InformasiCara Mudah

Cara Mohon MySalam COVID-19 Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif (RM50/sehari maksimum RM700)

Cara Mohon MySalam COVID-19 Bayaran Penggantian Pendapatan

Alamak! tak boleh pergi kerja atau berniaga sebab kena kuarantin dekat rumah kerana jadi kontak rapat pesakit Covid-19 boleh mohon bantuan MySalam ke? Kalau tiba-tiba keputusan positif pula macam mana? Langsung tak boleh kerja atau berniaga dah. Gaji takde kalau tak pergi kerja, bisnes pun tak boleh jalan macam mana nak tanggung keluarga ni? Jangan risau, kerajaan ada sediakan bantuan tunai atau tuntutan manfaat penggantian pendapatan yang dikenali sebagai MySalam Covid-19.

Pada awalnya manfaat ini hanya boleh dimohon oleh mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan Covid-19. Namun pada Ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN Rakyat oleh Perdana Menteri pada 27 Mac yang lalu telah memperluaskan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

Maklumat lanjut skim MySalam rujuk: MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat

Cara Mohon MySalam Covid-19 Bayaran Penggantian Pendapatan

Jadi macam mana korang yang layak untuk memohon boleh dapatkan bantuan ni? Berapa pula jumlah penggantian pendapatan yang kita boleh dapat? Rujuk maklumat lanjut di bawah.

Jumlah Bantuan

  • RM50/sehari
  • Terhad kepada 14 hari setahun (Maksimum RM700)

Kemaskini Tuntutan MySalam Covid-19 Tahun 2022

Berdasarkan Portal Rasmi mySalam, hanya penerima mySalam yang layak dan POSITIF COVID-19 sahaja yang boleh membuat tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah manfaat Hospitalisasi pada tahun 2022

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan adalah seperti berikut:

Kategori

Dokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan

Positif menghidap COVID-19 di hospital

• Nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis.

•Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.

Positif menghidap COVID 19 dan sedang/telah menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Kuarantin/ kediaman sendiri.

•Mulai April 2022, boleh menggunakan sijil digital HSO & RO dari aplikasi mySejahtera untuk kes setakat tarikh sehingga 30 April 2022. Tangkap layar (screenshot) dari MySejahtera diterima tanpa perlu mendapatkan pengesahan dari pegawai KKM.

• Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

•Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.

Nota: Sebagai rujukan, tuntutan berkaitan kuarantin berkaitan kes kontak rapat (di mana diagnosis COVID-19 adalah negatif) hanya diterima bagi tarikh kuarantin hingga 31 Oktober 2021 dan tuntutan perlu dikemukakan selewatnya pada 31 Disember 2021. Sebarang tuntutan berkaitan kuarantin di rumah selepas tarikh 31 Disember 2021, hanya akan diterima bagi diagnosis positif COVID-19. Makluman berkenaan perkara ini juga telah dibuat di laman web mySalam, sejak 12 Oktober 2021.

Tarikh Akhir Tuntutan 2022

Untuk makluman, tarikh akhir bagi menyerahkan tuntutan, bagi tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) adalah pada 30 Jun 2022.

Cara Tuntutan Guna Sijil Digital HSO & RO (MySejahtera)

  1. Log masuk ke Portal MySalam dengan memasukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan
  2. Klik Tuntutan diikuti dengan Penyerahan Tuntutan
  3. Klik Tuntutan Hospitalisasi 
  4. Isikan maklumat yang diperlukan, pilih ‘Non Panel Hospital’
  5. Lampirkan gambar kad pengenalan dan surat kuarantin atau screenshot sijil digital HSO & RO dan tekan lampirkan.
  6. Klik Hantar. Selesai

Cara Dapatkan Sijil Digital HSO di MySejahtera

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik bahagian Profile
  3. Paparan Sijil Digital HSO akan dipaparkan

Syarat Kelayakan

Penerima MySalam Covid-19 mestilah merupakan penerima sedia ada skim MySalam iaitu golongan B40 (penerima BSH) dan juga golongan M40 (bukan penerima BSH dan berpendapatan kasar tahunan tidak lebih RM100,000). Justeru bagi penerima manfaat ini, tuntutan boleh dibuat bagi situasi berikut:

  1. Pesakit yang disahkan Positif Covid-19 (B40 & M40)
  2. Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM sebagai pesakit di bawah siasatan atau PUI (B40)
  3. Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri sebagai pesakit di bawah siasatan atau PUI  (B40)

*Takrifan PUI boleh rujuk: (PUI) Kementerian Kesihatan Malaysia

NOTA: Perlu diingatkan, sebarang tuntutan MySalam Covid-19 bagi self-quarantine atau kuarantin secara sukarela tanpa arahan KKM tidak akan dibayar.

Cara Mohon Tuntutan

Sekiranya korang melepasi syarat yang dinyatakan di atas, bolehla membuat tuntutan melalui dua cara iaitu:

1. Secara Online

  1. Log masuk ke Portal MySalam dengan memasukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan
  2. Klik Tuntutan diikuti dengan Penyerahan Tuntutan
  3. Klik Tuntutan Hospitalisasi mengikut kategori pesakit:
    • Pesakit Positif Covid-19
    • Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM
    • Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri
  4. Isikan butiran yang diperlukan berikut:
    • Tarikh masuk wad/mula kuarantin
    • Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
    • Nama hospital/premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  5. Seterusnya muatnaik (upload) dokumen berikut dan klik Lampirkan
    • Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    • Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
    • Surat Perintah Kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  6. Klik Hantar kemudian klik Saya Setuju dan permohonan akan diproses
  7. Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai MySalam Covid-19. Untuk menyemak status, klik butan Status Tuntutan

2. Secara Manual

Pesakit juga boleh membuat tuntutan secara manual dengan pergi ke mana-mana kiosk MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian 1 300 888 938 atau emel ke info@mysalam.com.my.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button