Ramai tak tahu bila dah habis bayar loan kereta motosikal perlu buat beberapa perkara lagi. Sekarang ini, hampir semua orang membeli kenderaan iaitu kereta dan motor menggunakan pinjaman kan. Ye lah siapa je yang mampu nak beli terus secara tunai sampai berpuluh-puluh ribu ringgit. Motosikal tu pun ada ansuran bayaran dah cukup memudahkan kita yang kurang berkemampuan ni untuk pergi ke kerja setiap hari.
Jadi bila dah habis bayar nanti, pastinya kita rasa lega dan gembira kerana tak perlu bayar lagi bulan-bulan malah kenderaan itu dah jadi hak milik kita. Tapi perlu ingat satu perkara di mana apabila kita membuat pinjaman dengan pihak bank atau syarikat pinjaman berlesen, pastinya ada peraturan dan perjanjian yang telah kita setujui. Itu pentingnya baca betul-betul geran kenderaan kita tu.
Apa Perlu Buat Bila Selesai Bayar Pinjaman Untuk Kereta & Motosikal?
Kalau dilihat dalam geran kenderaan, terdapat satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh syarikat pinjaman di mana pinjaman dibuat. Jadi untuk menyelesaikan hal ini, kita perlulah membuat perkara berikut seperti yang dikongsikan saudari Nadia Izzati:
Batalkan nama syarikat pinjaman dengan E-Batal
Apa itu E-Batal?
Makdud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Justeru itu, kenderaan tersebut bukanlah hak milik penerima pinjaman sepenuhnya lagi.
Untuk mendapatkan hak sebagai pemilik kenderaan tersebut, langkah penting perlu dibuat adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik penerima pinjaman secara mutlak.
Bagi menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman ini adalah melalui E-Batal. Namun harus diingat syarat utama bagi E-Batal adalah bayaran pinjaman hendaklah sudah habis dibayar sepenuhnya.
Cara Mohon E-Batal JPJ
Untuk membuat proses E-Batal sila ikuti langkah berikut:
1. Setelah selesai pembayaran terakhir bagi pinjaman kenderaan, syarikat pinjaman kereta akan memberikan geran asal kepada pemilik
2. Pastikan telah dapatkan surat pelepasan dari bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, adalah lebih baik jika surat pelepasan tersebut mereka terus hantarkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Teruskan bertanya dengan kerap kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan telah dikeluarkan dan dihantar ke JPJ ataupun tidak. Sekiranya telah dihantar, boleh terus hadir ke cawangan JPJ berdekatan
3. Seterusnya, hadir ke cawangan JPJ berdekatan untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.
4. Di cawangan JPJ terebut, jangan lupa juga untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses menurunkan cop E-Batal tidaklah serumit yang disangka. Setelah geran tersebut di cop, kereta tersebut telah menjadi milik pemilik kenderaan sepenuhnya.
*Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amatlah mudah sebernarnya. Ramai masih belum mengetahui perkara yang perlu dibuat selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga yang sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik tersebut. Jadi bagi yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat demikian untuk memudahkan urusan di kemudian hari.
Baca Juga :