Cara MudahInformasi

Cara Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Bagi Yang Sudah Lengkap Vaksinasi Tetapi Tidak Muncul Di MySejahtera

Langkah Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Di MySejahtera

Masih ramai hadapi masalah untuk dapatkan sijil digital vaksinasi di MySejahtera? Jangan risau di sini akan dikongsikan cara untuk mendapatkannya. Ye lah sekarang ni semua nak tunjuk sijil digital vaksin ni kan. Kalau tak tunjuk pun dia akan keluar di bahagian ‘Check-in’ bila masuk sesuatu tempat. Kalau dah lengkap vaksin tapi tak keluar status lengkap vaksin di MySejahtera macam mana?

Susah betul kan kalau jadi macam ni? Dah pergi tempat vaksin pun kadang mereka cakap tak boleh buat apa-apa sebab mereka dah buat dengan betul tapi MySejahtera yang belum update. Jadinya memang cara untuk dapatkannya adalah melalui MySejahtera. MySejahtera pula tiada pejabat atau talian telefon yang boleh telefon, yang ada hanyalah helpdesk, jadi ini langkahnya untuk membuat aduan di MySejahtera.

Cara Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Melalui Bantuan Teknikal MySejahtera

Untuk mendapatkan sijil digital vaksinasi menerusi bantuan teknikal MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:

1. Layari laman web : mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

 

2. Klik Mula

3. Pilih ‘M’ iaitu Saya telah divaksin tetapi maklumat vaksinasi saya belum dikemaskini di Laman Vaksin saya

4. Pilih ‘Nombor Telefon’ dan masukkan semua maklumat yang diperlukan

5. Klik Seterusnya

6. Pilih Dos yang perlu dikemas kini lalu klik seterusnya

7. Masukkan maklumat vaksinasi anda dan klik seterusnya

8. Ambil gambar kad vaksinasi dan muat naik gambar tersebut dengan klik ‘Browse’ dan pilih gambar tersebut

9. Klik Hantar

10. Selesai. Proses bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu kerana perlu melalui proses verifikasi dengan PPV yang berkenaan

Mudah je kan? Selepas siap buat laporan di helpdesk boleh semak beberapa hari kemudian sama ada telah dikemaskini ataupun belum. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan. Jangan lupa share pada orang lain yang hadapi masalah ni. Kalau ada masalah MySejahtera lama nak padam dan tukar maklumat MySejahtera tanggungan kepada MySejahtera sendiri boleh rujuk di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button