PermohonanCara Mudah

Cara Renew Lesen Memandu Online & Roadtax Tanpa Perlu Ke Kaunter & Daftar mySIKAP Untuk Bayar Saman JPJ

Cara Mudah Renew Lesen Memandu & Kenderaan Online di Portal JPJ & MyEG

Macam mana cara nak renew lesen memandu online? Antara benda yang kita kena pastikan sebelum nak memandu adalah lesen memandu kita masih hidup dan boleh digunakan. Kalau lesen memandu kita dah melepasi tarikh luput, bermakna kenalah renew atau perbaharui lesen tersebut supaya tak adalah kena saman kalau-kalau ditahan polis semasa memandu dengan menggunakan lesen yang dah mati.

Walaupun kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih buka ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni, kadang-kadang tu kita boleh jadi takut dan gelisah nak ke situ, lagi-lagi dengan kes positif Covid-19 yang tengah tinggi sekarang ni. Oleh itu, bagi mengelakkan daripada terdapat kes atau kluster di mana-mana cawangan, JPJ telah melaksanakan pembaharuan lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor persendirian (LKM) secara online.

JPJ telah memperkenalkan Portal mySIKAP di mana semua urusan dengan JPJ kini boleh dilakukan secara atas talian atau online. Selain pembaharuan lesen memandu dan roadtax, bayaran saman JPJ juga boleh menggunakan portal ini. Tapi sebelum korang nak buat semua tu, macam biasa lah kena daftar akaun baharu dulu.

TERKINI: Aplikasi Mobile MyJPJ

Cara Daftar mySIKAP

Sebelum nak renew lesen, korang kena daftarkan akaun terlebih dulu dengan mengikuti cara-cara dekat bawah ni:

  1. Layari laman web JPJ di SINI dan klik pada Log Masuk Kali Pertama.

  2. Isikan semua maklumat yang bertanda * dan masukkan kod sekuriti seperti yang tertera.

  3. Lepas dah pastikan semua maklumat yang diisi betul, tanda pada kotak pengesahan dan klik Hantar.

  4. Akan keluar pop up window, dan pilih Ya.

  5. Bila pendaftaran berjaya, korang akan dapat kata laluan pertama dalam e-mel. Boleh gunakan untuk log masuk nanti dan kata laluan pertama ni valid untuk 7 hari je. Lepas daripada 7 hari, kata laluan tersebut akan reset secara automatik dan korang kena daftar semula.

Cara Log Masuk mySIKAP Kali Pertama

  1. Pergi semula ke laman web JPJ: https://public.jpj.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pertama yang korang terima dalam e-mel.
  3. Isikan kod sekuriti dan klik log masuk.
  4. Bila dah berjaya log masuk, korang kena tukar kepada password yang baru. Isikan semua soalan-soalan sekuriti.

  5. Lepas dah tukar kata laluan baru, korang kena log masuk semula ke dalam akaun dengan kata laluan baru, dan dah boleh mula renew lesen / roadtax atau bayar saman!

Cara Bayar Saman JPJ Melalui Portal mySIKAP

Untuk membayar saman JPJ menerusi Portal MySikap, ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke Portal JPJ MySikap
  2. Klik Kesalahan & Penalti
  3. Pilih Jenis Semakan untuk melihat jenis saman
  4. Klik Pembayaran Saman sekiranya terdapat saman
  5. Buat pembayaran atas talian menerusi kaedah yang disediakan
  6. Selesai, cetak slip sebagai bukti simpanan

Cara Renew Lesen Memandu Online

Jadi kalau korang nak renew lesen, dah tak perlu beratur panjang di mana-mana cawangan JPJ. Semuanya boleh buat dekat rumah je secara online melalui portal JPJ online @ mySIKAP.

Cara Renew Lesen JPJ di Portal mySIKAP

  1. Setelag log masuk, pilih menu Lesen Memandu
  2. Pilih submenu Pembaharuan Lesen Memandu
  3. Isikan maklumat pembaharuan lesen
  4. Buat pembayaran
  5. Semak dan buat pengesahan
  6. Selesai!

