MakananCara Mudah

Senarai Bantuan Makanan & Keperluan Asas Percuma (Foodbank) Boleh Hadir Ke Tempat Ini Atau Hubungi Talian Bantuan

Cara Mudah Dapatkan Bantuan Makanan Atau Hubungi Talian Bantuan

Sekarang ni adalah waktu paling mencabar buat seluruh rakyat Malaysia jadi salah satu bantuan yang amat diperlukan adalah bantuan makanan. Bukan sahaja kes COVID-19 yang sedang naik, malah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan. Akibatnya ramai daripada kita yang tak boleh keluar rumah untuk bekerja, hilang punca pendapatan dan akhirnya terputus bekalan makanan.

Walaupun bantuan kerajaan dari segi wang tunai ada diberikan, namun mungkin tidak mencukupi untuk menanggung mereka yang perlu bayar sewa rumah, ansuran kereta dan juga tanggung makan minum anak isteri dan keluarga. Sementara tunggu bantuan kerajaan tu ada pelbagai pihak NGO dan juga rakyat yang prihatin tampil memberikan bantuan.

Cara Mohon Bantuan Makanan Atau Hubungi Talian Bantuan

Antara kempen yang dijalankan oleh orang ramai adalah dengan mengangkat bendera putih bagi mereka yang betul-betul sudah terputus bekalan makanan ataupun tiada pendapatan. Mereka boleh kibarkan bendera putih/kain putih/Tshirt putih di rumah mereka sebagai tanda memerlukan bantuan.

Mungkin ada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan kempen ini namun tidak perlulah sehingga menghalang niat baik orang lain untuk menolong sesama kita. Bagi mereka yang mungkin malu atau segan untuk menaikkan bendera pula boleh juga rujuk cara-cara lain untuk mendapatkan bantuan seperti di bawah.

Kalau korang yang nampak ada bendera putih di kawasan rumah korang juga tapi tak tahu nak buat apa boleh juga rujuk panduan berikut:

Kempen Pasaraya

Beberapa pasaraya di Malaysia telah membuat kempen untuk membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah:

1. Kempen Bendera Putih Econsave Prihatin

Pasaraya Econsave telah melancarkan bantuan untuk membantu mereka yang memerlukan ataupun sekiranya ternampak jiran yang mengangkat bendera putih. Tindakan yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

  1. Tangkap gambar
  2. Tuliskan Alamat (Rumah yang memerlukan bantuan)
  3. Hantar butiran ini kepada WhatsApp (016-2137387) atau mesej terus (PM) di Facebook Econsave 

2. Kempen Kibarkan Bendera Putih 99 Speedmart

99 Speedmart juga telah melancarkan bantuan untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan. Justeru sekiranya sesiapa ternampak bendera putih di mana-mana rumah, sila salurkan maklumat berikut:

  1. Alamat Tempat Tinggal (Rumah yang menggantungkan bendera putih)
  2. Gambar rumah mengibarkan bendera tersebut

Hantarkan butikar ke WhatsApp: 010-5000099 atau pun Facebook 99 Speedmart (Private Message (PM) sahaja)

Syarat kempen ini adalah seperti berikut:

  • Mulai 1 Julai 2021 hingga 14 Julai 2021
  • 1000 pek sehari
  • Jangkamasa penghantaran 24 jam
  • Kediaman yang berhampiran dengan cawangan 99 Speedmart sahaja

Foodbank

Foodbank adalah sebuah sudut di mana disediakan beberapa barang keperluan asas seperti makanan dan sebagainya khas untuk mereka yang memerlukan. Barang tersebut boleh diambil mengikut keperluan secara percuma oleh sesiapa sahaja yang memerlukan. Jadi kalau korang segan atau tak boleh nak kibar bendera putih tu bolehlah terus hadir ke sini.

