PekerjaanCara Mudah

Suri Rumah Pun Boleh Bekerja Dari Rumah Buat Bisnes Untuk Tolong Suami. Ni 4 Kerja Sampingan Boleh Buat.

4 Kerja Sampingan Suri Rumah Boleh Buat Untuk Tolong Suami

Banyak rupanya kerja sampingan para isteri boleh buat dekat rumah. “Kau ni kerja duduk rumah habiskan beras suami ko je kan?” Pernah tak korang suri rumah dengar ayat mulut laser makcik bawang macam ni? Mesti sakit je hati rasa kan. Ingat suri rumah ni kerja goyang kaki ke dekat rumah? Banyak kerja nak uruskan rumah tu jugak ya. Tapi di zaman ekonomi mencabar ni, suri rumah mesti paling kurang nak ada duit sendiri kan, sebab kadang-kadang kesian tengok suami penat pergi kerja pagi balik malam untuk sara keluarga.

4 Kerja Sampingan Suri Rumah Boleh Buat Untuk Tolong Suami

Menurut Pn Noraziah Ramlee, seorang suri rumah sejak 3 tahun lalu berpendapat, suri rumah tidak sepatutnya sekadar menghabiskan gaji suami. “Suri rumah patut menggunakan masa sehabis baik setelah selesai masak dan urus anak ke sekolah serta perihal rumah. Bukannya duduk menghadap drama atau bermain telefon sampai petang.” Beliau yang merupakan seorang ejen dropship berkongsi beberapa bisnes yang bermodal kecil atau tak perlu modal langsung dan boleh buat dari rumah.

Jual nasi lemak RM1 atau nasi berlauk RM4

Sumber Gambar flickr

Kebanyakan suri rumah mesti pandai masak. Tak salah kalau guna kelebihan itu untuk berniaga. Yang korang takut mesti soal siapa yang nak beli kan? Mula-mula jual je dulu dalam group WhatsApp taman atau kampung . Dalam FacebookGroup pun boleh. Minta juga suami bawa ke pejabat dan buka order di sana.

Katakan untung 60% dari RM4. 1 bungkus sudah untung RM2.40. Katakan sehari mampu buat 50 bungkus, sudah untung RM120.

20 hari x RM120 = RM2400 !

Ni baru free marketing tau? Belum pacak tapak mana-mana lagi berniaga betul-betul, mesti boleh dapat banyak lagi. Tapi kalau macam tu jangan lupa mohon lesen ya, kena sita nanti dah susah. 

Jual Air Gelas RM1

Sumber Gambar Wawa

Lebih popular dengan jolokan nama air balang. Walaupun tidak semewah dan popular seperti minuman hipster, tapi air balang sebenarnya sentiasa ada orang nak beli. Lagi-lagi di port ramai pelajar sekolah atau tempat menunggu orang ramai. Buka dua sesi jualan iaitu pada waktu tengahari dan juga pada waktu petang dah cukup. Boleh baca tips jual air balang di sini.

Sasarkan 100 gelas per sesi. Ini bermaksud jualan RM200 sehari. Kalau meniaga 20 hari sekalipun, sudah dapat RM4000 sebulan. Tolak kos modal berapa la sangat. Untung kan?

Bisnes Menjahit

Sumber Gambar Bharian

Tak semua suri rumah yang suka kecahkan dapur. Kalau seorang yang teliti dan sukakan seni, boleh belajar menjahit. Tak susah pun, boleh belajar di Youtube. Cari yang pasaran tertumpu (niche) seperti sulam baju bayi atau jahit tepi tudung. Mulakan kecil-kecilan dulu supaya orang kenal hasil tangan kita. Lama kelamaan, pasti akan ada pelanggan yang minta untuk jahit baju pula.

Kebiasaannya upah paling murah menjahit baju kurung dewasa adalah RM80 tak termasuk kain. Katakan korang boleh siap dalam dua hari. Suruh pelanggan tempah sebulan sebelum tarikh yang mereka mahu. 15 x RM80 = RM1200.

Ini dikira bersih kerana apa la sangat modal jarum dan benang. Belum termasuk urgentrequest seperti jahit tetas, tampal koyak, jahit beg dan sebagainya. Ini pendapat penulis, sejauh mana teknologi berkembang, belum ada robot yang mampu tiru hasil tangan seorang tukang jahit.

Jadi Ejen dropship

Sumber Gambar Murahhouse

Ini sesuai untuk suri rumah yang suka online dan aktif di media sosial. Ramai kan suka main Facebook bila masa lapang? Daripada buang masa baca gosip artis baik buat ni dapat duit. Dropship ni bermaksud korang jual produk syarikat lain dan hanya urus komunikasi dengan pelanggan tanpa risau pasal postage, sebab syarikat HQ yang akan hantar.

“Dropship ni kena pandai marketing dan buat ayat sikit.” tambah Pn Noraziah ketika berkongsi. Sebagai dropship tudung, dia menyatakan lagi yang dia banyak belajar di internet mengenai bisnes tudung.Ini adalah parttime suri rumah yang paling hot sejak ramai dah guna handphone dan ada akaun sosial media. Bentuk dan cara iklan sama seperti nasi bungkus tadi iaitu dengan menggunakan WhatsApp.  Cumanya jika lebih aktif di media sosial  seperti di Facebook dan Instagram lagi bagus.

Katakan untung 1 produk RM10. Kalau sehari 10 sales pun sudah cukup baik. RM100 x 30 hari = RM3000!

Kalau bersungguh buat kerja, memang tak menang tangan katanya lagi. Dia turut berkongsi yang dia menggunakan platform seperti Yezza untuk membantu urusan bisnesnya agar tidak mengganggu tanggungjawab utamanya iaitu suri rumah.

Sebelum mengakhiri perbualan, Pn Noraziah berkongsi impian yang dia juga mahu menjadi seperti Pn Nur Aini Zolkepeli yang menjadi jutawan sejak berumur 23 tahun. “Beliau bermula dari rumah. Sekarang dah jadi jutawan. Suri rumah bawah dia pun ikut sama. Siapa tak nak dalam bank ada duit juta-juta kan?” Ada tak dah hujung bulan suami belum gaji tiba-tiba anak minta nak makan KFC? Suri rumah boleh baca sini untuk resepi Ayam Goreng Ala KFC guna 5 bahan je.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button