Cara Sejukkan Rumah Waktu Cuaca Panas Terik Tapi Bil Elektrik Tak Tinggi!
Tips Sejukkan Rumah Waktu Musim Panas Terik Tanpa Naikkan Bil Elektrik
Dalam sehari dua ni, banyak kawasan di Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas jadi ada ke cara nak sejukkan rumah? Ada sesetengah tempat tu, sampai dah seminggu tak dibasahi hujan. Cuaca yang panas terik ni seronok kalau korang nak basuh pakaian. Sidai tak sampai dua jam, baju dah boleh kering dan bolehlah jimat duit sebab tak perlu ke dobi.
Tapi yang tak seronoknya bila cuaca panas terik ni, kita sendiri akan rasa tak senang duduk sebab terasa bahang. Badan asyik-asyik keluarkan peluh, dan kadang-kadang tu, bahangnya sampai ke malam! Nak tidur pun jadi susah walau dah puas golek-golek atas katil. Kalau nak buka aircond, nanti bil elektrik tinggi pula. Jadi akhirnya, terpaksalah menanggung kepanasan tu.
Video Tips Sejukkan Rumah
Cara Sejukkan Rumah Bila Cuaca Panas Terik
Sebenarnya, korang tak perlu menyiksa diri pun kalau cuaca panas terik dekat luar. Ada beberapa tips yang korang boleh ikuti untuk sejukkan rumah, dan ia tak makan banyak duit pun!
1. Gunakan Langsir Gelap dan Tutupkannya di Siang Hari
Mungkin korang terfikir, kalau tutup tingkap dengan langsir, mestilah rumah akan rasa lagi hangat dan rasa terperap. Sebenarnya, bila tutup langsir, korang akan mengurangkan jumlah cahaya matahari yang memancar masuk ke dalam rumah. Sebab tu penting untuk korang tutup tingkap dengan langsir di siang hari, supaya ruang dalam rumah boleh menjadi lebih sejuk. Kalau tingkap rumah betul-betul menghadap matahari, gunakan langsir yang tebal dan berwarna gelap.
Sumber Gambar This is Money
2. Gunakan Kombinasi Kipas dan Ais
Kalau rumah korang tak ada aircond atau tak nak hidupkan aircond sebab takut bil naik, cuba gunakan kombinasi kipas dan ais ni. Letakkan sebongkah ais dalam besen, dan letakkanya di depan kipas. Hidupkan kipas dan halakannya ke arah korang. Udara yang berhembus tu nanti akan menjadi sejuk macam duduk dalam bilik yang ada aircond!
Baca Juga: Cara Mudah Cuci Kipas
Sumber Gambar Vanilla Kismis
3. Buka Tingkap di Malam Hari
Kalau waktu malam pula, amat digalakkan untuk membuka tingkap. Udara waktu malam selalunya lebih sejuk sebab dah tak ada matahari. Jadi bila korang buka tingkap, udara sejuk dari luar akan cepat-cepat masuk ke dalam bilik dan menggantikan udara yang panas. Kalau korang takut nyamuk masuk, boleh pasang kain kelambu untuk menutupi tingkap. Dengan cara ni, nyamuk tak boleh masuk dalam bilik, tapi dalam masa yang sama, udara sejuk masih boleh bertiup ke dalam bilik.
Sumber Gambar Sleep Cavern
4. Letakkan Besen Berisi Air
Kalau rumah korang tak ada ais, boleh guna cara ni pula. Korang perasan tak bilik air mesti lagi sejuk dari bilik-bilik lain dalam rumah? Ini disebabkan terdapatnya kolah air ataupun lantai yang basah dengan air yang boleh membuatkan ruang tersebut menjadi lagi sejuk.
Jadi kita boleh aplikasikan benda ni di dalam bilik dengan cara meletakkan besen yang berisi air dalam bilik. Nanti air tu akan terkondensasi dan dapat menyejukkan bilik. Lebih digalakkan untuk menggunakan besen daripada timba atau baldi sebab ia mempunyai permukaan yang lebih luas. Jadi lebih banyak air yang boleh terserap ke udara.
Sumber Gambar Vanilla Kismis
5. Banyakkan Pokok Hidup
Pokok ni bukan je boleh sejukkan rumah atau sesuatu tempat, tapi ia juga boleh membuatkan korang rasa nyaman dan tenang disebabkan oksigen yang dikeluarkannya. Ada banyak jenis pokok dalam rumah yang korang boleh letak, seperti pokok ekor kucing dan pokok duit. Pokok dalam rumah pun murah je dan nak jaga pun tak susah. Seminggu hanya siram dua kali je. Tak perlu siram pokok tu hari-hari.
Sumber Gambar Saya Iday
6. Tutup Tingkap Rumah dengan Pembalut Tinted
Ya, bukan tingkap kereta je kena tinted, tingkap rumah pun kena juga! Fungsinya sama macam pembalut tinted kereta, ia akan memantulkan semula cahaya matahari dan membuatkan ruang dalaman jadi lebih sejuk. Selain daripada fungsi tu, menutup tingkap rumah dengan pembalut tinted juga mampu menjaga privasi orang di dalam bilik tersebut. Orang dari luar takkan boleh nampak apa-apa yang berada di dalam, tapi orang di dalam boleh nampak apa yang berada di luar. Pembalut tinted ni korang boleh je beli secara online di Shopee.
Sumber Gambar Sun Ice Tint
7. Gunakan Pelembap Udara
Pelembap udara adalah alternatif lain yang lebih murah kalau korang tak nak beli aircond. Apabila ia dipasang, pelembap udara akan menebarkan titisan-titisan air yang boleh menyejukkan sesuatu ruang. Lagi best kalau tambah aroma pewangi untuk mewangikan dan membuatkan bilik menjadi lebih nyaman.
Sumber Gambar Alo Dokter
8. Beli Je Aircond
Sebenarnya, kalau korang pandai cari dan gunakan, aircond boleh menjadi perkakas elektrik yang bagus untuk dimiliki semasa cuaca panas terik ni. Kalau nak beli aircond, pastikan dulu ia mempunyai label kecekapan tenaga 4 bintang ke atas. Perkakas elektrik yang mempunyai label kecekapan tenaga yang tinggi dapat menjimatkan tenaga elektrik, sekaligus bil yang korang dapat hujung bulan pun tak tinggi melambung!
Baca Juga: Tips Beli Aircond Jimat Elektrik
Sumber Gambar Afzal Suka Suki
Bila ikuti 8 tips di atas ni, tak adalah korang rasa sengsara setiap kali musim panas melanda Malaysia. Apa yang penting masa cuaca panas terik adalah untuk sentiasa memastikan air diminum dengan secukupnya supaya tak adalah jatuh sakit pula. Untuk tips jimat elektrik yang lain boleh rujuk di SINI