RumahPermohonan

Boleh Guna KWSP Bayar Rumah (Ansuran Bulanan) Yang Ramai Tak Tahu. Ini Caranya

Cara Mohon Pengeluaran Perumahan KWSP

Baru tahu sebenarnya boleh keluar duit KWSP bayar rumah (ansuran bulanan). Rumah makin lama makin mahal, jadi sampai bila lah tak mampu nak beli macam ni. Ye lah gaji minimum pun tak naik-naik, yang naik harga barang harga makanan semua. Macam mana nak hidup kan? Selamat lah ada simpanan dekat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh lah guna untuk beli dan bayar rumah.

Ramai lagi tak tahu duit KWSP boleh dikeluarkan untuk pelbagai kegunaan seperti perumahan, kesihatan mahupun pendidikan. Tak perlu pun tunggu sampai umur 55 tahun ataupun pengumuman dari kerajaan untuk pengeluaran khas. Ada lebih kurang 17 lagi jenis pengeluaran lain KWSP yang korang boleh lakukan. Cuma hanya perlu mohon dan ikut prosedur yang disediakan.

Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran KWSP

Cara Mohon Pengeluaran Perumahan KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah

KWSP telah memperkenalkan beberapa jenis pengeluaran, antaranya adalah Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Kalau korang ada membuat pinjaman dengan pihak bank untuk membeli rumah, jadi korang boleh gunakan inisiatif KWSP ini untuk meringankan beban yang ditanggung. Langkah memohon dan maklumat lain adalah seperti berikut:

 

Apa Itu Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP?

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP adalah kemudahan untuk membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP bagi membantu bayaran ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan dihadapi itu selesai.

 

Siapa Layak Memohon?

  • Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  • Umur bawah 55 tahun
  • Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  • Membeli / membina sebuah rumah kediaman *
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP **
  • Ansuran bulanan telah pun bermula

Nota:

* Rumah kediaman : jenis banglo / teres / berkembar / apartmen / kondominium / apartmen studio / apartmen servis / townhouse / SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia

** Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

 

Kadar Pengeluaran

Pengeluaran boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pengeluaran Individu : Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU kesemua simpanan di dalam Akaun 2
  2. Pengeluaran bersama :  Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU kesemua simpanan di dalam Akaun 2 pemohon

*Ianya bergantung kepada mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama enam bulan

 

 

Nota Penting

  • Pengeluaran adalah terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya bagi rumah yang sama sahaja.
  • Sekiranya rumah dibiayai semula, baki pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah. Sekiranya lebih dari satu pemberi pinjaman terlibat, surat tebus hutang akan di banding dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak dikeluarkan. Adalah tidak layak memohon sekiranya pinjaman asal telah selesai.
  • Pemohon boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
  • KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan sekiranya pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual / lelong / hakmilik dipindah atau jika didapati bersalah menipu dengan menghantar maklumat / dokumen palsu.
  • Bagi pinjaman perumahan tertunggak yang berstatus NPL dibenarkan untuk memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan di bayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
  • Tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
  • Pemohon boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa
  • Untuk pengeluaran berikutnya, pemohon boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.
  • Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
  • Tempoh bayaran maksimum bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan
  • Jika semasa ahli memohon, terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain masih berkuatkuasa, ahli hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran peminjam lain.

 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima)*
  • Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  • Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

*Tertakluk kepada pengeluaran pertama dan seterusnya, dengan atau tanpa pembiayaan semula. Jika terdapat lebih dari satu pembiayaan semula, anda dikehendaki menunjukkan surat Pengesahan Pinjaman dan Penyelesaian Hutang dari pemberi pinjaman sebelumnya.

Cara Mohon Pengeluaran

Terdapat beberapa cara untuk membuat permohonan pengeluaran iaitu:

i. e-Pengeluaran i-Akaun KWSP (online)

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
  2. Klik Pengeluaran
  3. Klik Permohonan Baharu
  4. Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  5. Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi
  6. Klik Seterusnya & Terima
  7. Isikan maklumat yang diperlukan
  8. Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai

ii. Permohonan Pengeluaran Manual 

Bawa borang dan senarai dokumen yang diperlukan berikut ke cawangan KWSP berhampiran

iii. Rakan Strategik e-Pengeluaran

Boleh terus rujuk rakan strategik berikut untuk panduan lanjut:

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya ada sebarang persoalan atau ingin mendapatkan makluman lanjut, boleh rujuk terus KWSP di:

.

Mudah je kan nak buat pengeluaran KWSP untuk buat bayaran ansuran pinjaman bulanan rumah. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban yang ditanggung sekarang kan. Tak perlu lah berhutang atau terpaksa jual rumah kita tu. Tahu tak untuk kita yang beragama Islam akaun KWSP haruslah jenis akaun syariah. Kalau belum tukar lagi, cara tukar akaun KWSP daripada konvensional kepada syariah boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button