TeknologiCara Mudah

Cara Tutup Akaun Astro Dengan Mudah Melalui Facebook, Telefon, Emel & Kaunter

Cara Tamatkan Langganan Astro Guna Facebook, Emel, Telefon Atau Kaunter

Mungkin ada lagi yang tak tahu cara tutup akaun Astro dengan mudah je sama ada menerusi emel, telefon ataupun terus ke kaunter. Maklum lah sekarang ni ramai berdepan dengan masalah kewangan khususnya golongan B40. Jadi tak perlu lah kita sampai berhutang dengan orang lain semata-mata tak nak hidup susah. Buat dulu apa yang kita boleh buat antaranya kurangkan bebanan kewangan.

Cuba semak balik berapa kali je kita balik rumah tengok TV? Kalau hari kerja paling lama 5 jam sehari waktu malam, hari cuti pula mungkin dalm 10 jam sahaja sehari. Lagipun sekarang ni dah ada internet jadi nak tengok berita pun boleh tengok situ je. Tak salah pun kalau tamatkan langganan Astro daripada membazir bayar bulan-bulan tapi tak pakai sangat. Dapat juga guna duit lebih tu untuk simpan masuk tabung dan sebagainya.

Cara Tutup Akaun Astro Guna Facebook, Emel, Telefon Atau Kaunter

Jadi macam mana nak tutup atau tamatkan langganan Astro ni? Ada beberapa cara boleh buat sebenarnya seperti yang dikongsikan oleh saudari Lis Dee dan saudara Hafizuan Mahadi di Facebook iaitu:

Menerusi Facebook

1. Layari akaun Facebook Astro : https://www.facebook.com/Astro/

2. Klik butang message (jika buka melalui aplikasi Facebook, aplikasi Messenger akan dibuka)

3. Maklumkan dalam chat tersebut bahawa ingin menamatkan langganan atau tutup akaun astro

4. Berikan juga Nama Pemilik Akaun & Nombor Akaun Astro

5. Tunggu respon chat daripada Astro dan berikan butiran yang diperlukan

6. Setelah itu, Astro akan memberikan maklumat jadual penutupan akaun

 

Melalui Telefon 

1. Terus hubungi Astro melalui telefon di talian +603 9543 3838 atau +603 9543 1543 (IPTV)

2. Maklumkan ingin menutup akaun Astro dan berikan maklumat berkaitan seperti No. Akaun dan maklumat pemilik akaun

 

Melalui Kaunter 

1. Hadir ke mana-mana kaunter Pusat Perkhidmatan Pelanggan berhampiran

 

Melalui Emel

1. Hantarkan emel ke wecare@astro.com.my untuk menyemak tamat tempoh kontrak dengan Astro.

2. Dalam masa 24 – 48 jam, pihak Astro akan balas dan maklumkan tempoh kontrak telah tamat ataupun belum. Sekiranya belum habis kontrak, akan akan bayaran penalti jika ingin tamatkan juga. Maka dinasihatkan bersabar lah sementara menunggu tamat tempoh kontrak untuk lebih jimat.

3. Hantar emel sekali lagi ke wecare@astro.com.my untuk memohon tutup akaun Astro

Nota: Dalam Terma & Syarat Astro, pelanggan perlu berikan minimum 1 bulan sebelum notis untuk tutup akaun. Lebih tepat lagi sebelum bil bulan seterusnya dikeluarkan.

Contohnya bil akan keluar pada setiap 4 haribulan. Bermaksud pelanggan perlu menghantar notis untuk tutup akaun sebelum 4 haribulan. Jika dihantar selepas tarikh itu, maksudnya perlu dibayar bil bulan baru nanti.

 

4. Dalam masa 24-48 jam, Astro akan membalas emel tersebut dan sila berikan maklumat akaun seperti yang diminta.

5. Setelah memberikan semua maklumat yang diperlukan, dalam masa 24-48 jam pihak Astro akan berikan pengesahan penutupan akaun.

6. Selesai proses permohonan, tunggu pekerja Astro telefon untuk tetapkan janji temu untuk mengambil dekoder.

Jika tidak memulangkan dekoder boleh terkena penalti lebih kurang RM1,590. Tetapi ada juga kes yang Astro tidak datang ambil semula dekoder. Untuk keselamatan, simpan sahaja dekoder itu sebaiknya jika satu hari nanti misalannya Astro tuntut semula. Jika rajin boleh juga pergi terus hantar ke Customer Service Centre (CSC)

 

Daripada cara di atas, saudara Hafizun lebih menyukai cara melalui emel kerana:

  • Jimat bil telefon. Jika menerusi telefon, perlu dengar dahulu iklan atau terpaksa menunggu lama sebelum dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan
  • Jimat minyak dan parking. Tak perlu keluar ke CSC
  • Jimat masa kerana tak perlu tunggu giliran di CSC
  • Paling penting, terdapat bukti bertulis jika buat menerusi emel. Seperti ade kes-kes yang tular, banyak yang kurang bukti jadi lambat sikit nak selesai.

Tak susah pun kan nak tutup atau terminate akaun astro. Ada pelbagai cara tinggal pilih dan buat sahaja. Memang lah tak besar mana pun jumlah yang dapat dijimatkan setiap bulan tu tapi bila kumpul sampai setahun banyak juga tu. nak tahu tips jimat duit yang kita boleh buat setiap hari dan jadikan amalan boleh baca lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button