InformasiCara Mudah

Cara Kemaskini Mysejahtera & Jangan Lupa Tekan Checkout!

Cara Tambah Ahli Keluarga dalam Aplikasi MySejahtera

Macam mana cara kemaskini Mysejahtera? Ingatkan cuti hujung tahun tak dapat pergi berjalan sebab PKPB di Semenanjung Malaysia ni. Syukur baru-baru ni pengumuman terkini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan kelonggaran bagi pergerakan rentas negeri/daerah atau mukim zon hijau ke zon hijau. Ianya dikenali sebagai Gelembung Perjalanan Domestik iaitu dengan tujuan pelancongan di dalam negeri dan akan berkuatkuasa 22 November ini.

Terkini kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri dan daerah kecuali ke kawasan PKPD. Namun SOP perlulah diamalkan seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka di tempat yang sesak serta menggunakan Mysejahtera apabila memasuki mana-mana premis. Berikut disediakan panduan untuk mengemaskini MySejahtera termasuklah menambah ahli keluarga dalam MySejahtera serta kemaskini status Zon.

TERKINI: Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, bagi mendapatkan vaksin COVID19 secara sukarela, rakyat perlu daftar atau sign up di aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini akan mempunyai feature sign up di mana pengguna boleh daftar dan menyatakan persetujuan dan telah berdaftar untuk mendapatkan Vaksin.  Kemaskini akan dibuat di sini sebaik sahaja feature tersebut telah disediakan di aplikasi MySejahtera.

Cara Kemaskini MySejahtera Dengan Mudah. Ikut Je Langkah Ni

Cara Kemaskini MySejahtera Versi Terkini & Tekan Butang Checkout

Untuk yang belum tahu cara kemaskini MySejahtera tu. Boleh ikut langkah berikut:

  1. Buka Google Playstore
  2. Cari atau search di ruangan carian MySejahtera
  3. Klik dan tekan Kemaskini atau Update

Selepas itu, bila dah update jangan lupa pula tekan checkout bila dah masuk mana-mana premis tu. Caranya adalah seperti di bawah:

  • Setelah selesai di sesebuah premis, klik butang checkout seperti di bawah
  • Jika terlupa jangan risau, di bahagian page utama nanti akan keluar skrin seperti berikut, dan klik sahaja Checkout
  • Kalau dah checkout, akan keluar seperti ini

KENAPA PERLU TEKAN CHECKOUT?

Difahamkan sekiranya terdapat laporan kes jangkitan COVID-19 di premis yang dikunjungi sepanjang seseorang Checkin di premis tersebut, maka sistem akan mengesan sebagai kontak walaupun sebenarnya seseorang itu telah pun keluar dari premis tersebut tetapi terlupa menekan Checkout. Jadi untuk mengelakkan kesusahan akan datang seperti melakukan ujian Swab test apetah lagi positif COVID19 maka seeloknya tidak lupa untuk tekan butang checkout.

Cara Kemaskini MySejahtera Untuk Tambah Ahli Keluarga

Bagi korang yang ada anak tu mesti rasa leceh je kan nak kena tulis nama anak satu-satu dalam buku daftar sebelum masuk kedai. Nak suruh diorang scan MySejahtera mana budak-budak kecil tu ada telefon pulak kan. Jangan risau, ada cara mudah untuk tambah ahli keluarga dalam MySejahtera kita. Contohnya ibu boleh masukkan nama anak, atau anak boleh masukan nama atuk atau nenek yang tak pandai guna telefon sangat tu. Langkah dia mudah je, ikut ni:

  1. Buka aplikasi Mysejahtera dan klik Close

  2. Klik More

  3. Klik Manage Dependents

  4. Klik Add Dependents

  5. Isikan maklumat anak. Jika ada ramai klik Add another

  6. Masa Check in tandakan anak yang dibawa dan klik check in dah selesai.

Cara Mudah Kemaskini Status Zon Covid-19 Menggunakan MySejahtera

Jadi apa yang perlu buat jika korang dari zon hijau dan ingin pergi melancong ke zon hijau? Pertama sekali kena tahu ada dua jenis pergerakan dalam Gelembung Perjalanan Domestik ini iaitu:

