KewanganTeknologi

Lupa Bawa Kad Bank, Masih Boleh Keluarkan Duit Di ATM. Ini Caranya

Cara Keluar Duit Di ATM Maybank Tanpa Kad Debit

Pernah tak lupa bawa kad bank, tapi nak kena keluarkan duit juga dekat ATM? Korang mesti pernah alami situasi macam ni kan? Contohnya dah makan dekat kedai mamak, sekali bila nak bayar tengok tak bawa dompet atau duit langsung. Takkan nak kena basuh pinggan mangkuk pula kan. Bank ada dekat sebelah kedai tu tapi kad tak bawa boleh ke keluarkan duit? Kalau nak balik rumah macam jauh sangat dan orang ingat makan lari tak bayar pula nanti.

Kalau korang pernah hadapi situasi yang lebih kurang macam tu, jangan risau sebenarnya ada cara boleh buat untuk keluarkan duit daripada ATM tanpa perlu kad debit. Ya betul korang boleh keluarkan duit daripada mesin ATM tanpa perlu masukkan kad ATM. Tapi cara ini hanya untuk pelanggan Maybank setakat ini. Kalau ada cara untuk bank lain akan dikongsikan pada masa akan datang nanti.

Cara Keluar Duit Di ATM Maybank Tanpa Kad Debit

Pihak Maybank telah menyediakan Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad yang membolehkan pengguna Maybank2u untuk membuat pemindahan dana atau wang ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank dalam Malaysia tanpa kad. Langkah dia mudah sahaja seperti berikut:

Aplikasi Maybank2U

1. Log masuk ke aplikasi Maybank2U

2. Klik pada butang MOBILEdi bahagian bawah kanan

3. Klik pada Cardless ATM Withdrawal

4. Isikan no. telefon

5. Pilih jumlah yang ingin dikeluarkan

6. Klik Agree & Request TAC

6. Pergi ke mesin ATM maybank, klik mana-mana butang atau skrin, pilih bahasa

7. Pilih jenis transaksi iaitu keluarkan duit tanpa kad

8. Klik teruskan dan isikan kod 16 digit ID yang telah diterima melalui SMS dan klik Ya

9. Masukkan juga kod pengeluaran 6 digit yang diterima daripada pengirim dalam SMS tadi dan klik Ya

10. Duit boleh dikeluarkan dan selesai

 

Aplikasi MAE (Maybank) – MAE Cash – Out

1. Log masuk ke aplikasi MAE

2. Klik Manage, gantikan Quick Actions dengan ATM Cash-Out dan klik Save Changes

3. Klik ATM Cash-Out

4. Masukkan Kata Laluan Maybank2U

5. Tandakan kotak untuk persetujuan terma dan syarat

6. Masukkan Kod OTP yang dihantar ke no. telefon yang didaftarkan

7. Dalam masa 24 jam, boleh gunakan fungsi ATM Cash-out

8. Setelah diaktifkan fungsi ATM Cash-out, hadir ke mana-mana ATM yang berkenaan (rujuk di bawah)

9. Imbas kod-QR di skrin ATM dengan menggunakan aplikasi MAE

10. Masukkan kata laluan dan jumlah yang ingin dikeluarkan

11. Ambil wang tunai daripada mesin ATM

 

 

Senarai ATM Menyediakan MAE Cash – Out

Pengguna Maybank boleh mengeluarkan wang di ATM Maybank Malaysia terpilih seperti senarai di bawah. Perkhidmatan ini akan dilancarkan kepada semua ATM Maybank seluruh negara tidak lama lagi. Untuk senarai rujuk pautan berikut:

Mudah sahaja kan? Jadi lepasni tak perlu risau lagi jika keluar rumah dan tertinggal dompet atau kad ATM. Hanya perlu ada telefon untuk dapatkan kod digit dan boleh keluarkan duit daripada ATM Maybank. Kalau rasa ianya bermanfaat jangan lupa share pada yang lain. Semoga dapat memudahkan urusan semua orang. Tahu tak kalau nak tukar kad bank ATM Maybank boleh buat online je? Baca lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button