DekorasiCara Mudah

Dari Luar Rumah Flat PPR Je, Dalam Macam Kondominium 5 Bintang

Cara Dekorasi Flat PPR Jadi Macam Kondominium

Siapa kata rumah flat PPR ni sempit dan tak boleh nak hias cantik? Nak mohon sewa duduk PPR tapi tak tahu caranya? Boleh rujuk panduan ini. Mungkin ramai kat luar tu ingat yang duduk PPR ni orang susah je dan tak mampu nak berbelanja atau hidup selesa. Tapi kalau orang tu pandai menyimpan duit dan gunakan kreativiti dengan bajet yang ada, boleh je sebenarnya.

Tak percaya? Tengok perkongsian seorang individu di Facebook dengan nama Curry Abbas Inayat Ali ni. ‘Flat PPR, 3 Bilik 2 Tandas, Pelan² kayuh… Alhamdulillah… Inilah rumah comel kami empat beranak… 😇’. Menurut caption dan gambar yang beliau kongsikan, bermula tahun 2011, keadaan rumah PPR yang kosong berjaya diubah tahun demi tahun sehingga cantik sekarang.

Nampak kan transformasi rumah ni daripada tahun ke tahun. Kalau rumah cantik macam ni siapa sangka di luar sebenarnya adalah Flat PPR kan? Kalau korang teliti satu per satu gambar pun korang mesti perasan barang-barang atau hiasan ditambah sedikit demi sedikit setiap tahun.

Dekat sini lah pentingnya amalan berjimat cermat dan tidak membazir. Mungkin kita nak sesuatu tu terus ikut je nafsu dalam membeli barang kan. Tapi apa yang kita patut buat sebenarnya adalah ikut kemampuan kita dan jangan berbelanja lebih apatah lagi berhutang. Susah pula nanti di kemudian hari nak bayar hutang pula.

Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan. Sesuai dengan dekorasi rumah PPR yang dikongsikan wanita ini. Puas hati lah tengok rumah yang dulunya kosong dan kurang cantik kini dah macam kondominium 5 bintang! Jom sama-sama kita share dan jadikan inspirasi buat menghias rumah ataupun bilik kita.

Cantik kan cermin besar dekat ruang tamu tu? Boleh buat sendiri pakai cermin kedai RM2.10 je taw. Tak percaya tengok kat sini.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button