KewanganInformasi

Nak Sambung Belajar Kolej Universiti Tapi Tak Ada Duit? Boleh Cuba Mohon Bantuan Pendidikan Ni!

Cara Mudah Dapatkan Bantuan Kewangan Untuk Sambung Pelajaran Lepas Sekolah

Nak sambung belajar tapi mungkin korang datang daripada keluarga yang menetap di flat PPR, mempunyai ayah yang bekerja sebagai kerani dan ibu pula seorang suri rumah. Atau boleh jadi juga korang adalah anak penoreh getah atau petani di kampung. Baru je habis SPM atau STPM dan berniat mahu melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Tapi bila tengok keadaan keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, terpaksa batalkan hasrat untuk menyambung pelajaran. 

Sebenarnya, mungkin boleh sambung pengajian, tapi dalam masa yang sama bekerja separuh masa untuk membayar yuran universiti setiap semester. Namun, ada banyak kes sebenarnya orang yang sambung belajar sambil bekerja, tapi akhirnya tak boleh nak bagi masa dengan betul dan terpaksa berhenti belajar. Kan dah rugi dekat situ.

Bantuan Pendidikan yang Pelajar B40 Boleh Mohon Untuk Sambung Belajar

Walau apapun solusi yang korang cuba fikirkan, memang pelajar yang datang daripada golongan B40 dan M40 takkan mampu untuk membayar yuran pengajian sendiri. Tapi jangan risau! Masih ada jalan keluarnya untuk korang sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu melalui bantuan pendidikan. Antaranya seperti berikut:

1. PTPTN: Ingatkan Pinjaman, Rupanya Boleh Tukar Jadi Biasiswa!

Sumber Gambar Astro AWANI

Boleh jadi ramai yang rasa tak bersemangat nak mohon PTPTN disebabkan kadar faedah yang memerlukan peminjam untuk membayar lebih daripada jumlah asal. Tapi korang tahu tak, PTPTN mempunyai pilihan untuk menukar pinjaman tu kepada biasiswa. Maksudnya, korang tak perlu bayar balik yuran pengajian yang dipinjam tu! 

Tapi ada syarat-syaratnya dan antara syaratnya adalah korang kena perolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama barulah mengubah status pinjaman korang kepada biasiswa. Sebenarnya, PTPTN ni antara bantuan pendidikan yang paling senang dan ramai orang mohon. Korang boleh baca syarat-syarat lebih lanjut di sini

2. MARA & JPA: Pinjaman Tiada Bunga

Kalau korang tak nak terlibat dalam pinjaman yang perlu membayar bunga, korang boleh cuba apply pinjaman MARA. Cuma pinjaman MARA hanya boleh digunakan di IPTS je dan jarang pinjaman MARA diluluskan di IPTA. Dan bila korang dah tamat pengajian, korang boleh membuat permohonan pengurangan bayaran, bermakna korang tak perlu bayar jumlah penuh yuran yang dipinjam! 

Satu lagi yang best dengan MARA adalah diorang mempunyai program khas untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM (Program Pembangunan Anak Muda) untuk menjalani program persediaan di Malaysia sebelum mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara!

Sama juga dengan JPA yang menawarkan pinjaman boleh ubah dan kadar faedah untuk pembayaran balik semula pinjamannya adalah 0 atau tiada faedah! Jadi, kalau korang dapat masuk IPTA, bolehlah korang mohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) yang ditawarkan oleh JPA ni.

3. Yayasan Negeri: Bantuan yang Tak Ramai Tahu

Ramai orang tak tahu, setiap negeri ada yayasannya tersendiri yang memberi bantuan pendidikan kepada yang memerlukan, terutamanya buat mereka yang datang daripada keluarga B40! Ada sesetengah kerajaan negeri yang menawarkan pinjaman boleh ubah; yang boleh menukar status pinjaman kepada biasiswa jika tamat pengajian dengan kelas pertama. Dan ada juga beberapa kerajaan negeri yang tak kenakan bunga untuk bayaran balik pinjaman.

Berikut adalah negeri-negeri yang mempunyai yayasan dan menawarkan bantuan pendidikan:

Orang yang datang daripada golongan B40, tak sepatutnya berhenti belajar hanya kerana tiada duit. Ada banyak bantuan pendidikan yang korang boleh mohon dan bolehlah korang sambung belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga. Sekarang ramai yang berjaya dalam pendidikan, dulunya diorang datang daripada keluarga yang susah. Tapi disebabkan keazaman yang ada, diorang tak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya!

Baca Juga : Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button