KenderaanCara Mudah

Penting Ni! Ketahui Kerosakan Kereta yang Selalu Terjadi agar Tak Ditipu Harga Semasa Baiki

Cara Ketahui Kerosakan Kereta Paling Asas

Bagi yang memandu kereta, mungkin kadang-kadang korang ada terdengar bunyi-bunyi pelik seperti bunyi nyaring, bunyi besi berlaga, dan macam-macam lagilah kerosakan kereta tu kan. Bila dah terdengar bunyi pelik macam tu, benda pertama yang korang fikir mesti untuk hantar kereta tu ke bengkel dan biarkan mekanik je yang uruskan semuanya. Senang cerita kan.

Tapi sebenarnya, lebih baik kalau korang tahu serba sedikit juga tentang apa isu yang sedang dihadapi oleh kereta tu. Bila korang tahu benda asas tentang kerosakan kereta, risiko untuk ditipu oleh mekanik di bengkel tu akan kurang. Bukan nak kata semua bengkel tu menipu, tapi ada segelintir yang ambil kesempatan meletakkan bayaran tinggi untuk golongan yang tak tahu.

Lagipun, masa ekonomi tengah merudum ni, sesetengah orang tu sangat terdesak sampaikan sanggup menipu orang lain. Bukan semua mekanik dekat luar tu kaki klentong, ramai je yang jujur dan amanah. Korang cuma perlu berhati-hati dan sekurang-kurangnya ada ilmu asas mengenai kerosakan kereta ni.

5 Kerosakan Kereta Umum yang Selalu Terjadi Dan Wajib Tahu

Sumber Gambar Berita Harian

Kalau ikutkan, ada 1001 jenis kerosakan kereta yang ada. Tapi korang tak perlu nak tahu semua. Sekurang-kurangnya, kalau tahu 5 kerosakan kereta yang selalu terjadi ni je, supaya nanti bila hantar ke bengkel, mekanik tu takdelah boleh klentong korang dengan kerosakan lain yang lagi serius pula.

1. Bunyi Berdesing atau Nyaring

Bunyi berdesing atau nyaring selalunya boleh membawa maksud kepada beberapa jenis kerosakan. Ia boleh jadi disebabkan timing belt dah haus, ataupun break pad yang perlu ditukar. Mungkin susah kalau korang nak bezakan, mana satu bunyi yang mengatakan kerosakan pada timing belt atau break pad

Kalau timing belt korang rosak, bunyi nyaring tu memang akan berbunyi setiap masa dan bunyi tu akan datang daripada enjin iaitu bahagian depan kereta. Tapi kalau break pad yang haus, bunyi nyaring tu akan muncul bila korang tekan brek je. So, dengar dulu betul-betul bunyi rosak tu datang dari mana ya! 

2. Lampu Amaran Menyala

Dekat dashboard kereta tu, selain daripada nak tahu minyak banyak lagi atau tak, korang juga boleh tahu beberapa jenis kerosakan berdasarkan lampu amaran yang menyala. Lampu amaran ni akan menyala kalau ada kerosakan je. Kalau tak ada apa-apa yang menyala, maksudnya kereta korang okey je lah.

 

  • Lampu amaran tekanan minyak

 

Selalunya lampu ni akan menyala satu atau dua saat masa korang hidupkan enjin. Tapi kalau lampu ni masih menyala untuk masa yang lama, maksudnya tekanan minyak korang rendah. Boleh jadi tangki minyak korang bocor ataupun pam minyak kereta rosak.

 

  • Lampu amaran bila enjin terlampau panas

 

Bila lampu ni menyala, maksudnya suhu enjin korang terlampau panas. Boleh jadi sebab kebocoran coolant atau pam penyejuk yang gagal berfungsi. Kalau jadi macam ni, cepat-cepat berhentikan kereta di tepi jalan sebab kalau korang teruskan juga perjalanan, enjin kereta boleh jadi rosak.

 

  • Lampu amaran alternator

 

Selalunya lampu ni akan menyala bila alternator kereta korang rosak. Bila alternator rosak, tak ada sumber elektrik yang boleh hidupkan bateri dan kereta pun langsung tak boleh hidup.

3. Susah Nak Hidupkan Kereta

Sumber Gambar Motoqar

Walaupun dah berbelas kali korang pulas kunci, tapi kereta masih tak dapat hidup juga. Tu boleh jadi disebabkan spark plug yang rosak, ataupun bateri yang dah kong. Boleh cuba jump start dulu kereta korang dengan kereta lain untuk tengok kalau masalahnya pada bateri. 

Kalau masalah bateri, senanglah, cuma tukar bateri. Tapi kalau dah jump start tapi kereta masih tak nak hidup, boleh jadi ada masalah lain macam masalah spark plug. Kalau macam ni, korang memang kena hantar kereta ke bengkel untuk diperiksa.

4. Air Cond Tak Sejuk

Nak tahu air cond atau pendingin hawa bermasalah ke tak, senang je. Kalau ada sesuatu dalam sistem penyejukan kereta rosak, angin yang keluar daripada ruang air cond tak jadi sejuk. Benda ni boleh terjadi disebabkan oleh kipas yang tak berfungsi, radiator rosak ataupun gas bocor. Turunkan tingkap untuk bagi udara luar masuk untuk sejukkan kereta sementara korang menuju ke bengkel.

5. Stereng Bermasalah

Stereng adalah komponen memandu yang paling penting. Kalau stereng kereta korang tak tepat atau tak seresponsif selalu, masalah ni perlu dibetulkan dengan secepat mungkin. Kalau korang rasa pelik bila membelok, ataupun masa memandu di jalan lurus, kereta cenderung untuk ke kiri atau ke kanan, boleh jadi ia disebabkan oleh cecair stereng kereta kurang ataupun sebab allignment kereta lari. Mekanik boleh bantu selesaikan masalah ni di bengkel.

Walaupun artikel ni bincangkan pasal kerosakan yang selalu terjadi, tapi yang paling penting korang kena lakukan adalah untuk servis kereta! Banyak kerosakan yang besar boleh dielakkan bila korang selalu servis kenderaan. Paling kurang pun, korang kena servis kereta 2 kali setahun. Bila rajin jaga kereta, kereta pun mampu untuk jaga keselamatan korang. Nak tahu tips tayar kereta pula? Baca panduan lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button