InformasiCara Mudah

Status Terkini Perintah Kawalan Pergerakan PKP Seluruh Malaysia & Senarai SOP Serta Waktu Operasi

Senarai SOP PKP Dan Status PKP Setiap Negeri Di Malaysia

Pasti ramai yang tertanya-tanya dan pening tentang SOP terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Terkini PKP dikenali sebagai Fasa 1, Fasa2, Fasa 3 dan Fasa 4 menurut Pelan Pemulihan Negara

Sebelum ini, masa wabak COVID-19 mula merebak, kerajaan awal-awal lagi dah ambil inisiatif untuk halang virus tu daripada lebih menular dengan cara melaksanakan PKP. Lepas tu bila keadaan dah reda sikit, dan bilangan kes positif pun makin kurang, kerajaan teruskan dengan PKPB pula. PKPP pula kerajaan laksanakan bila bilangan kes tinggal satu atau dua digit je. Dan ada juga kadang-kadang sesetengah tempat tu dikenakan PKPD bila banyak kes menular di satu tempat.

SOP terkini boleh rujuk laman web rasmi MKN : https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan/

TERKINI: SOP Pemakaian Pelitup Muka Mulai 7 September 2022

KEMASKINI: Peralihan Fasa PPN Mulai 8 November 2021

TERKINI: SOP Majlis Sosial Fasa 3 & Fasa 4 Kemaskini 22 Oktober 2021

TERKINI: Peralihan Fasa PPN Mulai 25 Oktober 2021

TERKINI: Peralihan Fasa PPN Mulai 18 Oktober 2021

TERKINI: Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Seluruh Malaysia Mulai Esok 11 Oktober 2021

TERKINI: Peralihan Fasa PPN Mulai 8 Oktober 2021

TERKINI: Peralihan Fasa PPN Mulai 1 Oktober 2021

 

TERKINI: Peralihan Fasa PPN Mulai 24 September 2021

TERKINI: Kerajaan setuju berikan Vaksin Dos Ketiga & Pakej Penjagaan COVID19


TERKINI: Kelonggaran SOP & Peralihan Fasa Negeri Terengganu

TERKINI: Lembah Klang akan masuk ke Fasa 2 Mulai 10 September 2021

TERKINI: Panggung wayang dibenarkan beroperasi mulai 9 September, Khamis ini. Beberapa lagi kelonggaran SOP seperti di gambar berikut:

TERKINI: Institut Latihan Memandu boleh mula beroperasi mulai 9 September 2021, Khamis Ini.

Proses pengujian bagi mendapatkan lesen-lesen memandu berkaitan akan bermula pada 17 September 2021

TERKINI: Melaka beralih kepada Fasa 2, N. Sembilan kepada Fasa 3 Munlai 4 September 2021

 

TERKINI: Labuan Akan Beralih ke Fasa 4 Manakala N. Sembilan Beralih Ke Fasa 2

KEMASKINI: SOP Kemaskini 20 Ogos 2021

TERKINI: Kemudahan Tambahan Vaksinasi Lengkap

TERKINI: SOP mulai 16 Ogos

 

TERKINI: Kelonggaran Bagi Individu Lengkap 2 Dos Berkuatkuasa 10 Ogos 2021, Selasa ini

Terpakai terhadap semua fasa PPN:
 
📌 Dibenarkan rentas daerah & negeri
 
1. Pengembara yang pulang atau tiba dari luar negara
2. Pasangan suami isteri PJJ
3. Ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun
 
📌 Solat di surau, masjid, dan rumah ibadat lain
 
Bagi negeri Fasa 2, dan seterusnya dibenarkan:
 
– Rentas daerah dibenarkan
– Dine In dibenarkan (Bila perlu)
– Aktiviti sukan & riadah tanpa sentuhan
– Pelancongan dalam negeri
Kriteria Lengkap Vaksin:
Bagi Vaksin jenis 2 Dos suntikan : Mesti melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan

