MakananCara Mudah

Belum Gaji Anak Nak Makan KFC. Ikuti Resipi Ayam Goreng Ala KFC Murah Dan Mudah Ni. RM20 boleh Makan Sekeluarga!

5 Bahan Untuk Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Ramai lagi tak tahu resepi ayam goreng ala KFC ni. “Ibu… adik nak ayam KFC boleh tak?” Sayu je rasa bila anak-anak teringin KFC tapi gaji tak masuk lagi… Satu bucket family boleh cecah sampai RM30 untuk lima ketul ayam sahaja. Anak-anak pula tengah nak membesar, jadi seorang seketul macam tak cukup kan.

Nak tunggu awal bulan macam lama sangat. Tapi sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri ayam goreng ala-ala KFC. Jimat pun jimat! Anda boleh ikuti beberapa langkah mudah di bawah untuk buat ayam goreng KFC sendiri di rumah! Apa yang anda perlukan hanyalah ayam dan beberapa jenis tepung lain untuk dapatkan rasa sebenar ayam goreng KFC! 

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Sumber Gambar 100Comments

Bahan-bahan Ayam Goreng Ala KFC:

Tepung bestari (RM 7.30, pedas)

Tepung gandum (RM2.90 , 1kg, jenama Faiza)

Tepung beras (RM1.80 , 500g, jenama Jati)

Ayam (RM8, 1 ekor lebih kurang 16 ketul)

Cara-cara Ayam Goreng Ala KFC:

  1. Pastikan ayam telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan tepung bestari dengan ayam dan campurkan sedikit air.
  3. Perap selama 30 minit ataupun lebih untuk rasa pedas itu meresap masuk ke dalam ayam.
  4. Campurkan tepung bestari, tepung gandum dan tepung beras di dalam satu bekas lain.
  5. Keluarkan ayam yang telah diperap daripada peti ais untuk anda sadur dengan tiga tepung yang anda telah campurkan tadi.
  6. Panaskan minyak dengan api yang kuat.
  7. Sadur ayam dengan tepung, kemudian celupkan dengan air sedikit kemudian sadurkan sekali lagi dengan tepung campuran tadi. Ini untuk berikan rasa lebih rangup apabila sudah digoreng.
  8. Perlahankan semula api sedikit sebelum anda masukkan ayam yang telah disadur tadi. Ini kerana anda mahukan ayam masak dengan betul dan hasilnya akan jadi lebih rangup!
  9. Siap dan anda boleh hidangkan bersama sos atau enak juga dimakan begitu sahaja. 

Sumber Gambar Zazaiman

Resepi Potato Wedges Ala KFC

Tapi macam kurang sesuatu pulak kalau tak ada side dish kan? Dah alang-alang goreng tu apa kata buat Potato Wedges. Tak susah pun nak buatpotato wedges ni. Anda hanya perlukan tiga bahan je! Senang kan? 

Sumber Gambar MysumberTV

Bahan-bahan:

Kentang (RM2.50, 6 biji)

Kiub pati ayam (RM3, 1 paket)

Tepung bestari (RM6.80 asli)

Cara-cara:

  1. Potong kentang kepada setengah dalam bentuk memanjang. Potong lagi setengah. Anda akan dapatkan wedges yang sedikit besar. Potong sekali lagi setengah untuk nampakkan bentuk wedges itu (seperti gambar di atas).
  2. Panaskan air di dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan kiub pati ayam kemudian masukkan kentang yang anda telah potong. 
  3. Anda perlu masak sehingga separuh masak sahaja. Untuk kenalpasti ianya separuh masak, cucukkan dengan garfu. Jika kentang boleh dicucuk sehingga kebahagian tengah, angkat dan toskan ke tepi. 
  4. Salutkan kentang dengan tepung bestari.
  5. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng sehingga kelihatan garing.
  6. Siap dan boleh dimakan bersama ayam goreng!

Dengan dua resepi ini, anda tak perlu pening-pening fikir macam mana nak tunaikan keinginan anak-anak. Bahan yang anda perlukan pun hanya tiga ke lima bahan sahaja. Jimat dan berbaloi kerana boleh dimakan secara beramai!

Tapi bila gaji dah masuk, jangan buat-buat lupa pulak! Apa salahnya belanja anak makan KFC sekali-sekala. Sekurang-kurangnya dapat bahagiakan anak-anak kan. Nak lagi jimat, jom tengok tips jimat makan di luar.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button