KewanganCara Mudah

Buka Akaun CIMB Bank Boleh Buat Online Je! Lepastu Pergi Bank Bagi Pengesahan Dan Ambil Kad Je. Ini Caranya

Cara Daftar Akaun Bank CIMB Dan Aktifkan Online Banking CIMBClicks

Ini cara buka akaun CIMB Online. Kalau dulu nak buka akaun bank tu rasa susah je sebab perlu pergi bank ambil nombor, lepastu tunggu lama juga nak isi borang dan pengesahan semua. Namun kini seiring peredaran teknologi, nak buka akaun bank pun dah boleh buat secara online je menggunakan komputer atau handphone.

Dengan ini, masa berada dekat bank dapat dipendekkan dan lagi cepat korang dapat berurusan untuk buka akaun bank. Memang betul masih perlu pergi bank untuk buat pengesahan seperti cap jari dan dapatkan kad bank, tapi dapat jimat masa lagi. Lepas dah ada akaun bank dan kad lagi senang nak beli barang boleh guna kad debit je ataupun secara online banking kalau beli online.

Cara Buka Akaun CIMB Dan Aktifkan Online Banking CIMBClicks

Jadi untuk buka akaun CIMB, cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Layari laman sesawang CIMB di pautan berikut:

2. Pilih jenis akaun yang ingin dibuka dan klik padanya. Untuk penggunaan harian khususnya bagi umat islam, disarankan membuka Akaun Simpanan Asas-i

3. Setelah klik, akan dibawa ke laman seterusnya dan boleh klik Mohon Sekarang

4. Baca semua syarat dan kondisi yang dinyatakan untuk membuka akaun dan klik Start Application

5. Isikan kesemua maklumat diperlukan di ruangan Contact Details dan tandakan kotak I’m not a robot lalu klik Continue

6. 6 digit Kod OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor yang telah didaftarkan. Isikannya pada ruangan disediakan.

7. Lengkapkan semua Personal Detail yang diperlukan termasuklah Nama, No IC dan Alamat Rumah.

8. Isikan pula maklumat pekerjaan di ruangan Employment Details lalu klik Continue

9. Pada bahagian Additional Details, tandakan pada kotak berkaitan tujuan untuk membuka akaun (boleh pilih lebih daripada 1 kotak)

10.  Tiba di ruangan Source Of Funds, tandakan pada kotak yang berkenaan (Boleh pilih lebih dari 1 kotak)

11. Seterusnya, jawab semua soalan yang dipaparkan dan klik Continue

12. Semak setiap maklumat yang diberikan pada bahagian Review Information. Jika semua betul, klik Accept and Continue

13. Tunggu seketika sementara semua maklumat diterima dan diproses. Jika telah diterima, paparan skrin Application Received akan ditunjukkan dan Reference Number akan diberikan. Simpan Reference Number sebagai rekod.

14. Proses pengisian borang online selesai. Seterusnya lengkapkan pendaftaran di mana-mana cawangan CIMB berdekatan.

15. Klik View Branches Near Me dan pilih cawangan berdekatan.

16. Pergi ke bank dengan membawa kad pengenalan dan ikuti arahan daripada staf CIMB untuk proses pengesahan dan ambilan kad debit.

Jadi kalau dah ada akaun CIMB Bank ni boleh lah daftar pula CIMBClicks iaitu online banking untuk memudahkan lagi urusan semak baki duit atau pembelian korang secara online je.

Cara Aktifkan CIMBClicks

Berikut adalah cara untuk mengaktifkan akaun CIMBClicks:

Langkah 1: Daftar No. Telefon & e-Pin di ATM

1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB

2. Masukkan Kad ATM dan No. Pin

3. Pilih pada menu Others atau Lain-lain

4. Pilih CIMB Clicks

5. Pilih CIMB e-PIN / ATM PIN (Cipta atau masukkan 6 digit e-pin)

6. Masukkan nombor telefon bimbit untuk mendaftar (Pastikan no. tersebut aktif)

7. Resit ‘Pendaftaran Berjaya’ akan dikeluarkan sekiranya proses lulus.

 

Langkah 2: Lengkapkan pengaktifan di CIMBClicks

1. Layari https://www.cimbclicks.com.my/

2. Klik pada menu Register for Clicks di bahagian kanan atas. Tiba di laman seterusnya klik CIMB ATM, Debit & Credit Card

3. Masukkan nombor kad back (16 digit di kad ATM CIMB)

4. Masukkan nombor e-pin (Nombor pin 6 digit yang dimasukkan di ATM semasa pendaftaran Langkah 1)

5. Seterusnya, masukkan huruf atau digit yang dipaparkan dalam kotak

6. Tandakan pada kotak T&C dan klik Next

7. Masukkan nombor TAC yang akan dihantar melalui SMS ke telefon yang didaftarkan.

8. Cipta Username ID (Boleh buat apa-apa nama tetapi harus ingat kerana akan digunakan setiap kali log masuk)

9. Cipta Password (Perlu ingat juga kerana akan digunakan untuk log masuk)

10. Isikan nama ibu di ruangan Mother’s Maiden Name

11. Masukkan alamat emel pada Email Address

12. Pada bahagian Create Your Secure Word, masukkan perkataan yang akan digunakan sebagai tujuan keselamatan (akan dipaparkan sebelum memasukkan password semasa log masuk nanti)

13. Klik I Agree & Submit

14. Pendaftaran selesai, boleh log masuk ke CIMBClicks dan menggunakan perkhidmatan perbankan internet CIMB.

Mudah je kan nak buka akaun CIMB dan daftar online banking. Jadi lepasni dah tak perlu sibuk-sibuk beratur di bank semata-mata nak semak baki atau keluarkan duit. Kalau nak tahu cara nak masukkan duit ke Tabung Haji secara online je tanpa pergi ke kaunter boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button