DekorasiCara Mudah

Nak Beli Perabot Baru Takda Bajet? Ubah Suai Je Dengan Cat Semula Perabot Lama Jadi Baru. Ini Caranya

Cara Mudah Cantikkan Semula Perabot Lama Nampak Seperti Baru

Perabot terutamanya perabot kayu boleh digunakan untuk masa yang lama jika betul pada cara menjaganya. Masa-masa PKP ni kita lebih banyak luangkan masa di rumah kita. Setiap hari kita akan tengok perabot yang sama dekat rumah kita. Nak beli baru kita tengah jaga bajet, tapi tengok hari-hari warna sama pun boleh naik bosan.

Kalau korang ada perabot di rumah terutamanya perabot kayu, benda paling jimat dan senang yang korang boleh buat untuk ubah suai ialah dengan cat semula perabot tersebut. Ini 7 langkah DIY (Do-It-Yourself) yang korang boleh buat untuk ubah suai perabot korang dengan cat semula perabot tu supaya nampak macam baru.

Cara Mudah Cantikkan Perabot Lama Nampak Seperti Baru Dengan Car Semula Perabot

Sumber Gambar Shutterstock

Sebelum kita bermula dengan langkah-langkah untuk DIY cat semula perabot korang, ini bahan-bahan yang korang boleh sediakan terlebih dahulu supaya proses cat semula perabot ni nanti berjalan dengan lancar, kebanaykan bahan ini korang boleh dapatkan di Shopee:

  • Pencuci Kayu. Boleh juga beli online di SINI
  • Kertas Pasir Untuk Kayu (Medium fine). Beli Online di SINI
  • Kertas Pasir Untuk Kayu (Super Fine). Boleh beli Online juga di Sini
  • Cat Lapisan Undercoat. Pelbagai brand ada. Nak beli online tengok Sini
  • Kain Gam. Beli online klik Sini
  • Cat Lapisan Warna. Pun boleh beli jenama apa-apa. Nak tengok online klik sini
  • Berus Cat
  • Cat Pelindung. Boleh beli online di Sini atau di Sini

Langkah 1: Bersih dan Sediakan Perabot Korang Sebelum Dicat

Sumber Gambar SiakapKeli

Penyediaan dan pembersihan perabot ini sangat penting supaya perabot yang dah dicat semula, warna catnya tahan lebih lama dan berkualiti. Tanggalkan sebarang pemegang pada perabot jika ada dan pastikan tiada sebarang objek pada permukaan supaya proses pembersihan perabot lebih mudah dan lancar. Kemudian, bersihkan perabot, sebaiknya dengan menggunakan cecair atau minyak khas pembersih kayu seperti Murphy’s Oils Soap kerana lebih mesra dan selamat untuk perabot kayu berbanding air sabun biasa.

 

Langkah 2: Gosokkan Permukaan Perabot Menggunakan Kertas Pasir

Sumber Gambar Shopee

Lepas korang dah bersihkan permukaan perabot, untuk pastikan permukaan perabot korang licin sebelum dicat semula, gosokkan dengan kertas pasir untuk kayu(Medium Fine Grit), jangan gunakan kertas pasir yang terlalu kasar kerana akan menyebabkan kerosakan pada permukaan perabot korang. Kemudian, bersihkan habuk kayu dari permukaan perabot supaya tiada kotoran yang ada pada permukaan kayu mencacatkan cat nanti.

Lap permukaan perabot yang dah digosokkan dengan kertas pasir tadi dengan kain gam atau tack cloth. Kain gam ialah kain terbaik yang boleh digunakan untuk lap permukaan kayu yang sudah digosok dengan kertas pasir kerana lebih berkesan dalam menarik debu, habuk dan serat kayu yang tertanggal. Pastikan perabot korang betul-betul bersih dan kering sebelum meneruskan langkah yang seterusnya. Langkah ini penting supaya cat lebih mudah untuk lekap di atas permukaan perabot.