Cara-Cara Renew Lesen di Portal MyEG

Selain daripada portal mySIKAP, korang juga boleh renew lesen di MyEG. Cara-caranya adalah:

  • Layari laman web MyEG. 
    • Kalau korang belum ada akaun, boleh daftar terlebih dulu di SINI.
    • Kalau dah ada akaun pula, boleh terus log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul di SINI.
  • Lepas dah berjaya log masuk, klik di bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Kemudian pilih pula Baharui Lesen Memandu.

  • Bahagian ni yang paling penting. Pastikan korang isikan maklumat-maklumat di bawah ni dengan betul:
    • Nombor kad pengenalan
    • Kategori lesen
    • Tempoh pembaharuan (1 hingga 5 tahun)
    • Nombor telefon
    • E-mel
    • Kaedah pengambilan

  • Kadar bayaran kalau nak renew lesen mengikut kategori lesen, iaitu:
    • RM20.00/tahun untuk lesen B2, B & C.
    • RM30.00/tahun untuk lesen D dan ke atas.
    • RM120.00 untuk lesen semua kategori bagi bukan warganegara.
  • Ada 2 kaedah pengambilan yang korang boleh pilih iaitu secara pos atau ambil sendiri di pusat e-khidmat iaitu HQ MyEG di Petaling Jaya. Kalau korang tinggal jauh, lebih baik pilih pos je, lagi senang dan lagi selamat sebab tak perlu tunggu di tempat yang ramai orang. 
    • Kalau pilih pos, korang kena isikan alamat lengkap supaya lesen yang baru selamat tiba dalam masa 2-5 hari.
    • Akan terdapat cas penghantaran bagi pilihan pos:
      • RM 6 – Lembah Klang
      • RM 8 – Semenanjung Malaysia
      • RM 10 – Sabah dan Sarawak
  • Lepas semuanya dah lengkap diisi, boleh klik Hantar dan boleh tunggu lesen sampai depan rumah!

Video Panduan

Cara Renew Roadtax di Portal mySIKAP

  1. Lepas dah log masuk dengan kata laluan baru, klik bahagian Kenderaan. Kemudian pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
  2. Isikan maklumat pembaharuan lesen.
  3. Buat pembayaran.
  4. Semak semula semua maklumat dan buat pengesahan.
  5. Setel!

Video Panduan



 

Cara Renew Roadtax di PUSPAKOM

Untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor di PUSPAKOM, pemohon hendaklah membuat temujanji online terlebih dahulu. Urusniaga secara walk-in tidak dibenarkan sama sekali. Pembayaran di Kaunter PUSPAKOM juga adalah secara tunai. Langkah untuk renew roadtax di Puspakom adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://lkm-appointment.puspakom.com.my/
  2. Tekan pada pilihan ‘Make An Appointment Now’
  3. Pilih pula Negeri dan Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang ingin dikunjungi.
  4. Pilih Tarikh dan Masa yang ada.
  5. Isi maklumat anda dan klik butang ‘Book’.
  6. Permohonan temujanji online selesai, Pemohon akan menerima e-mel pengesahan temujanji melalui e-mel yang didaftarkan.

Nota: Sila pastikan bawa pengesahan temujanji dan dokumen lengkap bagi memudahkan urusan

Jadi lepas ni dah tak payah pening-pening fikir nak kena beratur awal pagi untuk renew lesen. Semuanya boleh buat online je. Selain daripada lesen memandu, roadtax pun penting juga diperiksa sebelum nak memandu. Tapi satu benda yang susah dan leceh tentang roadtax ni adalah ia senang tercabut ataupun susah nak tanggal. Sebenarnya ada cara mudah nak tampal roadtax supaya tak ada kesan gam yang tertinggal di cermin bila nak cabut nanti. Boleh tengok dekat SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button