Cara MudahPermohonan

Kad Bank Tamat Tempoh / Rosak? Ini Cara Tukar Kad Maybank Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Sekarang ni nak pergi bank pun perlu buat temujanji atau beratur lama betul depan bank tu sebab ramai nak buat urusan kan antaranya tukar kad maybank yang dah expired. Kadang tu kita yang bekerja setiap hari ni tak ada masa nak pergi ke bank. Kalau kad bank ni rosak ataupun tamat tempoh (expired) memang susah nak beli barang atau keluarkan duit kan. Ramai tak tahu kad ATM Maybank boleh tukar secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter.

Untuk memudahkan urusan orang ramai, Maybank telah menyediakan perkhidmatan pertukaran kad bank atau card replacement secara atas talian sahaja. Tak kira lah kad korang tu tamat tempoh ke atau rosak boleh je buat cara ni. Tapi kalau kad hilang, dicuri ataupun terlupa nombor PIN tak boleh guna cara ni menurut Maybank.

Cara Tukar Kad Maybank Debit Atau ATM Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Untuk menukarkan kad debit Maybank secara atas talian, korang boleh ikut je langkah mudah di bawah. Tapi kena pastikan korang ada perbankan online Mayban2u lah. Kalau takde memang kena daftar dulu boleh rujuk di SINI

1. Log Masuk Ke https://www.maybank2u.com.my/ 

*Gunakan pelayar internet atau browser bukan aplikasi Maybank2U

2. Klik Pada Logo Profil dan Klik ‘Settings’

3. Klik Pada ‘Cards’

 

4. Klik ‘Debit Cards- Replace, Activate & Block’

5. Klik pada tiga titik ‘…’ seperti gambar berikut:

6. Klik ‘Replace Card’

7. Isikan alamat untuk penghantaran kad yang akan ditukarkan. Tandakan setuju pada butang T&C dan klik ‘Replace Card’

 

8. Klik request SMS TAC dan isikan TAC yang diterima di ruangan kosong yang telah disediakan

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

10. Selesai. Kad baharu tersebut akan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan

*Nota: Caj pertukaran kad baharu adalah sebanyak RM12 yang mana akan ditolak daripada baki akaun simpanan atau semasa. Caj tersebut sama sahaja sekiranya pertukaran dilakukan secara fizikal di Bank

PERINGATAN: Bila kad dah sampai di alamat yang korang letak tu, jangan lupa untuk aktifkan kad tersebut! Nanti sampai sudah tak boleh pakai. Lagi satu ianya perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Sekiranya gagal, korang perlu mohon semula kad baharu dan ada lagi caj pertukaran RM12 dikenakan.

Cara Aktifkan Kad Baharu Maybank

Terdapat dua cara untuk aktifkan Kad baharu Debit Maybank yang telah ditukar iaitu:

Secara Online

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Klik pada Settings
  3. Klik pada Cards
  4. Klik pada Manage Debit Cards
  5. Klik Activate 

Melalui Mesin ATM

  1. Masukkan Kad
  2. Pilih Bahasa
  3. Masukkan Nombor PIN
  4. Pilih transaksi lain
  5. Pilih Perkihmatan lain
  6. Tekan skrin berikutnya
  7. Tekan pada Pengaktifan Kad

Cara Tukar Kad Baharu Maybank Di Kiosk Debit Kad

Selain penukaran secara online, orang ramai juga boleh menukar kad baharu di Maybank Debit Card Kiosk. Caranya adalah seperti berikut:

1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang mempunyai Kiosk Kad Debit (rujuk senarai di bawah)

2. Pergi ke Kiosk di bahagian ATM bank dan pilih Bahasa

3. Masukkan kad debit yang ingin ditukar dan masukkan no. pin

4. Pilih jenis / corak kad baharu yang diinginkan

5. Letakkan Kad Pengenalan (MyKad) ke dalam mesin. Selepas itu imbas cap jari di mesin kiosk tersebut. (Jangan angkat sebelum diarahkan di skrin)

6. Tunggu seketika untuk mesin memproses maklumat.

7. Sila ambil kad debit baharu yang akan dikeluarkan dan telah diaktifkan (sedia diguna). Pengguna boleh juga memilih untuk mencetak resit bagi transaksi.

 

Lokasi Kiosk Kad Debit Maybank

Berikut adalah lokasi Maybank Debit Card Kiosk berdasarkan Maybank:

Untuk penggunaan no. PIN kad baharu pula, korang boleh je guna no PIN yang sedia ada dan tidak perlu tukar atau tetapkan yang baharu. Tapi kalau nak tukar juga boleh je buat, cuma kena pergi ke mana-mana ATM Maybank berdekatan. Mudah je kan nak tukar kad Maybank online ni? Kalau rasa bermanfaat jangan lupa share pada orang lain. Kalau belum pernah ada akaun bank lagi boleh cuba buat akaun CIMB boleh buat online je. Rujuk panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button