Bagi Vaksin jenis 1 dos suntikan: Mesti melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan

 

Status Fasa PPN mengikut Negeri-Negeri:
Fasa 1:
Kedah, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Johor, KL & Putrajaya
Fasa 2:
Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Penang & Sabah
Fasa 3:
Perlis, Sarawak & Labuan

TERKINI: Kelonggaran Bagi Individu Lengkap 2 Dos Akan Dimumkan Esok Atau Lusa

TERKINI: 3 Negeri akan beralih ke Fasa 3 PPN mulai 4 Ogos 2021

 

TERKINI: PKPD di 34 Mukim Di Selangor Ditamatkan Hari Ini

TERKINI: Kedai Komputer dan Telekomunikasi serta Kedai Buku dan Alat Tulis dibenarkan beroperasi mulai 16 Julai

 

TERKINI: Sarawak akan masuk ke Fasa 2 PPN Mulai 14 Julai

TERKINI: Sabah akan masuk ke Fasa 2 PPN mulai 10 Julai

 

KEMASKINI: PKPD akan dikenakan di seluruh Daerah Seremban Mulai 9 Julai

 

TERKINI: Pulau Pinang beralih ke Fasa 2 PPN Mulai 7 Julai

KEMASKINI: 5 Negeri beralih ke Fasa 2 PPN Mulai 5 Julai

KEMASKINI: PKPD di beberapa kawasan di Selangor & KL



TERKINI: Kedai Makan Dibenar Beroperasi Hingga Pukul 10 Malam

 

 

Kemaskini: PKP Diteruskan


Kemaskini : 

Pelan Pemulihan Negara

Fasa 1 : Jun (PKP menyeluruh)
Fasa 2 : Julai & Ogos (Perluasan Senarai Positif, Sektor Sosial Kekal Tutup)
Fasa 3 : Sept & Okt (Pendekatan Senarai Negatif, Sektor Sosial Dibuka Secara Berperingkat)
Fasa 4 : Nov & Dis (Pembukaan penuh)

Pertukaran Fasa Akan Mengambil Kira Nilai Ambang (Kes harian, katil di ICU, kadar vaksinasi)

Bagi Kes harian:
Kes harian mesti bawah 4,000 kes untuk bertukar Fasa 2
Kes harian bawah 2,000 untuk ke Fasa 3
Kes harian bawah 500 untuk ke Fasa 4

📌 Rentas Negeri semasa Fasa Kedua nanti masih TIDAK DIBENARKAN

📌 Perjalanan rentas negeri dijangka dibolehkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar bulan Nov & Dis 2021

📌 Pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat

Teks Ucapan Penuh:Perutusan Perdana Menteri 15 Jun 2021

 

Kemaskini: PKP 3.0 Disambung Dua Minggu Lagi

Antara Intipati Penting Sidang Media MKN 11 Jun 2021:

📌 Kompleks beli-belah ditutup pada 1 Jun hingga 14 Jun kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan dan minuman, serta keperluan asas

📌 Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan, Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti DIBENARKAN

📌 Keluar rumah hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan, 2 orang sahaja kecuali perubatan dan sebagainya, tertakluk kepada radius 10 kilometer sahaja

📌 TASKA, tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK DIBENARKAN beroperasi KECUALI bagi frontliners dan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja

📌 Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah dibenarkan

📌 Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dari jam 8 pagi hingga 8 malam

📌 Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad dibenar kepada joging dan senaman sahaja
Perlu patuhi penjarakan fizikal 2 – 3 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan sahaja bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam

📌 Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama.

