PermohonanCara Mudah

Cara Semak CCRIS Online Melalui eCCRIS. Tak Perlu Lagi Beratur Di Kiosk

Tips Semak CCRIS Online Dengan Mudah

Rupanya sekarang ini dah boleh semak CCRIS online melalui eCCRIS. Lebih mudah lepas ini kerana tak perlu lagi pergi beratur di Kaunter Bang Negara Malaysia mahupun di Kiosk BNM. Jadi lepasni tak perlu lah ambil cuti atau waktu rehat semata-mata untuk dapatkan laporan CCRIS di Bank Negara. Dengan adanya kemudahan ini, semua orang boleh mengaksesnya pada bila bila masa dan di mana jua.

Apa Itu CCRIS? 

CCRIS atau Central Credit Reference Inforamtion System (CCRIS) yang diterjemah sebagai Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit merupakan sistem yang direka khas daripada Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu yang nak membuat pinjaman di institusi kewangan. Maksudnya, ia adalah pengkalan data untuk menyimpan semua rekod permohonan dan menunjukkan gambaran penuh kewangan seseorang.

Cara Semak CCRIS Online Secara Atas Talian Melalui eCCRIS

Perkongsian cara membuat semakan CCRIS online telah dibuat oleh saudara Zulqarnain Zaki di Facebook beliau, langkah nya adalah seperti berikut:

1. Layari Portal eCCRIS BNM kemudian klik Daftar Sekarang / Register Now

2. Tandakan kotak Yes, I Understand kemudian klik Teruskan / Proceed. (Wang RM 1 akan dikembalikan dalam masa 2 hari bekerja)

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan buat bayaran RM 1 menggunakan akaun sendiri. (Wang akan dikembalikan dalam masa 2 hari bekerja)

4. OTP akan dihantar kepada emel. Klik Log masuk pertama kali / First Time Login . Masukkan ID dan kata laluan. Kemudian OTP akan diberikan lagi. (Setiap kali login, akan dapat OTP)

5. Setelah log masuk portal, klik Enquiry

6. Kemudian klik ‘I agree

7. Paparan CCRIS terkini akan ditunjukkan.

 

Cara Paling Mudah 

Menurut beliau, ini adalah cara paling mudah untuk menyemak komitmen eCCRIS iaitu secara online. Jika dibandingkan dahulu agak leceh iaitu perlu walk-in ke Kiosk. Kini semuanya 100% digital dan boleh dapatkan secara percuma. Caj RM1 akan dipulangkan semula

 

CCRIS Ini Apa Sebenarnya

CCRIS ini mengumpulkan semua hutan g kita pada bank, PTPTN dan sebagainya. (Hutang dengan kawan, ayah ibu, Ah Long tak dikira)

 

Apa Yang Boleh Dilihat Dalam CCRIS? 

Di sini kita boleh lihat cara bayaran kita sepanjang tahun dengan pihak bank. Sekiranya banyak O ini adalah dikira bagus kerana bayar pada waktunya atau On Time. Jika ada 1 atau 2 bermaksud kita pernah terlepas atau terlambat bayar.

 

Untuk Apa CCRIS?

CCRIS ini untuk pihak bank rujuk atau tengok apabila kita ingin membuat pinjaman dengan pihak mereka. Jadi pihak bank boleh kira DSR (Nisbah Khidmat Hutang) dan lihat disiplin kita untuk membayar hutang. Kalau rumah atau kereta yang dah habis bayar dia tak akan kira sekali.

 

CCRIS Untuk Buat Loan

Untuk sesiapa yang ingin beli rumah atau kereta guna loan, seeloknya memang perlu ada CCRIS ini dulu. Jadi boleh lah buat CCRIS ini. Jika tidak silap, PTPTN tak dikira. Paling mudah nak ada CCRIS ini boleh buat ASBF atau guna kad kredit. Ianya boleh dibuat sebagai komitmen minimum.

 

Selain daripada secara online, korang boleh juga menggunakan dua cara lagi untuk mendapatkan laporan CCRIS iaitu:

Kiosk Bank Negara Malaysia

1. Hadir ke mana-mana mesin kiosk Bank Negara Malaysia, pilih bahasa Malaysia atau English

2. Kemudian pilih paparan butang ‘Cetak Laporan’ dan ikuti prosedur seterusnya

3. Masukkan Kad Pengenalan pada mesin (slot yang disediakan)

4. Seterusnya, pada bawah slot tersebut terdapat lampu untuk cop jari yang akan menyala dan letakkan ibu jari untuk pengimbasan sebelum laporan dikeluarkan

Kaunter Bank Negara Malaysia

1. Hadir ke mana-mana kaunter Bank Negara Malaysia dengan membawa IC

2. Maklumkan kepada pegawai di kaunter ingin mendapatkan laporan CCRIS

3. Ikut prosedur yang diberikan pegawai sehingga selesai mendapat laporan CCRIS

 

Begitu lah cara untuk mendapatkan laporan CCRIS secara online mahupun di Bank Negara Malaysia. Mudah sahaja kan, lepasni boleh lah buat untuk check status CCRIS kita. Lebih senang nanti nak rancang perbelanjaan kewangan untuk buat pinjaman dan sebagainya. Kalau nak semak status CTOS pula boleh rujuk panduan lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button