TeknologiCara Mudah

Barang Online Lagi Murah Dari Kedai? Betul! Ini Cara Daftar Akaun Shopee Bagi Yang Tak Pandai Lagi Tu.

Cara Daftar Akaun Shopee Untuk Beli Barang Online

Cara Daftar Online Shopee

Sumber Gambar therohani

Zaman sekarang ni rugi kalau tak pandai beli barang online jadi ini cara daftar akaun shopee. Sebab kadang-kadang tu harga barang memang jauh lebih murah di online daripada di kedai. Ramai yang memilih untuk membeli barang secara online di Shopee ni sebab proses transaksi yang mudah dan selalu ada free shipping.

Shopee sekarang merupakan platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara. Di Malaysia sahaja ada lebih 3 juta penjual dan 4 juta pengguna di Shopee. Kalau korang yang suka beli barang secara ‘online‘ dan belum ada akaun Shopee, ini langkah mudah yang korang boleh ikut untuk cara daftar akaun Shopee sebagai pengguna dan penjual, juga cara aktifkan e-wallet ShopeePay.

Cara Daftar Akaun Shopee Untuk Beli Barang Online

1. Korang Nak Mula Beli Barang di Shopee? Jom Daftar Jadi Pengguna Dahulu.

Nak mendaftar sebagai penguna akaun Shopee ini mudah je sebenarnya. Janji korang ada smartphone dan internet. Korang follow je langkah mudah kat bawah ni:

Sumber Gambar Shopee

  • Masukkan nombor telefon yang korang nak gunakan untuk pendaftaran, kemudian tekan ‘Next’

  • Kemudian, korang akan dapat sms dari pihak Shopee yang mengandungi verification code sebagai pengesahan pendaftaran korang. Masukkan kod tersebut kemudian tekan ‘Next’. Selepas itu, tetapkan kata laluan yang korang nak untuk akaun tersebut, dan tekan butang ‘Sign Up’. Ingat, kata laluan korang mestilah 8 hingga 16 huruf kecil dan huruf besar.

  • Akhir sekali, Korang boleh menetapkan Username dan Emel korang di menu ‘Me’ dan pilihan ‘My Profile’.
  • Pendaftaran menggunakan nombor telefon ialah cara yang paling mudah, tapi korang juga boleh daftarkan akaun Shopee korang melalui akaun Google, Facebook atau Apple, dan cara pendaftarannya lebih kurang sama seperti di atas.

Selesai korang mendaftar sebagai pengguna, korang dah boleh mula mula membeli barang di Shopee dan nikmati pelbagai tawaran yang mereka ada untuk pengguna dan pelanggan!

2. Rasa Nak Mula Berniaga? Korang Pun Boleh Daftar Jadi Penjual dan Buka Kedai di Shopee!

Di Shopee, korang bukan sahaja boleh daftar sebagai pengguna atau pembeli, tapi korang juga boleh mendaftar sebagai penjual. Lepas korang dah daftar akaun pengguna Shopee, guna akaun yang sama untuk daftar sebagai penjual dan buka kedai untuk mula berniaga. Ikuti langkah mudah di bawah:

  • Buka aplikasi Shopee dan tekan tab ‘Me’, kemudian tekan pada ‘Start Selling’

 

  • Kemudian tekan pada butang ‘Add Product’.

Sumber Gambar Mingguan Wanita

  • Masukkan informasi tentang barangan atau produk yang korang ingin jual termasuklah dari kategori barangan, jenama, harga, jumlah stok dan sebagainya. Korang juga boleh muat naik gambar dan video produk tersebut. Jumlah maksimum gambar yang korang boleh muat naik untuk satu produk ialah sebanyak 9 gambar.

Sumber Gambar Shopee

  • Ini perkara paling penting yang korang kena isi mengenai produk atau barangan yang korang nak jual, iaitu berat dan dimensi produk. Dimensi ni termasuklah panjang, lebar dan tinggi produk tersebut. Maklumat ini penting untuk aplikasi Shopee menentukan ‘shipping fee’ untuk produk tersebut nanti.

  • Bila dah selesai, korang tekan butang ‘Publish’ dan produk korang akan mula dijual di Shopee!

 

3. Nak Lebih Banyak Tawaran Seperti Baucer ‘Free Shipping’ di Shopee? Aktifkan e-Wallet Shopee Pay Segera!

Sumber Gambar Shopee

Apa itu ShopeePay? ShopeePay ialah salah satu e-wallet yang dicipta oleh Shopee untuk pengguna mereka. ShopeePay ni korang bukan sekadar boleh guna untuk beli barang di Shopee, namun juga boleh digunakan di lebih 350 kedai atau stor terpilih seperti Tealive, Mr DIY, Secret Recipe dan lain-lain.

Sumber Gambar RinggitPlus

Selain itu, kebanyakan baucer ‘free shipping’ dan ‘10% ShopeeCoin CashBack’ yang ditawarkan di Shopee ialah melalui pembayaran menggunakan ShopeePay.

Jadi, macam mana nak aktifkan ShopeePay ni? Langkahnya sangat mudah seperti di bawah:

  • Klik pada ikon ‘ShopeePay’ pada ‘homepage’ aplikasi Shopee

  • Kemudian klik pada ‘Activate ShopeePay’, dan masukkan nama penuh seperti di kad pengenalan dan nombor kad pengenalan, dan e-wallet ShopeePay korang akan aktif.

 

Sumber Gambar Shopee

Cara Untuk Menebus Kredit Percuma RM150 eBelia di ShopeePay

Kerajaan ada mengumumkan pemberian RM 150 kepada pelajar yang berumur 18-20 tahun melalui pelbagai e-wallet termasuklah ShopeePay melalui Program eBelia. Cara untuk menebus RM 150 tersebut di ShopeePay tersebut ialah semudah tiga cara:

  • Aktifkan ShopeePay seperti langkah di atas.
  • Buat pengesahan verifikasi kad pengenalan dengan muat naik gambar kad pengenalan dan selfie bersama kad pengenalan di aplikasi Shopee(pengesahan oleh Shopee akan mengambil masa 24 jam)

Sumber Gambar therohani

  • Tebus kredit RM150 melalui ikon eBelia di Shopee.

Sumber Gambar therohani

Bila dah tahu cara daftar akaun Shopee dan e-wallet ShopeePay, lebih mudahlah korang nak beli barang di Shopee dan nikmati ganjaran serta tawaran yang Shopee sediakan untuk pengguna. Tapi kena beringat, berbelanjalah secara bijak dan jangan sesekali melebihi kemampuan. Nak tahu cara refund barang Shopee boleh tengok dekat SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button