RumahCara Mudah

Mesin Basuh Pun Boleh Kotor dan Buatkan Baju Bau Hapak Tau! Ini Cara Untuk Cuci Mesin Basuh

Cara Mudah Bersihkan Atau Cuci Mesin Basuh

Tahu tak kita perlu cuci mesin basuh? Pernah tak bila korang dah habis basuh pakaian dengan mesin basuh, tiba-tiba ada terhidu macam bau hapak? Kalau nak tahu, sebenarnya ia datang daripada mesin basuh korang yang dah kotor. Ya, mesin basuh pun boleh kotor! Walaupun korang mengharapkan pada mesin basuh untuk mencuci pakaian, tapi ia juga perlu dibersihkan supaya boleh lakukan kerja membasuh dengan baik.

Kadang-kadang bukan bau je tapi lebihan pencuci pakaian, cecair pelembut pakaian, dan kotoran-kotoran daripada sesi basuhan sebelum ni boleh melekat pada pakaian sampai boleh meninggalkan kesan. Atas sebab-sebab ni lah, korang kena membersihkan mesin basuh paling kurang 2 bulan sekali.

2 Tips Mudah untuk Membersihkan atau Cuci Mesin Basuh

Sebenarnya nak bersihkan mesin basuh ni tak susah pun. Korang tak perlu nak cabut dan bawa keluar tong dram pembersih mesin basuh untuk bersihkan kotoran yang ada. Cukup gunakan 2 cara mudah ni, dan mesin basuh korang akan kelihatan seperti baru!

1. Pencuci Dram Mesin Basuh

Terdapat satu jenis bahan yang korang boleh gunakan yang memang khas untuk membersihkan mesin basuh ni. Puan Julimasanum Ali di Facebook telah berkongsi tips cara untuk membersihkan mesin basuh dengan sabun pencuci mesin basuh ni.

  • Pertama sekali, korang perlu beli dulu sabun pencuci mesin basuh. Puan Juli membeli jenama Power Max di Farmasi Cosway. Kalau tak ada farmasi ni di sekitar rumah korang, nak beli online di Shopee pun ada. Ataupun kalau korang ada jumpa sabun pencuci mesin basuh jenama lain pun boleh juga.
  • Masukkan 1 paket serbuk pencuci mesin basuh ke dalam mesin korang.
  • Kemudian pilih mode cycle “Wash” je, dan letakkan paras air maksimum. Biarkan ia beroperasi sampailah tamat.
  • Lepas dah tamat, biarkan ia terendam selama 5 jam. Atau nak tinggalkan untuk semalaman pun boleh.
  • Pilih mode “Rinse” untuk buang air yang dah bertakung lama tu. Lepas semua air dah dikeluarkan, masa ni lah korang akan nampak segala keladak yang ada dalam mesin basuh tu. Bolehlah korang kutip dan buangkannya.
  • Jangan lupa untuk periksa penapis korang juga sebab pasti akan ada juga keladak-keladak yang tersekat di situ.
  • Ulangi proses ni sampailah mesin basuh tu betul-betul bersih. Puan Juli sendiri melakukannya sebanyak 5 kali. Makin lama korang tak bersihkan mesin basuh, makin lamalah proses ni akan ambil masa.

2. Cuka dan Baking Soda

Mesti korang macam tak percaya kan, dua barang ni je dah boleh bersihkan mesin basuh? Radi Apiz di Facebook telah berkongsikan tips ini dan sememangnya ia menjadi! Bahannya pun ada dua je iaitu 300 ml cuka dengan 200 g baking soda, yang korang boleh dapatkan dengan senang je dekat mana-mana kedai runcit atau memang dah ada stok dekat rumah. Cara-caranya:

  • Buka bahagian penapis mesin basuh dan cuci sampai bersih. Kemudian pasang semula.
  • Masukkan baking soda tadi dalam tempat sabun. Kalau mesin basuh korang tak ada tempat sabun, boleh je masukkan terus ke dalam mesin.
  • Tambahkan cuka pada baking soda tadi dan ia akan berbuih macam ni.

  • Tutup penutup mesin basuh dan pilih mode “Tub Clean”. Kalau mesin basuh korang tak ada mode ni, korang boleh pilih mode cucian biasa dengan aras air yang maksimum.
  • Biarkan proses pembersihan berlangsung sampai tamat.
  • Setelah selesai, korang akan nampak keladak-keladak yang terkumpul di dram mesin basuh dan bahagian penapis.

  • Ulang langkah-langkah ni untuk beberapa kali sampailah tiada lagi keladak yang kelihatan.

Ternyata benda yang kita anggap akan membersihkan benda lain, pun perlukan proses pembersihan juga. Jadi ingat untuk bersihkan mesin basuh sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua bulan sekali jika jarang guna. Nak basuh baju ni pun sebenarnya banyak pakai elektrik. Jadi jom baca tips jimat elektrik di sini

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button