Sumber Gambar Shopee

 

Langkah 3: Cat Perabot dengan Lapisan Undercoat

Sumber Gambar ErinSpain

Selepas perabot korang dah bersih dan kering, korang boleh mula cat perabot korang dengan cat lapisan undercoat atau primer, cat untuk undercoat yang korang pilih pula mestilah sesuai dengan permukaan perabot. Kalau permukaan kayu, pilih cat yang sesuai untuk mengecat kayu.

Setelah selesai, biarkan cat pada permukaan perabot itu kering sebelum meneruskan dengan langkah seterusnya. Langkah ini membantu untuk melindungi kesan kotoran atau perubahan warna jika ada pada perabot sebelum di cat dengan warna yang kita mahukan. Cat yang murah dan korang boleh guna sebagai lapisan undercoat ialah Nippon Paint Economy Undercoat.

Sumber Gambar Shopee

Langkah 4: Gosokkan Sekali Lagi Dengan Kertas Pasir Yang Lebih Halus

Sumber Gambar Shopee

Setelah lapisan cat undercoat pada permukaan perabot korang kering, gosok sekali lagi dengan kertas pasir namun menggunakan kertas pasir yang paling halus atau grade ‘super fine grit‘. Langkah ini akan menjadikan permukaan cat lapisan undercoat lebih licin dan akan nampak lebih cantik apabila dicat semula dengan warna yang korang nak nanti. Lap permukaan perabot dengan kain gam lagi sekali untuk memastikan tiada sebarang habuk dan debu atas permukaan perabot sebelum meneruskan dengan langkah seterusnya, iaitu mengecat!

Langkah 5: Pilih Warna dan Jenis Cat Yang Sesuai Dan Mula Mengecat

Sumber Gambar SiakapKeli

Sekarang, sudah tiba masanya untuk mula mengecat dengan warna cat yang korang inginkan. Selain warna cat pilihan, jenis cat yang korang nak gunakan juga mestilah sesuai dengan permukaan atau jenis perabot yang korang nak cat. Contohnya kalau perabot diperbuat daripada kayu, gunakan cat yang sesuai untuk permukaan kayu. Cat yang murah korang boleh gunakan untuk cat perabot ialah Nippon Paint Platone High Gloss, cat ini juga boleh digunakan ke atas kedua-dua permukaan kayu dan besi.

Sumber Gambar Shopee

Untuk mendapatkan warna yang cantik dan lapisan yang tahan lebih lama, korang boleh cat 2 ke 3 lapisan. Hasil terbaik boleh didapatkan kalau korang gosok permukaan perabot dengan kertas pasir ‘super fine grit’ dan dilap dengan kain gam pada setiap lapisan cat setelah lapisan tersebut kering kecuali lapisan terakhir, permukaan perabot yang dicat akan nampak lebih licin dan cantik.

 

Langkah 6: Lindungi Warna Cat Dengan Lapisan ‘Sealer’

Sumber Gambar Shopee

Sealer ialah lapisan terakhir setelah korang selesai cat perabot korang. Antara bahan yang korang boleh gunakan sebagai lapisan sealer ini ialah ‘Minwax Fast Drying Polyurethane‘. Bahan ini akan menjadi lapisan perlindungan untuk warna cat perabot tersebut dari pudar disebabkan sinaran UV matahari atau rosak akibat tumpahan air. Sealer juga mampu menghalang warna cat perabot dari berkulat akibat kelembapan. Sapu di seluruh bahagian permukaan perabot yang sudah dicat tadi dan biarkan sehingga kering.

Mudah je kan nak cat semula perabot? Sekarang korang dah ada perabot berwarna baru dengan warna cat yang lebih tahan dan cantik. Nak beli perabot baru tak salah, tetapi kadang-kadang kita kena juga tengok pada bajet kita sendiri. Kenapa perlu ganti kalau kita dapat baiki? Ilmu dan skill baru pun kita dapat pelajari kalau buat sendiri.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button