 

Kemaskini: Total Lockdown Mulai Selasa, 1 Jun hingga 14 Jun 2021

KEMASKINI: 

 

Status PKPP, PKPB, PKPD Seluruh Malaysia

TERKINI (3 Julai 2021)

Lima negeri berjaya capai ketiga-tiga nilai ambang peringkat negeri untuk beralih ke fasa kedua PPN ialah:

  1. Kelantan
  2. Terengganu
  3. Pahang
  4. Perak
  5. Perlis

Peralihan akan berkuatkuasa mulai 5 Julai 2021 – DS Ismail Sabri

KEMASKINI (1 JULAI 2021)

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021

Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:

Daerah Petaling

Mukim:
 Petaling
 Damansara
 Sg Buloh
 Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim:
 Hulu Langat
 Ampang
 Cheras
 Kajang
 Semenyih
 Beranang

Daerah Sepang
Mukim:
 Dengkil
 Labu
 Sepang

Daerah Gombak
Mukim:
 Batu
 Rawang
 Setapak
 Hulu kelang
 Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim:
 Tanjung 12 (1)
 Tanjung 12 (2)
 Teluk Panglima Garang
 Morib
 Bandar
 Jugra
 Batu

Daerah Klang
Mukim:
 Kapar
 Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim:
 Ijok
 Bestari Jaya
 Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim:
 Serendah
 Rasa
 Ulu Yam
 Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
 Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
 Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
 Kampung Padang Balang
 Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
 Flat Sri Sabah
 Kampung Puah
 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
 Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
 Kampung Batu Muda
 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
 Bandar Baru Sentul
 Taman Ikan Emas

📌 Dengan pelaksanaan PKPD ini, SEMUA laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.

📌 Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman

📌 Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2) orang sahaja termasuk pemandu.

📌 Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.

📌 Hanya perkhidmatan perlu shj DIBENARKAN beroperasi dari 8am- 8pm spt utiliti, pembersihan & kumbahan

📌 Selain itu, hanya kilang bahan makanan & keperluan asas harian spt beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat, & topeng muka dibenarkan operasi

📌 Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

📌 Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).

📌 Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premispremis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan suratMITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.

📌 Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

📌 Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.

📌 Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

📌 Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

📌 Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.

📌 Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.

📌 Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.

📌 Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.

📌 Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh. SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.

KEMASKINI 27 JUN 2021

PKP 3.0 Fasa 1 diteruskan sehingga nilai ambang bagi 3 indikator dalam pelan pemulihan negara dapat dicapai

KEMASKINI 11 JUN 2021

PKP 3.0 SELURUH NEGARA disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021

KEMASKINI 28 MEI 2021

Perintah Kawalan Pergerakan PKP Penuh akan dilaksanakan di SELURUH NEGARA bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021

KEMASKINI 5 MEI 2021

PKP akan dilaksanakan di:

1. Kuala Lumpur

2. Johor (3 Daerah):
– Johor Bahru
– Kulai
– Kota Tinggi

3. Perak:
– Mukim Taiping
– Daerah Larut
– Matang
– Selama
 
4. Terengganu:
-14 mukim dalam daerah Besut kecuali Hulu Besut

Berkuatkuasa 7 Mei hingga 20 Mei 2021

KEMASKINI 4 MEI 2021

PKP akan dilaksanakan ke atas 6 daripada 9 daerah di Selangor:
1. hulu langat
2. Petaling
3. Gombak
4. Klang
5. Kuala Langat
6. Sepang

Rentas daerah bagi kawasan ini juga tidak dibenarkan

3 Daerah lain di Selangor berada pada status PKPB
1.Kuala Selangor
2.Sabak Bernam
3.Hulu Selangor

KEMASKINI 27 APRIL 2021

Semua Jajahan di Kelantan terus kekal bawah PKP

PKPB kekal dan dilanjutkan bagi negeri:

1. Kuala Lumpur
2. Selangor
3. Johor
4. Pulau Pinang
6. Sarawak

Negeri Sabah ditukar status PKPP kepada PKPB (27 April – 13 Mei 2021)

PKPP kekal dan dilanjutkan bagi negeri:

