PermohonanInformasi

Cara Mohon Online Temujanji Di Pejabat Pos Untuk Urusan JPJ (Renew Roadtax, Lesen, Insuran)

Permohonan Temujanji Di Pos Malaysia Bagi Urusan Jabatan Pengangkutan Jalan

Berikutan penularan wabak COVID19, kebanyakan urusan di kaunter sekarang memerlukan pelanggan untuk menempah dahulu secara online temujanji. Tak kira lah di bank ke mahupun di pejabat kerajaan. Kini, untuk urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ingin dibuat di Pejabat Pos seluruh Malaysia pun perlu buat temujanji online dahulu.

Urusan JPJ di kaunter Pejabat Pos Malaysia termasuklah pembaharuan lesen memandu, renew roadtax atau cukai jalan kenderaan, dan juga insurans kenderaan. Sistem tempahan online bagi slot temujanji akan dibuka mulai 8 Ogos 2021 manakala temujanji boleh dibuat mulai 9 Ogos 2021.

Cara Mohon Temujanji Di Pejabat Pos Malaysia Bagi Urusan JPJ

Jadi tanpa buang masa lagi, nak tempah temujanji di pejabat pos mudah je, ikut je langkah berikut ni:

1. Layari laman web pos malaysia atau gunakan aplikasi seperti pautan di bawah: 

2. Klik pada butang Outlet Finder

3. Pilih Negeri kemudian pilih Cawangan Pejabat Pos dan Klik pada pautan temujanji yang disediakan
 
 
4. Pilih jenis Urusan yang ingin dibuat 
 

5. Pilih tarikh dan masa yang ingin ditempah

 
6. Isikan butiran temujanji yang di ruangan yang disediakan (Pastikan alamat emel aktif kerana kod pengesahan akan dihantar ke emel) 
 
 
7. Semak emel untuk dapatkan kod verifikasi iaitu 6 digit nombor dan masukkan dalam ruangan disediakan 
 
 
8. Tempahan telah berjaya, sila semak emel untuk butiran tempahan, sila simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) untuk dibawa ketika waktu temujanji.
 
Mudah je kan nak buat tempahan temujanji online bagi urusan JPJ di Pejabat Pos kan? Jangan lupa kongsikan artikel ini untuk manfaat orang lain. Jangan main terjah je pejabat pos untuk buat urusan JPJ ni nanti kena halau pula. Kalau malas sangat, renew lesen atau roadtax online je guna MySikap atau MyEG boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button