Jenis Pergerakan Gelembung Perjalanan Domestik

i. Pergerakan yang dibenarkan tetapi PERLU mendapat kebenaran pihak PDRM

  1. Pergerakan Rentas Negeri Antara Negeri Hijau melalui Negeri Merah
  2. Pergerakan Rentas Daerah/Negeri dari Negeri Hijau ke Daerah Hijau di Negeri Merah

Contoh Situasi:

  • Sekiranya negeri PKPP (hijau) nak ke negeri PKPP lain tetapi perlu melalui negeri PKPB (merah) maka perlu mendapatkan kebenaran pihak polis
  • Perjalanan dari daerah hijau ke daerah hijau yang lain dalam negeri PKPB. Contohnya, dari negeri Pahang (zon hijau) ingin ke Negeri Selangor (zon merah) tetapi daerah Sabak Bernam (zon hijau) adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran PDRM

ii. Pergerakan yang dibenarkan TANPA PERLU mendapat kebenaran pihak PDRM

  1. Pergerakan Rentas Daerah dalam Negeri Hijau
  2. Pergerakan Rentas Negeri Antara Negeri Hijau

Contoh Situasi:

  • Penduduk Daerah Kuantan, Negeri Pahang (zon hijau) hendak melancong ke Cameron Highland, Negeri Pahang (zon hijau) tidak perlu mendapatkan kebenaran polis.
  • Penduduk Negeri Terengganu hendak ke Negeri Pahang adalah dibenarkan tanpa kebenaran polis.

Sumber: Facebook MKN

Dokumen Pengesahan Gelembung Perjalanan Domestik

Berdasarkan SOP yang terkini dikeluarkan oleh MKN, pengesahan pelancong berasal dari zon hijau perlulah dibuat dengan menunjukkan:

  1. Deklarasi tahap kesihatan risiko bertatus risiko rendah melalui aplikasi Profil MySejahtera (rujuk cara kemaskini di bawah)
  2. Bukti Penginapan / tiket / pakej pelancongan
  3. Itinerari Pelancongan atau apa-apa dokumen yang ditentukan oleh PDRM

Adalah WAJIB untuk mendapatkan surat kebenaran dari PDRM jika perlu merentasi kawasan kuning. jingga dan merah.

Baca sini: Panduan Mohon Kebenaran PDRM Untuk Rentas Negeri 

Langkah Untuk Kemaskini Status Lokasi Semasa Menggunakan Aplikasi MySejahtera Bagi Melihat Warna Zon

Jadi bagaimana untuk kemaskini status zon COVID-19 di kawasan kita dengan menggunakan aplikasi MySejahtera? Ikuti langkah mudah ini:

Langkah 1 : Buka Aplikasi MySejahtera dan Klik Tutup pada Paparan Check-In

Langkah 2 : Klik Status Risiko

Langkah 3 : Klik Status Mula

Langkah 4 : Jawab semua soalan dan klik hantar 

Langkah 5 : Keluar Notis Pastikan Maklumat Tepat. Klik OK

Langkah 6 : Keluar Notis Terima Kasih. Dan rujuk Profil untuk melihat status terkini. Klik OK

Langkah 7 : Klik pada ikon Profil

Langkah 8 : Selesai. Korang dapat tengok tarikh terkini serta warna zon status lokasi terkini mengikut daerah yang diduduki.

NOTA: Kemas kini status risiko perlu sentiasa dibuat untuk melihat status terkini lokasi semasa individu.

Dah tahu cara kemaskini mysejahtera ingat, walaupun dapat pergi ke mana-mana namun kita masih belum bebas daripada COVID-19! Jadi perlu sentiasa amalkan SOP seperti memakan pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial. Perjalanan juga hendaklah dibuat terus ke destinasi percutian TANPA persinggahan lain / transit di zon kuning, jingga dan merah. Selepas pulang pula digalakkan untuk kuarantin secara sukarela dan segera mendapatkan rawatan sekiranya bergejala

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button