Cara MudahRumah

Kegunaan Aluminium Foil Yang Ramai Masih Belum Tahu. Antaranya Boleh Tajamkan Gunting!

Tips Guna Aluminium Foil Untuk Pelbagai Perkara

Ramai tak tahu aluminium foil sebenarnya ada pelbagai kegunaan yang kita boleh buat. Aluminium foil atau kerajang aluminium ni biasanya digunakan untuk membungkus makanan panas seperti kentang untuk di panggang barbeku dan sebagainya. Sememangnya kita semua tahu bahawa aluminium foil ini kegunaannya adalah untuk pengendalian makanan. Namun begitu sebenarnya ada beberapa lagi kegunaan lain aluminium foil yang boleh kita guna pakai.

Tips Guna Aluminium Foil Untuk Pelbagai Perkara

Sebenarnya perkara lain yang boleh diguna pakai dengan aluminium foil ini adalah tips atau lifehacks yang dikongsikan oleh orang ramai. Berikut adalah antaranya:

1. Membersihkan Alatan Logam

Aluminium foil boleh membantu membersihkan alatan logam atau stainless steel. Caranya mudah sahaja hanya campurkan setengah cawan cuka, 1 sudu makan baking soda dan sekeping aluminium foil yang digumpalkan ke dalam bekas atau terus ke dalam alatan logam tersebut. Gosokkan aluminium foil tersebut dengan alatan logam tersebut lalu bilaskannya dengan bersih.

Sumber gambar DrKarenslee

2. Menajamkan Gunting

Macam tak percaya kan, aluminium foil boleh guna untuk tajamkan gunting? Ya betul memang boleh. Caranya mudah je iaitu ambil gunting yang tumpul dan sekeping aluminium foil lebih kurang 12 inci panjang. Lipatkan aluminium foil secara memanjang sehingga menjadi berlapis sehingga lebih kurang 1 inci lebar. Potong aluminium foil menggunakan gunting tumpul tersebut secara menyeluruh supaya setiap bahagian tajam gunting dapat ditajamkan. Ulang proses sehingga gunting kembali tajam dan kemudian lapkan gunting dengan tuala lembap untuk membuang sisa foil di gunting.

Sumber gambar Hipwee

3. Cuci Pemanggang Barbeku Dengan Mudah

Selain itu, aluminium foil juga boleh bantu dalam mencuci pemanggang barbeku atau grill yang terdapat sisa makanan terlekat dengan mudah. Caranya adalah dengan memanaskan pemanggang sehingga sisa makanan tersebut terbakar atau rentung. Biarkan pemanggang sejuk kemudian semburkan cuka sehingga ianya menitis. Koyakkan sekeping aluminium foil dan gumpalkan ia menjadi bola. Gosokkan pemanggang dengan gumpalan tersebut sehingga tiada sisa melekat tinggal. Bilaskan besi pemanggang dengan air dan selesai.

Sumber gambar Hipwee

 

4. Membungkus Buah-Buahan Agar Kekal Segar

Buah-buahan juga boleh mendapat manfaat dengan penggunaan aluminium foil ini. Iaitu ianya dapat membantu mengekekalkan kesegaran buah-buahan. Antaranya buah Pisang dan avocado. Caranya mudah sahaja, balutkan seluruh buah avocado yang belum dipotong dengan aluminium foil. Untuk pisang pula balutkan aluminium foil di bahagian batang pisang untuk mengelakkan buah pisang cepat rosak atau busuk.

Sumber gambar Housewifehowtos

5. Sebagai Bekas atau Acuan Makanan

Selain daripada menutup makanan, aluminium foil juga boleh dijadikan bekas atau acuan makanan. Disebabkan keadaan aluminium foil yang mudah dibentuk dalam masa yang sama juga keras dan tidak lembik, maka ianya amat mudah untuk dijadikan bekas atau acuan. Acuan ini boleh diguna di dalam oven ataupun air fryer. Tapi ingat jangan sesekali masukkan ke dalam microwave! Boleh meletup nanti.

Bac Juga: Cara Guna Microwave Dengan Betul 

Sumber gambar Hipwee

6. Membersihkan Barang Kemas Perhiasan Perak

Ini juga salah satu tips yang amat memudahkan kita semua iaitu aluminium foil mampu membersihkan alat perhiasan perak. Ya betul barang kemas perak atau silver ini boleh dibersihkan hanya dengan menggunakan aluminium foil. Caranya adalah lapikkan aluminium foil di dalam bekas dan bahagian berkilat di bahagian atas atau depan. Campurkan air panas bersama garam dan cuka di dalam bekas tersebut.

Kemudian rendamkan alat kemas dalam satu lapisan di bahagian dasar bekas. Pastikan ianya terkena pada aluminium foil dan rendamkan selama 30 saat hingga 3 minit bergantung pada berapa banyak peralatan perhiasan perak tersebut. Angkat barang kemas perak yang terendam dan keringkan dengan kain.

Sumber gambar Info Jimat

 

7. Pelapik Airfryer atau Oven

Untuk memasak menggunakan airfryer ataupun ketuhar dan oven, pastinya makanan yang dimasaka akan meninggalkan kesan atau bekas di tempat tersebut setelah selesai memasak. Jadi cara paling mudah untuk mengelakkan daripada kesan atau sisa makanan terlekat pada jaring atau bekas tersebut adalah dengan meletakkan pelapik. Maka aluminium foil boleh digunakan untuk dijadikan pelapik dalam airfryer ataupun Oven.

Sumber gambar Info Jimat

Banyak kan kegunaan lain aluminium foil yang kita tak tahu? Jadi lepasni bolehlah buat tips di atas untuk memudahkan lagi kehidupan seharian kita. Jangan lupa share pada yang lain juga agar mereka mendapat manfaat yang sama. Kalau nak tahu tips guna Airfryer dengan betul boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button