1. Perak
2. Kedah
3. Melaka
4. N. Sembilan
5. Pahang
6. Terengganu
7. Labuan
8. Perlis
9. Putrajaya

Berkuatkuasa mulai 29 April hingga 17 Mei 2021

  • Rentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan
  • Rentas Daerah Adalah DIBENARKAN kecuali Sabah Dan Sarawak

KEMASKINI 12 APRIL 2021

PKPB kekal dan dilanjutkan bagi negeri:

1. Kuala Lumpur
2. Selangor
3. Johor
4. Pulau Pinang
5. Kelantan
6. Sarawak

PKPP kekal dan dilanjutkan bagi negeri:

1. Perak
2. Kedah
3. Melaka
4. N. Sembilan
5. Pahang
6. Terengganu
7. Sabah
8. Labuan
9. Perlis
10. Putrajaya

  • Rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali menggunakan agensi pelancongan bagi negeri PKPP. Rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah & Sarawak
  • Kerajaan membenarkan operasi kedai makan & restoran sehingga sahur (6 pagi). Hanya terpakai pada bulan ramadhan sahaja
  • Penganjuran majlis berbuka puasa & buffet ramadhan di Hotel dan sebagainya dibenarkan Dengan SOP yang ketat dan penjarakan fizikal antara pengunjung PKPB: 50% PKPP: Keluasan dewan

KEMASKINI 30 Mac 2021:

PKPB akan dilanjutkan bagi:
1. Selangor
2. Kuala Lumpur
3. Johor
4. P. Pinang
5. Kelantan
6. Sarawak

PKPP akan dikekalkan bagi:
1. Perlis
2. Kedah
3. Perak
4. Labuan
5. Melaka
6. N.Sembilan
7. Pahang
8. Terengganu
9. Sabah
10. Putrajaya

Berkuatkuasa mulai 1 April sehingga 14 April 2021

KEMASKINI 16 Mac 2021: Berikut adalah status PKP seluruh negeri di Malaysia berkuatkuasa 19 Mac hingga 31 Mac 2021:

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri:

  1. Selangor
  2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. Johor
  4. Pulau Pinang
  5. Kelantan
  6. Sarawak (telah diumumkan kerajaan negeri dilanjutkan sehingga 29 Mac)

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri:

  1. Sabah
  2. Pahang
  3. Terengganu
  4. Melaka
  5. Wilayah Persekutuan Labuan
  6. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  7. Perlis
  8. Kedah kecuali Kuala Muda & Kulim
  9. Perak
  10. Negeri Sembilan Kecuali Seremban

KEMASKINI 2 Mac 2021: Berikut adalah status PKP seluruh negeri di Malaysia berkuatkuasa 5 Mac hingga 18 Mac 2021:

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri:

  1. Selangor
  2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. Johor
  4. Pulau Pinang
  5. Negeri Sembilan
  6. Kelantan
  7. Perak
  8. Kedah
  9. Sarawak (telah diumumkan kerajaan negeri dilanjutkan sehingga 15 Mac)

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri:

  1. Sabah
  2. Pahang
  3. Terengganu
  4. Melaka
  5. Wilayah Persekutuan Labuan
  6. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  7. Perlis

Apa Boleh Buat dan Tak Boleh Buat Dalam PKPP & PKPB?

Berikut adalah antara beberapa infografik yang dibuat oleh Malaysia Government Call Centre tentang SOP terkini.

Bagi SOP yang lebih terperinci dan perubahan dari semasa ke semasa boleh rujuk di laman sesawang rasmi MKN.

Sekarang, korang dah tak lagi pening kan, macam mana nak bezakan jenis-jenis PKP? Apa yang penting sekarang adalah untuk kita sama-sama mengambil inisiatif untuk mengelakkan virus COVID-19 ni daripada terus merebak dengan lebih teruk lagi. Perjuangan kita masih belum tamat! Bagi siapa yang dikuarantin oleh KKM, korang boleh dapat RM50 sehari elaun gantian pendapatan tau! Baca sini.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button