InformasiCara Mudah

Kategori Individu Dibenarkan Rentas Negeri Dan Cara Ketahui Radius 10KM

Cara Mohon Kebenaran Untuk Rentas Negeri & Ketahui Radius 10 Kilometer

Cara Mohon Kebenaran Rentas Negeri 

Semua orang pun tahu, kerajaan dah mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula bagi 6 buah negeri diikuti PKPB bagi 6 lagi negeri serta PKPP bagi Perlis dan Sarawak. Ianya dikuatkuasakan susulan peningkatan kes COVID19 yang semakin berleluasa dan merebak dalam kalangan komuniti. PKP ini akan berlangsung selama 2 minggu, iaitu dari 13 Januari hinggalah 26 Januari 2021. 

Antara syarat utama dalam PKP, PKPB dan PKPP kali ini adalah tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Bagi negeri PKPB dan PKPP rentas daerah adalah dibenarkan. Tapi macam mana kalau ada kecemasan? Atau kerja? Siapa je yang boleh memohon kebenaran untuk merentas negeri?

TERKINI: Pasangan PJJ dibenarkan rentas negeri


Kemaskini: Penghantar makanan persendirian perlu kebenaran polis lalu sekatan jalan raya. Berita lanjut rujuk sini

Sumber MyGCC

Individu Yang Dibenarkan Rentas Negeri

Menurut SOP MKN Kemaskini 12 Januari 2021, individu yang dibenarkan rentas negeri dengan tujuan tertentu adalah seperti berikut:

Guru & Pelajar

  • Pergerakan pensyarah/guru/tenaga pengajar bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas yang terlibat dalam peperiksaan dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
  • Pergerakan bagi kemasukan pelajar-pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM dan KPT adalah dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
  • Pelajar yang berkeperluan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus dari IPT berkenaan.
  • Pelajar yang perlu merentasi kawasan PKP, PKPB atau PKPP dibenarkan kecuali kawasan PKPD dengan pengesahan daripada pihak sekolah/universiti/institusi. Pergerakan pergi / balik ke sekolah/universiti/institusi boleh ditemani oleh seorang penjaga.

Pekerja Sektor Perkhidmatan Perlu

  • Pergerakan pekerja (sektor dalam senarai perkhidmatan perlu) adalah tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan. Contoh surat pelepasan bekerja, boleh rujuk di SINI.

Rawatan Kesihatan, Kecemasan & Bantuan Bencana / Kemanusiaan 

  • Pergerakan merentas Kawasan PKP, PKPB & PKPD kecuali bagi mendapatkan rawatan kesihatan, urusan kecemasan dan kematian dengan kebenaran PDRM
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti bencana alam dibenarkan.
  • Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di bawah NADMA.

Kenderaan Perniagaan

  • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan DIBENARKAN beroperasi termasuk merentas daerah dan negeri.

Cara-Cara untuk Memohon Permit Kebenaran Merentas Negeri

Lepas korang dah faham kategori orang-orang yang dibenarkan untuk merentas negeri, barulah boleh memohon permit kebenaran merentas negeri dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Sediakan dokumen-dokumen di bawah:
    • Salinan kad pengenalan
    • Dokumen-dokumen yang berkaitan; surat pelepasan bekerja, surat daripada hospital atau klinik
    • Borang permit kebenaran merentas negeri yang korang boleh muat turun di pautan:
      i. Permit Pergerakan PKP
      ii. Permit Pergerakan PKPB
    • Pastikan korang ada dua salinan, satu untuk simpanan balai polis, dan satu untuk simpanan sendiri.

Sumber Gambar PDRM

  • Pergi ke balai polis yang berdekatan dengan rumah. Pastikan berpakaian sopan. Jangan pula korang datang dengan berseluar pendek. Nanti tak pasal-pasal tak boleh masuk balai polis pula.
  • Bila polis tanya nak merentas negeri atas urusan apa, jawab je elok-elok, sebab diorang pun nak mudahkan urusan kita juga. Bila dah selesai tu, jangan lupa ucapkan terima kasih pula.

PENAFIAN: Informasi dikemaskini berdasarkan sumber dan SOP yang ada setakat ini dan boleh berubah pada bila-bila masa mengikut pengumuman pihak berwajib. Kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa

Sumber Gambar Astro Awani

Cara Ketahui Radius 10 Kilometer

Berdasarkan SOP MKN Kemaskini 12 Januari 2021, bagi kawasan PKP : 

  • 2 orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet serta keperluan asas dalam radius tidak lebih 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya jika keperluan tersebut tiada di dalam radius 10 kilometer dari kediamannya
  • 3 orang termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan dalam radius tidak lebih 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya jika keperluan tersebut tiada di dalam radius 10 kilometer dari kediamannya

Menurut laporan Awani sekiranya seseorang yang tiada kebenaran melalui sekatan jalan raya, selain diarah berpatah balik, kompaun serta merta juga akan dikenakan yang boleh mencecah sehingga RM1,000

Bagaimana nak ketahui radius 10 kilometer? Cara tahu radius 10km boleh rujuk panduan ini:

  • Layari pautan : https://2kmfromhome.com/10km
  • Gerakkan ‘Drop Pin’ ke kawasan lokasi rumah dan ketahui kawasan 10 kilometer dari rumah korang

Jadi, tak adalah susah mana pun nak mohon permit kebenaran untuk merentas negeri. Cuma pastikan korang mohon tu atas sebab urusan yang pentinglah dan bukan untuk tujuan suka-suka macam pergi bercuti ke atau membeli-belah. Apa yang penting, kita semua mestilah patuhi SOP yang dah dikeluarkan kerajaan supaya tempoh PKP ni akan tamat tanpa perlu dilanjutkan lagi. Sama-sama kita jaga kita! Anak-anak belajar online di rumah sebab sekolah tutup masa PKPB jadi susah? Jangan risau, baca tips ini.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

7 Comments

  1. Kalau rentas negeri dari KL ke sabah boleh ka ??? Sebab sudah tidak perkerjaan di sana dan sudah d halau dri rumah sewa ..tidak ada ahli kelurga yg di tinggal di sana…

  2. Sy balik kg sebelum pkpb tetapi sy kerja dekat jb dah dibuang kerja kalau sy nk pergi sana cri kerja lain boley rentas ker sb brang 2 sy bnyk kt sna lagi pula bilik yg disewa itu sentiasa berjalan ..

  3. Assalamualaikum…sy ada terbaca yg kerajaan Ada membenarkan suami isteri yg tinggal berjauhan boleh berjumpa dgn syarat ada kebenaran pihak polis…tp bagaimana kalau isteri di semenanjung dan suami di Sarawak…seperti yg kita sedia maklum kerajaan Sarawak ada SOP sendiri di mana kerajaan sarawak mewajibkan sesiapa sahaja dr luar Sarawak di wajibkan kuarantin selama 14 hari do hotel….mohon diteliti semula…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button