KesihatanCara Mudah

Lockdown Boleh Senam Individu Je Kat Luar? Dekat Rumah Pun Boleh Senam Dengan 4 Cara Unik Ni!

Kelebihan Bersenam di Rumah Berbanding Di Luar

Kehidupan kita tak lagi sama sejak wabak Covid19 menular. Virus ini walaupun sudah mempunyai beberapa vaksin kini namun tetap membuatkan sesetengah orang rasa takut untuk keluar. Ya lah, kita sendiri tak tahu sama ada orang yang berada dekat dengan kita di luar rumah tu ada Covid atau tak. 

Covid telah mengubah cara kita bekerja, cara kita bersosial, malah cara untuk kita menjadi lebih cergas juga. Mungkin sebelum ni, korang tak rasa takut pun untuk pergi gym, atau berjoging di taman untuk melakukan senaman. Sekarang ni pula korang lagi rasa selamat kalau berada di rumah je. 

4 Cara untuk Kekal Sihat di Rumah Dengan Bersenam Lain Dari Lain

Duduk di rumah tak bermakna korang tak boleh nak kekal sihat dan cergas.  Ada 4 cara untuk kekal sihat yang boleh dilakukan sendirian atau bersama-sama keluarga – dan semua ni korang boleh buat dekat rumah je!

1. Bersenam sambil Tengok TV, Tak Rasa Penat!

Sumber Gambar cultofmac

Kadang-kadang, bila korang cuba untuk berjoging di taman, nak cukupkan satu pusingan tu rasa susah betul. Asyik tercungap-cungap dan rasa cepat penat. Tapi kalau dekat rumah, lari setempat atau lompat bintang sambil tengok drama Korea kegemaran korang pun tak rasa penat. Tahu-tahu je baju dah lencun dengan peluh. Kalau siapa ada mesin treadmill tu pun letak je depan TV, memang best sebab korang akan leka tengok TV sambil bersenam. 

2. Video Senaman di YouTube, Percuma Je!

Youtube merupakan laman video di internet yang percuma. Betul percuma je, dekat sini korang boleh dapat bermacam-macam jenis video senaman yang korang boleh ikut. Dahlah percuma je kan! Bagi siapa yang tak ada TV tu, boleh bukak ni di handphone ataupun komputer je. Antara video senaman yang popular di Youtube adalah HIIT. Kalau korang rasa senaman HIIT ni hardcore sangat, ada banyak je video senaman lain yang boleh dicari di YouTube.

Kalau korang jenis suka senaman yang lebih tenang dan tak banyak bergerak, boleh cuba yoga. Kalau nak yang fun sikit, zumba mungkin sesuai untuk korang. Semuanya ada di hujung jari dan tinggal nak search je. Kelebihan bersenam sambil tengok video YouTube ni adalah korang boleh melakukan sesuatu senaman tu dengan betul dan efektif. Tak adalah sesuka hati je buat senaman yang salah, dan akhirnya boleh mencederakan diri sendiri.

3. Menari Tanpa Segan, Tak Ada Orang Tengok!

Sumber Gambar Redcherryyum2

Ya, menari! Menari pun boleh jadi satu senaman yang mengeluarkan peluh dan ia jauh lebih seronok daripada melakukan senaman-senaman yang ‘serius’. Korang boleh pasang lagu kegemaran kuat-kuat, daripada lagu dangdut hinggalah lagu K-pop, dan mula menari! Tak ada siapa yang boleh nampak jadi korang boleh menari sesuka hati. Untuk wanita muslim pula lebih mudah dan selesa untuk menari tanpa perlu risaukan aurat terdedah. Kalau ada anak-anak pun seronok juga boleh ajak mereka menari sekali. Tak adalah semua sibuk dengan gajet masing-masing je kan. 

4. Buat Kerja Rumah sambil Bersenam

Sumber Gambar 1Media

Buat kerja rumah pun boleh dijadikan sebagai satu senaman tau. Agak-agak korang nampak rumah dah mula bersepah, bolehlah mula ambil penyapu dan mop, dan bersihkan seluruh rumah. Buat kerja rumah pun boleh keluarkan peluh tau. Tak percaya cuba buat baru tahu sebenarnya jadi suri rumah pun penat. Kalau buat yang ni bukan sahaja dapat menyihatkan badan, rumah pun jadi bersih dan kemas. Kan sambil menyelam minum air tu!

Jadi, lepas ni korang dah tak boleh gunakan alasan Covid untuk tak bersenam ataupun letih lesu sebab duduk terperap dekat rumah je. Dengan 4 tips mudah ni, dekat rumah pun korang boleh kekal cergas! Jangan lupa juga untuk jaga pemakanan dan dapatkan tidur yang mencukupi, barulah badan akan jadi betul-betul sihat. Ramai tak tahu ada kuali yang tidak sesuai untuk masak di dapur malah berbahaya! Baca lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button