KewanganCara Mudah

Pesanan Untuk Golongan B40, Wajib Guna Duit Sebaiknya Untuk Terus Hidup! Ini Cara Urus Duit B40

Cara Urus Kewangan Khusus Bagi Kita Yang Dalam Golongan B40

Realitinya, ramai daripada golongan B40 tak mempunyai duit simpanan di dalam akaun bank masing-masing antaranya kerana tak tahu cara urus duit B40. Kadang-kadang kita tak ada duit simpanan disebabkan oleh gaji yang diterima tu memang cukup-cukup je buat dia sekeluarga survive untuk bulan tu. Tapi ada juga yang sebenarnya tak mempunyai kesedaran atau tak tahu cara yang betul untuk menyimpan duit. Selalunya benda ni berlaku pada mereka yang masih muda dan baru mendapat kerja. Ramai yang rasa gaji tak perlu disimpan dan kalau ada duit lebihan, perlu dibelanjakan.

Sebenarnya pemikiran ni salah dan bahaya, lagi-lagi untuk golongan B40 macam kita ni. Setiap orang, sepatutnya perlu ada duit simpanan paling kurang sama nilai dengan 3 bulan gaji di dalam akaun bank. Duit yang disimpan ni nanti boleh digunakan di kala kecemasan seperti contoh apabila tiba-tiba kehilangan kerja ataupun kemalangan.

Panduan Pengurusan Kewangan – Cara Urus Duit B40

Semua orang perlu tahu cara untuk uruskan kewangan masing-masing supaya jika ada apa-apa perkara yang tak diinginkan berlaku di masa depan yang melibatkan duit, kita ada simpanan yang boleh digunakan. Hana di IIUM Confessions telah berkongsi beberapa cara uruskan kewangan bagi golongan B40, antaranya:

1. Asingkan Paling Kurang 10% daripada Nilai Gaji

Setiap kali dapat gaji, korang kena terus asingkan siap-siap 10% daripada nilai gaji tu untuk masuk ke dalam tabung simpanan. Contohnya, kalau gaji korang RM2,500, pastikan RM250 dah masuk terus dalam tabung. 

Cara simpan ni bergantung pada korang. Nak keluarkan duit dan masukkan dalam tabung boleh, atau nak masukkan dalam akaun ASB pun boleh. Dan nilai yang perlu disimpan ni tak semestinya 10% je. Kalau boleh simpan lebih, lagilah digalakkan. Yang penting ada simpan sedikit ya. 

2. Kalau Nak Sesuatu Benda, Sediakan Tabung Baru

Sumber Gambar Money Compass

Contohlah korang berminat nak beli telefon baru yang berharga RM400, jangan pula keluarkan terus RM300 tu daripada tabung simpanan. Tabung yang korang letakkan duit daripada gaji tu jangan disentuh langsung. Ia hanya boleh digunakan masa kecemasan je. 

Jadi kalau nak beli sesuatu benda, korang kena buat tabung lain pula, yang memang khas untuk membeli benda tu. Untuk tabung ni, mungkin simpanan bulanan korang tak sebanyak tabung kecemasan. Cukuplah RM30 atau RM50 sebulan, dan simpan sampailah korang boleh beli benda tersebut tanpa perlu menyentuh tabung kecemasan tadi.

3. Makan di Kedai Biasa, Masak di Rumah

Cuba untuk limitkan sehari cuma belanja maksimum RM20 untuk makan bagi yang bujang. Kalau yang dah berkeluarga pula, lebih baik memasak di rumah. Orang kata, orang bujang lagi jimat kalau makan di kedai, dan yang dah berkeluarga pula lebih jimat kalau memasak di rumah. 

Lagi satu, kalau nak makan tu, pilih kedai makan yang biasa je asalkan murah. Kalau nak makan makanan yang special dan mahal, hadkan untuk buat macam tu 2-3 kali je sebulan supaya duit tak terbazir. Kalau nak tahu tip jimat makan di luar, boleh baca di SINI.

4. Jangan Berkira Bab Duit

Sumber Gambar Harian Metro

Bab duit ni, kita tak boleh berkira sangat. Orang kata, dalam setiap rezeki kita tu, ada bahagian orang lain juga. Jadi jangan rasa kedekut untuk belanja ibu ayah, keluarga dan kadang-kadang belanja rakan pun tak salah juga. Kalau dapat duit bonus tu, bolehlah belikan hadiah untuk ibu bapa, atau bawa keluarga pergi bercuti. Sekali-sekala belanjakan duit untuk kepuasan diri dan keluarga, tak ada salahnya.

Satu lagi nak bagi rezeki yang kita dapat tu berkat, asingkan sebahagian kecil daripada gaji, contohnya RM50, untuk sedekah setiap bulan. Setiap kali masuk masjid atau jumpa peminta sedekah, bolehlah berikan sedikit duit pada mereka. Dengan sedekah juga mengajar erti bersyukur di samping dapat bersihkan harta. Lagi-lagi sekarang ni masa semua orang susah. 

Tips Tambahan: Kalau Dapat Bantuan, Gunakan Sebaiknya!

Ini pula tambahan cara urus duit B40 daripada penulis sendiri iaitu kita golongan B40 selalunya akan menerima bantuan kerajaan. Antaranya termasuklah wang tunai seperti Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Khas COVID_19. Jadi bila dapat duit ni nanti, janganlah pula kita belanja terus sehinga habis pada 1 hari. Sebaiknya kita kena rancang perbelanjaan, tengok apa yang tiada lagi di rumah baru beli. Ye lah esok lusa mana tahu perlukan wang lagi kan. 

Jadi mudah je kan cara urus duit B40. Sebenarnya, boleh je golongan B40 macam kita ni nak uruskan kewangan supaya ada simpanan kecemasan yang boleh digunakan masa diperlukan. Selain daripada bijak uruskan perbelanjaan harian, kita juga kena tahu dan fahamkan apa beza kehendak dan keperluan. Ramai orang yang selalu tersilap atau tak tahu nak bezakan antara dua ni. Kalau nak tahu caranya, boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button