TeknologiCara Mudah

Tak Perlu Risau Tak Sempat Pergi Pejabat Pos untuk Bayar Bil. Lepas Kerja Pun Boleh Buat Ikut Cara Bayar Bil Online Ni

Cara Mudah Bayar Bil Online

Setiap bulan pun mesti korang kena bayar bil kan tapi tahu tak cara bayar bil online? Biasanya setiap bulan, antara bil yang wajib dibayar adalah bil air, bil elektrik, dan bil telefon. Dan kalau nak senang, bayar semua bil dekat pejabat pos je. Tak perlu nak ke banyak-banyak tempat untuk lunaskan semua bil yang ada. 

Tapi mungkin kerja korang habis lewat malam dan hujung minggu pun kena masuk pejabat juga, jadi selalu je pejabat pos dah tutup bila korang dah sampai untuk bayar bil tu. Maksudnya korang akan terlambat bayarlah bil tu, dan kadang-kadang boleh jadi sampai tertunggak. 

Cara Bayar Bil Online Di Luar Waktu Pejabat (Office Hour)

Boleh Bayar Bil pada Bila-Bila Masa dekat 7-Eleven!

Sekarang korang dah tak ada alasan lagi untuk tak bayar bil sebab 7-Eleven dah memperkenalkan perkhidmatan pembayaran bil di setiap kedai-kedai diorang. Memandangkan 7-Eleven buka 24 jam (kalau bukan semasa PKP), jadi bila-bila masa je korang boleh pergi bayar bil. 

Hujung minggu boleh, lewat malam pun boleh juga. Satu lagi, selalunya dekat setiap kawasan perumahan mesti akan ada kedai 7-Eleven, tak macam pejabat pos yang cuma tertumpu pada setiap daerah je. Jadi korang tak perlu dah nak travel jauh-jauh hanya untuk bayar bil. Kan dah jimat minyak dekat situ.

Cara nak bayar bil dekat 7-Eleven ni senang je, korang cuma perlu bawa bil dan pergi ke kedai 7-Eleven yang berdekatan. Lepas tu cashier akan scan barcode yang ada dekat bil, dan korang boleh bayar terus dan setel! Senang je. Lepas ni kalau korang singgah 7-Eleven, jangan beli jajan je. Bayar bil sekali, okey?

Malas Keluar Rumah? Ada Cara Bayar Bil Online Je!

Ada masanya, korang rasa malas sangat nak keluar kan? Ataupun bil korang dah tertunggak sampai line telefon kena barred dan elektrik pun kena potong, mesti korang nak setelkan cepat-cepat kan?

Jangan risau, sekarang nak bayar bil dari rumah pun boleh. Semuanya online je sekarang! Apps Pos Malaysia ada sediakan perkhidmatan pembayaran bil secara online dan langkah-langkahnya pun mudah dan pantas! Ini salah satu cara bayar bil online:

1) Pertama sekali, korang kena download dulu aplikasi Pos Malaysia. 

2) Lepastu boleh daftar dulu akaun baru guna e-mel korang.

3) Apps Pos Malaysia ni bukan setakat boleh track barang pos je, tapi ada juga benda lain yang korang boleh buat, salah satunya adalah bayar bil. Jadi korang klik butang “Bill Payment” tu.

4) Kemudian, bolehlah pilih bil apa yang nak dibayar. Dekat apps ni korang boleh bayar bil air, elektrik, telefon, dan Astro. Dalam artikel ni, kita ambil contoh bil air. Lepas tu, bolehlah pilih negeri mana yang korang duduk dan klik “Pay Bill”.

5) Masukkan nombor akaun bil dengan amaun yang korang nak bayar dan klik “Pay Bill”. Korang boleh terus bayar guna cara online banking ataupun masukkan butiran kad debit dan siap!

Jadi, lepas ni korang dah tak ada alasan lagi setiap kali nak bayar bil sebab dah tahu cara bayar bil online dan cara lain. Ada dua cara mudah yang korang boleh lakukan untuk bayar bil kalau tak sempat nak ke pejabat pos iaitu: 1) ke kedai 7-Eleven dan 2) bayar secara online melalui apps Pos Malaysia. Tak perlu lagi nak risau nak kejar waktu operasi Pejabat Pos buka dan beratur panjang. Cara nak renew lesen kereta atau roadtax online boleh tengok SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button