MakananInformasi

Kuali Non-Stick & Periuk Seramik Bertoksik? Jadi Nak Masak Guna Apa? Ini Perkakas Memasak Yang Berbahaya & Selamat Untuk Masak

Tips Perkakas Sesuai Dan Tidak Berbahaya Untuk Memasak

Semua orang pun tahu akan kepentingan menjaga pemakanan untuk kekal sihat, tapi tak ramai yang tahu, perkakas memasak yang berbahaya mungkin ada dekat rumah tu yang kita gunakan sama pentingnya dengan makanan yang kita makan juga. 

4 Jenis Perkakas Memasak yang Berbahaya Korang Kena Buang dan Alternatifnya

Bukan semua perkakas memasak tu elok dan selamat digunakan. Walau mahal macam mana sekali pun perkakas memasak yang dibeli, kalau ia diperbuat daripada bahan yang bertoksik, ia tetap akan membahayakan kita seisi keluarga. 

Dekat bawah ni kitorang senaraikan 4 jenis perkakas memasak yang berbahaya dan perlu ditukar kepada alternatifnya iaitu:

1. Teflon atau Perkakas yang Mempunyai Lapisan Non-Stick

Sumber Gambar Bright Side

Mungkin ramai ibu-ibu yang sukakan perkakas yang mempunyai lapisan non-stick sebab nak memasak tak gunakan minyak pun tak apa. Makanan memang tak akan melekat. Tapi perkakas yang jenis macam ni, ada bahayanya yang tersembunyi.

Lapisan non-stick selalunya diperbuat daripada PTFE (polytetrafluoroethylene), sejenis plastik yang apabila selalu terkena haba yang tinggi akan mengeluarkan wasap toksik yang boleh mengakibatkan demam wasap polimer. Bahan lain yang selalu digunakan juga adalah PFOA (perfluorooctanoic acid) yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya dimakan secara berlebihan.

Alternatif yang Lebih Selamat: Kuali Cast Iron. Ia bukan saja tahan lasak, tapi boleh juga mengalirkan haba dengan sekata. Selain tu, ia takkan mengeluarkan apa-apa wasap toksik yang membahayakan dan makanan juga tak mudah melekat! Dengan serendah RM30 pun korang dah boleh dapatkannya di IKEA.

2. Perkakas Aluminium dan Aluminium Foil

Setiap dapur di rumah, mesti akan ada periuk aluminium ni. Ramai orang suka guna sebab ia ringan, tahan lasak, dan kuat. Tapi perkakas aluminium juga ada bahayanya tersendiri. Ia sering dikaitkan dengan punca kepada sakit sistem saraf seperti Alzheimer kerana aluminium ni adalah sejenis logam neurotoksik. Korang yang selalu membalut ikan dengan aluminium foil semasa membakarnya juga kena berjaga-jaga sebab bahan toksik yang ada padanya akan meresap masuk ke dalam ikan tersebut.

Alternatif yang Lebih Selamat: Perkakas Memasak diperbuat daripada Gelas. Walaupun ia sedikit berat dan tak bersifat non-stick, tapi perkakas memasak daripada gelas ni jauh lebih selamat. Ia juga tahan lama, mesra alam, dan tak mengeluarkan apa-apa bau atau gas yang membahayakan semasa memasak. Harganya mungkin sedikit mahal, iaitu RM160, tapi ia sangat berbaloi untuk dimiliki!

3. Tembaga

Dengan warnanya yang merah keemasan, perkakas memasak yang diperbuat daripada tembaga selalunya nampak cantik dan menjadi pilihan ramai suri rumah untuk digunakan semasa memasak. Lagipun, dengan ciri pengalir haba yang baik, perkakas tembaga mestilah bagus digunakan dalam masakan, kan? 

Sebenarnya, perkakas tembaga ni pun turut berbahaya jika digunakan lama. Korang boleh mengalami keracunan logam berat yang boleh membawa maut! 

Alternatif Lain yang Lebih Selamat: Perkakas Memasak Tahan Karat. Ini adalah pilihan yang bagus sebab bukan saja ringan, perkakas tahan karat juga boleh digunakan untuk tempoh yang lama dan tahan calar. Cuma pastikan korang beli perkakas tahan karat yang selamat untuk makanan, selalunya ia tak mengandungi apa-apa logam berat yang membahayakan. Perkakas tahan karat juga antara perkakas memasak yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Malah dengan harga RM50, korang boleh dapatkan satu set perkakas memasak tahan karat atau dipanggil stainless steel selalunya!

4. Perkakas yang Disaluti Lapisan Seramik

Perkakas yang disaluti lapisan seramik mungkin nampak cantik, tapi ia selalunya tak tahan lama. Lapisan seramik ni akan cepat tertanggal lepas beberapa bulan penggunaan. Bila benda ni terjadi, plumbum yang selalunya terdapat di dalam lapisan seramik tersebut akan bercampur dengan makanan korang.

Keracunan plumbum adalah sesuatu yang sangat membahayakan sebab ia boleh mengakibatkan sakit kepala yang berlarutan, sakit di bahagian abdomen, dan juga kemandulan. Malah jika lebih teruk, boleh mengakibatkan koma dan kematian!

Alternatif Lain yang Lebih Selamat: Perkakas yang 100% Diperbuat daripada Seramik. Pilihan ni adalah pilihan yang paling selamat kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi, tak mengandungi bahan toksik, dan tak akan sumbing. Ia juga mempunyai ciri-ciri non-stick. Walaupun perkakas seramik sedikit mahal iaitu dalam RM200, tapi ia ternyata boleh menjadi satu pelaburan yang berbaloi untuk tempoh penggunaan yang lebih panjang. 

Demi keselamatan keluarga, sama-samalah kita ubah perkakas memasak yang berbahaya kepada sesuatu yang lebih selamat. Tak guna kalau memasak makanan yang paling sihat, kalau gunakan perkakas memasak yang bertoksik. Kalau korang beli perkakas ni online di Lazda, kalau rosak boleh refund semula tau dan dapat duit balik. Ini caranya.

Sumber

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button