Ÿ˜… Saya guna 18 keping untuk bagi nampak besar.

Process spray cat. Jemur semalaman bagi cat meresap masuk. ๐Ÿ˜‰

Ni spray dia. Color dia so cantikk. ๐Ÿ˜

Susun dulu sebelum tampal kat wall.

Tadaaaa!ย ๐Ÿ˜๐ŸŽ‰๐Ÿ˜๐ŸŽ‰

Wall nampak berseri. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Best kan dapat hias rumah cantik macam ni, dengan kos rendah je. Puas hati lagi bila benda tu kita dapat buat mengikut citarasa atau gaya yang kita sendiri suka. So tunggu apa lagi? Boleh pergi kedai Eco berhampiran dan buat sekarang. Dekat mana kedai Eco terdekat ngan korang? Boleh tengok di sini. Banyak lagi benda boleh buat sendiri sebenarnya. Kalau dah buat nanti boleh share kan pengalaman korang dekat bawah ni. Ataupun korang ada idea lain atau nak request buat DIY apa, tulis je dekat bawah ni ya!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button