KewanganCara Mudah

Ramai Tak Tahu Boleh Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP. Tak Perlu Tolak Gaji. Ini Caranya.

Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP Sendiri Atau Ibu Bapa

Betul ke ada cara untuk Bayar PTPTN guna akaun 2 KWSP? Benda pertama sekali yang kita akan fikir bila dah habis belajar, selain daripada untuk mencari kerja, adalah cara untuk menlangsaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN. Bagi mereka yang mendapat biasiswa ataupun menggunakan duit ibu bapa, tak perlu dah nak fikir pasal benda ni. Peminjam selalunya akan memilih cara membayar PTPTN dengan menolak sejumlah kecil daripada gaji yang kita terima setiap bulan. Tapi selalunya cara ni akan mengambil yang sedikit lama untuk kita habis membayarnya.

Kelebihan Bayar PTPTN Melalui Pengeluaran KWSP

Korang tahu tak sebenarnya kita boleh gunakan duit daripada Akaun 2 simpanan KWSP untuk membayar pinjaman PTPTN? Dengan cara ni, kita dapat melangsaikan pinjaman PTPTN dengan lebih cepat berbanding cara potong gaji setiap bulan.

Antara faedah yang kita dapat, kalau bayar PTPTN dengan menggunakan duit simpanan KWSP adalah:

  • Boleh menggunakan Akaun 2 KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan).
  • Tiada had pengeluaran.
  • Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun 2 masih ada baki.
  • Tiada caj pemprosesan dikenakan.
  • Nikmati penjimatan kos upah dan pemendekan tempoh bayaran balik.

Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP Sendiri Atau Ibu Bapa

Dekat bawah ni kitorang akan sediakan 6 langkah untuk bayar balik pinjaman PTPTN dengan mengeluarkan simpanan KWSP, yang boleh korang ikut dengan mudah!

  • Pertama sekali, kena pastikan yang i-Akaun milik korang masih aktif. Kalau belum mendaftar, korang boleh daftar dulu di pejabat KWSP yang berdekatan. Tapi kalau nak lagi senang, daftar je di kiosk KWSP. Tak perlu nak beratur panjang-panjang. Korang boleh baca cara-cara daftar i-Akaun di kiosk KWSP di SINI.
  • Kemudian, semak dulu berapa baki pinjaman yang perlu dibayar di laman web PTPTN. Korang boleh semak baki pinjaman di SINI.
  • Bila dah tahu baki pinjaman yang perlu dibayar, barulah boleh teruskan untuk buat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP. 
  1. Log masuk ke i-Akaun korang, kemudian di Menu Utama, klik ‘Pengeluaran’. Lepas tu, klik pula ‘Permohonan Pengeluaran Baru’ dan pilih ‘Pendidikan’.
  2. Pada paparan baru, korang kena lengkapkan maklumat yang diminta seperti, Institusi yang Terlibat korang boleh pilih PTPTN.
  3. Bayar Kepada boleh pilih Pemberi Pinjaman.
  4. Peringkat Pengajian korang boleh pilih pengajian tahap mana yang korang nak bayar.
  5. Dan yang terakhir, Permohonan Untuk boleh pilih pilihan yang bersesuaian. Kalau guna akaun 2 Mak Ayah boleh pilih anak.
  6. Seterusnya, lengkapkan Maklumat Ahli dan di sini korang boleh tengok Amaun Kelayakan berdasarkan jumlah simpanan yang boleh dikeluarkan daripada Akaun 2 KWSP.
  7. Bila dah hantar borang permohonan, korang boleh tunggu permohonan diproses. Dalam masa 4-14 hari bekerja, korang akan dapat SMS ataupun mesej dalam Inbox i-Akaun, yang mengatakan tentang status permohonan.
  8. Kalau status lulus, boleh datang ke KWSP dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan, seperti salinan surat tawaran IPT, transkrip, ataupun skrol. Dan jangan lupa juga yang paling penting, kad pengenalan korang!

Proses pembayaran selalunya akan dilakukan dalam masa 16 hari bekerja. Korang boleh periksa sama ada pembayaran dah dilakukan melalui i-Akaun ataupun melihat baki pinjaman di laman web PTPTN. Senang je kan nak bayar PTPTN guna akaun 2 KWSP ni. Pinjaman PTPTN ni korang mestilah langsaikan untuk mengelakkan daripada perkara yang tak diingini berlaku di masa depan seperti nama di’blacklist’ ataupun kredit skor di Bank Negara menjadi teruk. Cara nak semak CCRIS mudah je boleh tengok panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button