AgamaInformasi

Cara Semak Umur Kalendar Islam (Tarikh Lahir Ikut Tahun Hijrah) – JAKIM

Panduan Check Umur Dalam Islam Ikut Kalendar Islam

Macam mana cara nak semak umur kalendar Islam? Sejak dari kecil kita ni dah dibesarkan dengan ikut kalendar masihi atau tahun 2020, 2021 dan sebagainya. Jarang sekali untuk kita ingat tahun dalam kalendar Hijrah atau bulan Islam seperti Rabiulawal dan sebagainya. Yang paling ingat Ramadhan dengan Syawal sebab bulan puasa dan raya kan. Kalau tak pernah tahu ini cara nak check umur dalam Islam ikut Kalendar Hijrah

Kalau dari lahir dulu memang tak ada rekod lahir tarikh hari bulan apa dalam Islam, jangan risau. Teknologi zaman sekarang dah boleh semak semula tarikh bila kita lahir dalam Islam dan sekaligus ketahui umur kita mengikut kalendar hijrah. Boleh percaya ke? Boleh sebab ianya adalah perisian yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri yang dipanggil Kalkulator Miladi

Cara Semak Umur Kalendar Islam Ikut Tahun Hijrah (Check Umur Ikut Kalendar Islam)

Macam mana nak guna kalkulator Miladi ni? Tak susah pun, ikut je langkah di bawah ni:

1. Layari laman web Kalkulator Umur Miladi JAKIM di pautan berikut:

2. Isikan tarikh lahir mengikut tarikh kalendar masihi

3. Klik butang TUKAR. Paparan umur dan tarikh lahir dalam bulan Islam akan mengikut Kalendar Hijrah akan ditunjukkan.

Nota: Kaedah Pengiraan yang digunakan adalah kaedah kiraan istilahi, terdapat kebarangkalian untuk kesilapan lebih sehari, atau kurang sehari.

Petunjuk: 

  • Umur Miladi : Umur mengikut tahun Kalendar Masihi
  • Umur Hijri : Umur mengikut tahun Kalendar Hijrah

Lazimnya umur mengikut kalendar Miladi akan menjadi lebih muda atau sedikit berbanding umur Hijri. Ini kerana jumlah hari dalam 12 bulan kalendar Islam adalah sebanyak 354 atau 355 hari sahaja berbanding 365 hari mengikut kalendar Masihi. Jadi jangan pelik pula kenapa ikut kalendar Islam umur korang jadi lebih tua.

Selain itu, hari kita lahir juga akan ditunjukkan pada bahagian kanan skrin. Kalau mereka yang lupa atau tak tahu langsung lahir hari apa boleh tengok di sini. Kiraan bilangan hari juga boleh dilihat di bawahnya. Boleh nampak berapa banyak hari kita hidup di dunia ini. Jadi bersyukur lah dengan rezeki yang kita ada. Senang je kan nak semak umur kalendar Islam? Nak tahu cara lain untuk bersedekah selain dengan memberi wang ringgit sahaja, boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button