AgamaInformasi

10 Cara Kreatif Bersedekah Yang Ramai Tak Tahu. Keluar Modal Sikit, Pahala Berterusan

Tips Memberi Sedekah Dengan Cara Lain Selain Memberi Duit


Sekarang ni ramai yang berada dalam kesusahan akibat keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Bila cakap mengenai kesusahan pastinya yang diperlukan adalah wang ringgit. Pernah dengar tak kata-kata “sedekah itu pembuka rezeki” ataupun “sedekah ketika sempit adalah sebaik-baik perbuatan”. Mesti pernah dengar kan ramai yang kata begitu.

Ya betul, tak ada duit macam mana nak sedekah, kita sendiri tak cukup macam mana nak bantu orang lain. Perlu diingat sedekah itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Senyuman juga dikira sebagai sedekah menurut Islam. Sebenarnya tak perlu wang ringgit yang banyak pun untuk bersedekah dan dapat pahala yang berpanjangan atau berterusan.

10 Cara Kreatif Bersedekah Untuk Mendapat Pahala Yang Berterusan

Ini cara untuk memberi sedekah dengan cara yang kreatif dan berlainan yang mungkin masih ramai tak tahu. Semoga pahala yang diberi ganjaran Allah SWT berterusan dengan amalan ini.

1. Letakkan Sabun Tangan Pewangi

Ini adalah cara paling sesuai dibuat terutamanya zaman sekarang di wabak pandemik COVID19 yang masih berleluasa lagi ni. Sabun merupakan perkara penting yang perlu ada di tempat-tempat mencuci tangan seperti di tandas awam dan kedai makan. Boleh juga jika diletakkan sabun ini di surau dan masjid seperti di tempat mengambil air wuduk. Ramai orang yang akan mendapat manfaat daripadanya

Sumber Gambar Mohammad Yaakub Yusra

2. Letakkan Selipar Di Masjid Atau Surau

Cara ini mungkin ramai lagi tak buat sebab fikir pihak masjid atau surau akan menyediakannya. Selalunya yang kita nampak adalah selipar untuk ke tempat ambil wuduk atau pun ke tandas. Kadangkala memang nampak selipar tu ada cuma ada yang dah rosak ataupun kotor. Ye lah ramai yang gunakan kan.

Jadi apa salahnya kita gantikan dengan yang baru. Tak mahal pun selipar, kedai RM2 pun ada jual. Kalau orang yang hilang kasut atau selipar masa hari jumaat pun boleh pakai selipar ni nanti. Lagi banyak pahala dapat memudahkan urusan orang dalam kesusahan.

3. Simpan Syiling (Cukup Bulan Bawa Ke Masjid)

Ini pula perkara yang ramai ada tapi tak buat. Selalu kan korang beli barang nanti ada baki sen-sen syiling? Lepastu bagi tu korang simpan dekat mana-mana kadang bersepah-sepah sebab malas nak letak banyak-banyak dalam dompet nanti berat. Nak simpan dalam bank pula kena beratur jadi malas nak buat.

Jadi apa salahnya kumpulkan syiling ni dan akhir bulan nanti sedekah kan sahaja di tabung masjid atau surau. Kalau tak nak tunggu hujung bulan bila dah ada tu sedekah je. Contoh dapat baki duit di kaunter ada tabung rumah anak yatim dekat sebelah tu terus je masukkan. Tak kisah lah berapa pun yang kita beri, yang penting ikhlas kan. Allah tengok usaha dan niat kita bukan jumlah nya besar atau tidak.

4. Berikan Baki Bayaran Kepada Penjual

Ini juga amalan yang mungkin ramai tak buat lagi. Selalu kalau kita beli barang kadang ada baki yang sedikit tu ataupun banyak sebab kita tak ada duit kecil kan. Lagi-lagi kalau kedai tu baru buka memang lah takde baki duit kecil-kecil ni. Jadi apa yang korang boleh buat adalah sedekah kan sahaja baki bayaran yang sepatutnya korang dapat kepada penjual tu. Pastinya penjual rasa amat bersyukur kerana ada duit lebih hasil jualan mereka.

5. Sumbangkan Kain Pelikat & Telekung

Ini satu lagi cara kreatif untuk bersedekah di masjid atau surau iaitu memberikan kain pelikat atau telekung. Kain pelikat sekarang ni tak ada lah mahal sangat kan, RM10 dapat. Telekung pun dalam RM20 dah dapat kan. Kalau tak mampu juga korang boleh buat servis cuci telekung atau kain pelikat masjid juga, tak susah pun kumpulkan dan cuci di rumah lepastu bawa semula ke masjid. InshaAllah dapat pahala juga.

6. Makanan Kucing

Yang ini mungkin ramai gemar nak buat. Kadang-kadang kita selalu nampak kucing berkeliaran tak kira lah di rumah ke mahupun di pasar atau kedai makan. Benda paling mudah ialah kita sediakan makanan kucing sentiasa bersama kita macam letak dalam kereta atau di rumah. Kalau tak pun di kedai atau di rumah ada lebihan makanan boleh beri juga, daripada membazir buang ke tong sampah kan.

7. Tumpangkan Rakan Atau Kenalan

Untuk yang ini mesti ada yang tak perasan sebenarnya tapi boleh buat. Contohnya macam kawan-kawan balik kerja nak pergi ke stesen bas ke LRT, apa salahnya kita tumpangkan mereka naik motor atau kereta kita ke situ. Kalau hari Jumaat nak pergi sembahyang tu nampak jiran jalan kaki ke boleh juga pelawa naik sekali.

8.  Bantu Angkat Barang Atau Lintas Jalan

Ini perkara yang mungkin ramai terlepas pandang juga, apabila kita nampak orang tua ataupun yang tak berupaya angkat barang banyak di pasar ke, apa salahnya kita tolong. Kalau tak pun nampak orang tua atau budak kecil nak melintas jalan, kita hulurkan juga bantuan dengan cara bawa mereka melintas. Senang je kan?

9.  Berikan Kertas Dan Pen (Sewaktu Ceramah)

Mungkin ini jarang sekali orang buat, tapi boleh cuba praktikkan. Kalau pergi surau ke masjid ada ceramah, boleh bagi kertas atau buku nota kecil dan pen pada orang lain supaya mereka boleh catat nota ceramah tu. Lagipun memang digalakkan menulis atau mencatat nota bila menuntut ilmu kan. Pahala tu inshaAllah berpanjangan selagi orang tu amalkan ilmunya. Kalau dah meninggal pula ada orang lain yang baca masih berterusan pahalanya.

10.  Damaikan Dua Pihak Berbalah

Ini pula perkara yang tak dijangka boleh dianggap sebagai sedekah kan. Ya betul dengan membantu memperbaiki hubungan antara dua orang yang sedang bermasalah juga dianggap sedekah. Menurut sebuah artikel di Berita Harian, keihklasan adalah asas kepada ganjaran daripada Allah SWT dan usaha mendamaikan juga dianggap sebagai suatu sedekah yang bererti dalam kehidupan

Jadi mudah je kan nak bersedekah dengan cara yang lain daripada lain dan juga boleh dibuat tanpa menggunakan wang ringgit. Yang menarik lagi ada amalan yang pahala boleh berterusan sehingga kita meninggal pun. Pastinya amalan yang dibuat penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran daripada Allah. Rasa bermanfaat jangan lupa share kan pada orang lain juga ya. Nak tahu tips untuk berjimat dan ada duit untuk bersedekah boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button