TeknologiCara Mudah

Kalau Barang yang Dibeli di Lazada Rosak atau Berbeza, Ikut Cara Ni untuk Refund Barang Lazada!

Cara Mudah Claim Semula Duit & Refund Barang Lazada Rosak Atau Lain

Tahu tak cara nak refund barang Lazada bila beli barang online rosak. Setiap bulan, Lazada mesti akan membuat acara jualan secara besar-besaran. Berbagai-bagai tawaran diskaun dan tawaran penghantaran secara percuma yang akan dibuat, sampai membuatkan kita rambang mata. Rasa nak beli je semua barang yang ada. 

Tapi realiti tak selalunya indah. Kadang-kadang, barang yang kita dapat tu, tak sama langsung dengan dalam gambar masa kita beli. Tak pun penjual tersalah hantar barang, atau komponen barang yang tak cukup, ataupun barang yang sampai tu ada kerosakan seperti terbengkok atau terkemik. Kita sebagai pembeli, takkanlah nak redha je kan bila jadi macam ni dekat barang yang dibeli. Mestilah kita nak duit kita balik ataupun dapatkan barang baru yang betul, kan?

Cara-cara untuk Dapatkan Semula Duit Barang Rosak & Kembalikan Barang yang Dibeli (Refund Barang Lazada)

Untuk dapatkan refund ataupun barang yang baru, barang rosak yang kita terima mestilah dipulangkan kepada penjual terlebih dahulu. Sebelum nak pulangkan semula barang yang sampai kepada penjual, periksa dulu sama ada korang masih di dalam tempoh yang dibenarkan untuk membuat return and refund barang lazada. Cara-cara untuk memohon return and refund barang Lazada adalah:

  • Buka aplikasi Lazada
  • Tap di bahagian Account dan pilih View All Orders.

  • Di laman My Order, pilih barang yang korang nak kembalikan.

  • Semak sama ada barang tersebut masih di dalam tempoh pemulangan barang di bahagian Return Policy. Kemudian, tap pada butang Return untuk mula memohon.

  • Lepas tap pada Return, di laman Order Details, pilih sebab untuk memulangkan barang di bahagian Return Reason.
  • Korang kena isi juga bahagian Additional Comments dengan menambah apa masalah yang dihadapi pada barang tersebut agar penjual dapat tahu lebih lanjut tentangnya.
  • Muat naik gambar masalah yang terdapat pada barang tersebut sebagai bukti sokongan agar permohonan return and refund korang dapat diluluskan dengan lebih mudah.
  • Di bahagian Edit Refund Method pula, pilih cara untuk dapatkan duit korang kembali, contohnya melalui transaksi bank.
  • Bila dah selesai semua, tap Submit.

  • Tunggu sehingga penjual tersebut memberi respons. Diorang diberikan 3 hari untuk memproses permohonan korang. Kalau dah lebih 3 hari penjual masih belum ada respons, permohonan untuk refund akan diluluskan secara automatik.
  • Apabila permohonan dah diluluskan oleh penjual, korang akan mendapat notifikasi. Tap pada notifikasi tersebut.
  • Kemudian di bahagian Return Details, tap pada Select Shipment dan pilih syarikat kurier mana yang mudah untuk korang menghantar barang tersebut. Lepas tu boleh tap pada butang Submit.

  • Cetakkan Return Label dan korang boleh drop off kan barang tersebut di pejabat kurier yang telah dipilih tadi. Pastikan korang lakukan ni dalam masa 3 hari bekerja selepas Return Label dicetak.
  • Duit akan dikembalikan sekiranya barang telah diterima penjual.

Jadi lepas ni kalau korang ada masalah dengan barang yang dibeli di Lazada secara online, bolehlah ikut cara di atas untuk refund barang lazada dan dapatkan duit semula ataupun barang yang baru. Tapi kalau korang ada masalah dengan barang yang dibeli di Shopee, cara untuk return and refundnya berbeza. Cara-caranya korang boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button