1. Foodbank di Stesen Minyak Petron

Stesyen minyak Petron adalah salah satu tempat yang menyediakan foodbank iaitu bantuan makanan dan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. Senarai lokasi stesyen minyak Petron yang menyediakan Foodbank setakat 2 Julai 2021 adalah seperti berikut:

Gambar ni di Petron Larkin, kolaborasi bersama KPJ Puteri

Selangor
• Petron Sri Damansara 3
• Petron Bangi Sec 10
• Petron Bdr Seri Putra
• Petron Section 18 Shah Alam
• Petron Jalan Kim Chuan
• Petron Sg Jati
• Petron Puchong Indah
• Petron Sg Pelek

Kuala Lumpur
• Petron Jln Dato Keramat

Johor
• Petron Kota Tinggi Utama
• Petron Pasir Gudang East (FI)
• Petron Pasir Gudang East 2 (FI)
• Petron Kg Melayu
• Petron 3.5ML Jln Genuang (FI)
• Petron Tun Aminah
• Petron Gelang Patah
• Petron Peserai
• Petron Bandar Seri Impian
• Petron Taman Makmur
• Petron New Larkin
• Petron Kebun Teh

Terengganu
• Petron Kerteh
• Petron Jerangau
• Petron Bandar Dungun SB

Kelantan
• Petron Bandar Baru Pasir Pekan
• Petron Salor
• Petron Batu23 Labok Machang
• Petron Gua Musang

Perak
• Petron Bercham – Perak

Pahang
• Petron Semambu – Pahang
• Petron Temin Jerantut – Pahang

Sumber: Petron

 

2. Foodbank di Stesen Minyak Petronas

Stesyen Minyak Petronas juga salah sebuah tempat yang menyediakan bantuan Foodbank bagi mereka yang memerlukan. Berikut adalah senarai lokasi stesen minyak Petronas yang menyediakan Foodbank dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sumber diperoleh daripada hasil perkongsian orang ramai di Whatsapp.

Gombak
• Bandar Tasik Puteri
• Bt 6 Jalan Gombak
• Kepong Ind Park
• Latar 1
• Latar 2
• Sg Tua
• Taman Dagang
• Taman Samudra

Hulu Langat
• Bukit Nanding
• East West Link
• Lot 353 Cheras
• Persiaran Mahkota Cheras
• Prima Saujana 1
• Seksyen 3 BBB
• Taman Rakan

Klang
• Jalan Hamzah Alang
• Kg Jawa

Kuala Langat
• Bandar Saujana Putra
• Banting, Klang
• Jenjarum

Kuala Selangor
• Puncak Alam 1

Petaling
• Batu3 Shah Alam
• Bt3 Federal Highway
• Bukit Jelutong Residential
• Bukit Rahman Putra
• Equine Park
• Glenmarie Ttdi Jaya
• Jln Plumbum
• Kg Baru Subang
• KM12.3 FED HWY
• Meranti Jaya
• Merbau Indah
• NKVE Damansara
• NKVE subang
• Persiaran Kayangan
• Putra Bistari (Assuming this is Putra Heights)
• Sek 22
• Seksyen 13
• Seksyen 15
• Seksyen 18
• Seksyen 6
• Setia Alam
• Sg Buloh Layby
• Subang Airport
• Temasya FH
• USJ 2

Seremban
• Bandar Baru Nilai

WP, KL
• Bandar Tun Razak
• Jln Kuching
• Setiawangsa

WP Putrajaya
• Precinct 16 Putrajaya
• Precinct 9A Putrajaya

3. Foodbank di Stesen Minyak Shell

Stesyen Minyak Shell juga turut menyediakan bantuan Foodbank untuk mereka yang memerlukan. Senarai lokasi stesen minyak Shell yang menyediakan Foodbank adalah seperti di bawah serta akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Hulu Langat
• Bangi, Seksyen 7, Kajang
• Jalan Kajang, Semenyih, Kajang
• Kajang Bangi OPP JANA, Kajang
• Sg Long 2, Kajang
• Bandar Botanik, Pelabuhan Klang
• Batu Belah, Klang
• Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
• Jalan Haji Sirat, Klang
• Ligamas Batang Kali

