TeknologiCara Mudah

Kalau Salah Pakai Air Fryer Boleh Cepat Rosak, Ini Cara Betul Guna Air Fryer Supaya Tahan Lebih Lama!

Cara Guna Air Fryer Dengan Betul Agar Tidak Mudah Rosak

Fenomena air fryer sekarang bagaikan tsunami yang melanda tapi masih ramai tak tahu cara betul guna air fryer. Buka je Facebook, mesti nampak ada orang kongsikan masakan yang dimasak dengan menggunakan air fryer, sampai korang pun rasa terhasut untuk membeli satu. Tapi bila dah beli, korang tergaru-garu kepala, tak tahu pula cara nak gunakannya dengan betul. 

Cara Betul Guna Air Fryer Agar Tidak Mudah Rosak

Jangan risau, ini dia 8 tips menggunakan air fryer dengan betul yang dikongsi oleh saudara Abdul Razak di Facebook, yang korang boleh ikuti dekat bawah ni supaya air fryer yang dibeli lebih tahan lama!

1. Jauhkan Air Fryer daripada Dinding

Letakkan air fryer korang jauh sedikit daripada dinding, dalam kira-kira 15 cm lebih jauh daripada apa-apa permukaan dinding. Kalau korang letakkan air fryer dekat dengan dinding, permukaannya akan mencair disebabkan oleh pantulan haba.

Sumber Gambar Kisahsidairy

2. Kalau Makanan Dah Masak Sebelum Masanya, Biarkan Timer Kembali ke ‘0’ dengan Sendiri

Kadang-kadang, makanan dalam air fyer dah masak sedangkan timer yang korang setkan masih belum tamat. Kalau korang tengok makanan dah siap masak, tarik terus je bekas tu dan biarkan timer kembali ke ‘0’ dengan sendirinya. Tombol timer tu boleh rosak kalau asyik dipusing-pusingkan secara paksa. Elakkan juga daripada terus tutup suis air fryer walaupun timernya masih berjalan.

3. Elak daripada Memasukkan Makanan yang Ringan Beratnya

Cara air fryer memasak makanannya adalah dengan mengedarkan udara atau angin yang panas di sekeliling makanan sampailah ia masak. Jadi kalau korang letakkan makanan yang ringan beratnya, seperti kulit popia, ia boleh berterbangan dan terbakar apabila terkena gegelung pemanas.

4. Jangan Basuh Bekas Ketika Panas

Lepas dah pindahkan makanan yang siap dimasak ke dalam pinggan, jangan terus basuh bekas masa ia masih panas. Nanti lapisan non-stick yang berada di dasar bekas tu akan tercabut dan lepas tu makanan akan senang melekat pula.

Sumber Gambar Pamapedia

5. Elak daripada Memasak Makanan Berkuah dalam Air Fryer

Walaupun air fryer dikenali sebagai perkakas dapur serba guna, tapi untuk memasak makanan yang berkuah bukanlah termasuk dalam kegunaannya. Air fryer tak sesuai untuk masak makanan berkuah sebab takut cecair tu akan mengalir di tempat-tempat berarus elektrik, lalu membuatkannya rosak. Jangan pula masak maggi dalam tu ya!

6. Gunakan Loyang yang Lebih Kecil

Kalau nak membakar kek, jangan gunakan loyang yang muat-muat saiznya dengan bekas air fryer. Kalau korang buat macam ni, nanti bahagian atasnya saja yang masak sebab udara panas di dalamnya tak dapat nak beredar dengan baik sampai ke bahagian bawah. Sebaliknya, gunakan je loyang yang lebih kecil supaya kek dapat dibakar dengan sempurna.

Sumber Gambar Facebook

7. Kuantiti Makanan yang Dimasak Mengikut Saiz dan Masa

Korang tak boleh setkan masa sama dengan resepi yang dibaca di Internet sebab kena tengok juga kuantiti dan saiz bekas air fryer tu. Sebagai contoh, lima ketul karipap frozen dengan seketul karipap frozen perlu digoreng dengan tempoh masa yang berlainan.

Sumber Gambar Blogspot

8. Lap Gegelung Pemanas dengan Tisu Basah

Kadang-kadang, gegelung pemanas air fryer korang boleh jadi kotor disebabkan sisa makanan yang terpercik semasa memasak. Jadi kalau nak bersihkannya, jangan pula jirus dengan air. Gunakan tisu basah supaya ia tak rosak dan kalau nak bersihkan tu, tunggulah gegelung pemanas tu sejuk dulu. Dan lepas gegelung pemanas dah bersih, jangan gunakan terus air fryer tu. Tunggu sampai kering, barulah guna untuk elak kerosakan.

Sumber Gambar Keluarga

Bila korang ikut tips-tips atau cara betul guna air fryer ni, barulah ia boleh digunakan untuk satu tempoh yang lama. Kalau tak sekejap je dah rosak kan. Boleh jimat masa dan duit yang banyak kalau pandai gunakan air fryer. Selain daripada air fryer, microwave juga ada tips-tips penggunaannya. Dan kalau korang ikuti tips-tips tersebut di SINI, pasti ia boleh digunakan dengan lebih lama dan lebih selamat!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button