InformasiCara Mudah

Anak Belajar di Rumah Sebab Sekolah Tutup? 3 Perkara Ni Boleh Bantu Mudahkan Urusan Belajar Online Di Rumah

Cara Mudah Belajar Online Di Rumah

Cara Mudah Belajar Online Di Rumah

Kehidupan dah tak sama lagi sejak pandemik COVID-19 menular. Pada awal-awal ia merebak, semua sekolah diarahkan tutup untuk memastikan tak ada murid yang terjangkit. Walaupun ada sekolah yang dah dibuka sebelum ini, selagi vaksin untuk virus ni tak dijumpa, selagi tu lah risiko untuk anak kita dijangkiti tu masih ada.

Sumber Gambar Berita Mediacorp

Sementara kita nak tunggu vaksin untuk virus ni dijumpai, semua ibu bapa mestilah menganggap kelas online sebagai satu norma yang baharu. Walaupun yang menghadiri kelas tu anak kita, tapi kita sebagai ibu bapa tak boleh lah nak lepas tangan macam tu je, kan? Kita kenalah cuba cari cara yang boleh memudahkan anak-anak untuk senang fokus belajar daripada rumah. Ada 3 perkara menarik yang kita boleh buat untuk bantu mudahkan urusan anak belajar secara online!

Video Tips Belajar Online Di Rumah

1. Rekod Skrin Semasa Kelas Online Berlangsung

Kadang-kadang, ada benda yang tak dapat nak dielakkan berlaku masa kelas online anak. Mungkin korang terpaksa minta tolong dengan sesuatu perkara, atau anak tak boleh nak fokus sebab jiran sebelah sibuk menebuk dinding rumah. Jadi langkah yang korang boleh lakukan adalah dengan merekod skrin sebelum kelas online bermula sehingga tamat kelas supaya bolehlah anak rujuk semula video kelas tadi semasa ulang kaji.

Cara nak rekod skrin di laptop senang je, korang cuma perlu ikuti langkah berikut: 

  1. Tekan button logo ‘Windows’ + ‘G’ pada masa yang sama
  2. Tool Xbox Game Bar akan muncul, klik dekat pilihan capture atau klik button logo ‘Windows’ + ‘Alt’ + ‘R’ dan secara automatik skrin laptop akan mula merakam.
  3. Untuk berhenti merakam, klik butang berwarna biru tersebut
  4. Selepas itu, video yang dirakam boleh dicari di file ‘Captures’

Sumber @luqskim_

Kalau anak gunakan telefon untuk hadiri kelas online, boleh gunakan fungsi ‘Screen Recording’ untuk pengguna iPhone ataupun kalau guna Android, boleh download apps ni.

2. Buat Kamera Dokumen Sendiri

Mungkin anak-anak susah nak tunjuk kerja sekolah dekat cikgu bila tak faham terutama sekali bagi menyelesaikan soalan matematik. Jadi ada cara jimat dan mudah serta cepat untuk tunjuk pada cikgu kerja sekolah yang anak kita dah buat menerusi panggilan video. Caranya adalah dengan buat kamera dokumen sendiri atau DIY seperti di bawah: 

  1. Ambil sebatang pensil dan tampalkan di belakang komputer dengan selotape, masukkan sekeping CD (di tengah lubang CD) ke dalam batang pensil tersebut.
  2. Letakkan sekeping duit syiling di bahagian depan CD sebagai pemberat untuk menghalakan CD ke bawah. Setelah selesai menunjukkan dokumen yang ingin ditayangkan dalam video boleh tolak bahagian CD dengan pemberat itu ke belakang bagi membolehkan video merakam orang di hadapan komputer pula.

Sumber HugotMaestra

3. Block Laman Web yang Boleh Mengganggu Fokus

Sumber Gambar Solidaritas

Kalau nak memastikan anak betul-betul fokus dalam kelas, boleh download extension StayFocusd untuk Google Chrome. Kita boleh senaraikan laman web apa yang nak block, contohnya Instagram, Facebook, atau Twitter. Dengan extension ni juga kita boleh tetapkan berapa lama laman web tu nak diblock. Dengan cara ni, tak adalah anak kita buka laman web lain senyap-senyap masa kelas online, kan?

Mungkin dengan 3 tips ni, pembelajaran online anak kita akan jadi lebih produktif dan diorang boleh jadi lebih fokus dalam kelas. Jangan lupa untuk semak kerja rumah yang diberi cikgu, dan pastikan diorang mendapat rehat yang mencukupi setiap kali habis kelas! Dah tahu tips belajar online di rumah ni jangan lupa share kan juga pada orang-orang lain agar semua peroleh manfaat. Ibu-ibu sementara anak belajar online boleh buat kerja sampingan juga dan peroleh pendapatan lumayan, boleh tengok sini

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button