Klang
• Kota Bayu Emas, Pulai Indah, Klang
• Meru Batu 5 Klang
• Pandamaran, Pelabuhan Klang

Kuala Langat
• Kanchong Darat, Banting
• Tanjong 12, Banting

Kuala Selangor
• IJOK, Kuala Selangor
• Puncak Alam, Kuala Selangor
• Rawang, Kuala Selangor

Petaling
• Bandar Kinrara 5, Puchong
• Bandar Puter Puchong, Puchong
• Bandar Utama, Petaling Jaya
• Federal Highway Subang (SIC), Shah Alam
• Jalan Klang area, Petaling Jaya
• Jalan Puchong (PUTRA PERDANA), Puchong
• JALAN PUCHONG KM 12, Puchong
• KESAS HIGHWAY KL BOUND, Subang Jaya
• Kota Damansara, Damansara
• Kota Damansara, Seksyen 7, Sungai Buloh
• LDP Kelana Jaya, Petaling Jaya
• LDP PUCHONG, Puchong
• LDP Putra Heights, Puchong
• Puchong Permai, Puchong
• Puchong Jaya, Puchong
• Putra Heights, Subang Jaya
• Seksyen 18, Shah Alam
• Seksyen 7, Shah Alam
• Setia Alam, Shah Alam
• Sg Besi, PUCHONG HIGHWAY, Kuala Lumpur
• SKVE, Seri Kembangan
• SS19, SubangJaya
• Titi Jaya, Shah Alam
• USJ 9, Subang Jaya
• USJ18, Subang Jaya
• USJ2, Subang Jaya
• USJ6, Subang Jaya

Sepang
• Elite Highway, Sepang

Shah Alam
• Seksyen 1(Federal Highway), Shah Alam
• Seksyen 6, Sungai Buloh

KL
• Jalan Sungai Buluh Kepong, Kepong

Putrajaya
• Precinct 16, Putrajaya
• Precinct 8, Putrajaya
• Precinct 18, Putrajaya

Sumber: Hasil perkongsian orang ramai di WhatsApp.

4. Pelbagai Kedai 

Banyak juga kedai-kedai yang menyediakan foodbank di kedai mereka. Senarainya adalah seperti berikut:

Shah Alam

Elewsmart:
Jalan 22/1, Seksyen 22
Jalan 24/7, Seksyen 24
Jalan U3/D, Seksyen U3
Jalan U13/BM, Seksyen U13

Mykampung Fresmart:
Jalan R7/R, Seksyen 7
Jalan 24/36, Seksyen 24

Umara MinimarketL:
Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14

Boleh juga rujuk Twitter yang dikongsikan saudara Megat seperti di bawah:

5. Masjid Dan Surau

Beberapa buah masjid dan surau juga ada menyediakan bantuan foodbank yang dikenali sebagai Gerobok Rezeki bagi Kuala Lumpur seperti dikongsikan Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli. Senarai adalah seperti di bawah dan bagi negeri lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

 

Kalau nak tengok senarai penuh setiap foodbank yang ada di seluruh Malaysia juga boleh layari laman sesawang kitajagakita.com seperti pautan yang disediakan di bawah. Di laman web ini dikumpulkan senarai foodbank di dalam peta yang lebih memudahkan orang ramai untuk mengetahui lokasi mana paling berhampiran dengan mereka.

Senarai bantuan dan talian untuk mendapatkan bantuan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Boleh share pada mereka yang memerlukan bantuan. Kalau tak dapat bantu mereka pun dapat bantu sampaikan info ni kat mereka dah cukup bagus kan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Baca Juga : Tips Beli Barang Harian Murah 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button