Tips JimatKesihatan

Tiada Alatan Senaman Di Rumah? Ini 5 Alatan Senaman DIY Boleh Buat Sendiri Jimat Duit!

Tips Jimat Buat Alatan Senaman DIY Di Rumah

Sumber Gambar Zameen

Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP kali ini dilanjutkan lagi, namun tak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak melakukan senaman di rumah. Walaupun semua pusat kecergasan termasuklah gim diarahkan tutup sepanjang PKP ini, korang masih boleh bersenam di rumah dengan menggunakan alat senaman DIY(Do-It-Yourself) ini. Kalau kita tak boleh pergi ke gim, kita bawa gim ke rumah. Ini 5 alat senaman DIY yang korang boleh buat dan gunakan untuk bersenam di rumah:

 

1. Tak Ada KettleBell Untuk Senaman Rumah? Botol Air Mineral Pun Boleh Guna!

Sumber Gambar WomansDay

Kettlebell ialah salah satu alat senaman yang digunakan di gim terutamanya untuk membuat senaman lengan. Kalau korang tak ada kettlebell di rumah, jangan risau, korang boleh gunakan botol air mineral 9 liter sebagai ganti. Kalau korang tak ada botol air mineral yang besar ini, tak apa, korang boleh dapatkan di mana-mana pasar raya.

Habis minum air dalam tu, isi dengan aior paip sesuai dengan berat yang korang nak. Kemudian boleh gunakan pemegang botol air mineral tersebut macam pemegang kettlebell untuk bersenam. Boleh juga balutkan pemegang botol air mineral tersebut dengan kain untuk mengelakkan rasa sakit pada tapak tangan ketika bersenam.

 

2. Nak Buat Dead Squat Tapi Tak Ada Barbell? Ada Tong Gas Pun Boleh Jalan!

Sumber Gambar Berita Harian

Dead squat ialah senaman yang serupa dengan squat biasa cuma dengan menambah beban di atas bahu ketika melakukan senaman tersebut. Biasanya barbell akan digunakan sebagai beban ketika melakukan dead squat. Tapi kalau korang tak ada barbell dekat rumah jangan risau, korang maish boleh melakukan senaman ini.

Pergi ke dapur korang dan lihat ada tak tong gas. Angkat tong gas tersebut dan letakkan di atas bahu sambil melakukan senaman squat. pastikan berhati-hati dalam melakukan senaman dengan menggunakan tong gas ini ya, jauhkan dari api atau tempat mudah terbakar. Lagi selamat kalau guna tong gas tanpa isi. Selain dead squat, tong gas ni juga korang bolehg guna untuk buat senaman lain seperti abs roller, deadlift dan lunges.

 

3. Kalau Tak Ada Push-Up Bar, Boleh Ubah Suai Batang Paip PVC!

Sumber Gambar TinkTube

Kalau korang tak ada push-up bar di rumah untuk memudahkan buat senaman tekan tubi, korang boleh buat sendiri dengan menggunakan batang paip PVC! Ini bahan-bahan yang korang perlukan dan boleh beli di kedai hardware:

  • 92″ batang paip PVC
  • Set sambungan siku 90° paip PVC
  • Penyambungan-T paip PVC
  • Alas getah Paip PVC

Kemudian potong paip PVC tersebut menjadi seperti bahagian di dalam gambar dan sambungkan bahagian-bahagian tersebut untuk menjadikannya sepasang push-up bar yang boleh digunakan untuk bersenam di rumah.

 

4. Kalau Tengok Ada Guni Terpakai, Boleh Jadikan Beg Pasir Untuk Bersenam!

Sumber Gambar Maskulin

Kalau korang ada guni terpakai di dapur, tak kiralah guni beras ke, guni tepung ke, korang boleh gunakan guni tersebut sebagai pengganti beg pasir yang selalu digunakan untuk bersenam. Caranya senang sahaja, korang cuma perlu isi pasir di dalam guni tersebut mengikut berat yang korang nak dan boleh gunakan untuk bersenam. Banyak senaman yang korang boleh buat dengan ‘beg pasir guni’ ini, antaranya ialah sit-up, squat, tekan tubi dan sebagainya.

Sumber Gambar MensHealth

Selain itu, guni terpakai ini jugak korang boleh jadikan sebagai punching bag untuk melakukan senaman tinju dan sebagainya. Tapi kalau korang nak jadikan guni terpakai sebagai punchingbag, isinya sebaiknya korang gunakan habuk kayu. Gantung guni berisi habuk kayu tersebut dan korang sudah ada punching bag sendiri di rumah.

Sumber Gambar Youtube Create Ideas

 

5.Banyak Botol Plastik Di Rumah? Jangan Buang, Kita Boleh Jadikan Dumbbell

Sumber Gambar Youtube Rom GD

Kalau korang banyak botol plastik di rumah, jangan buang, korang boleh jadikan botol plastik tersebut sebagai dumbbell untuk korang gunakan bersenam di rumah. Ini cara paling mudah untuk korang buat dumbbell dengan menggunakan botol plastik.

  1. Cari 8 botol plastik sama saiz, kalau boleh saiz 500ml
  2. Isi botol plastik tersebut dengan air atau pasir
  3. Sediakan batang paip PVC yang sudah dipotong
  4. Ikat botol plastik tadi pada batang paip PVC tersebut seperti di dalam gambar
  5. Ulang langkah di atas untuk buat satu lagi dumbbell supaya cukup sepasang

Sekarang korang tak perlu beli dumbell mahal-mahal, cukup ada botol plastik dan batang paip PVC, kosnya tak lebih pun RM 20 untuk buat sepasang dumbbell.

Kalau nak bersenam dan kekal cergas, tak perlu kepada alatan mahal-mahal, nak buat sendiri di rumah pun boleh. Antara mahu atau tidak mahu sahaja yang tinggal. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau tak nak senam di rumah guna alatan boleh tengok senaman lain yang boleh dibuat dekat rumah baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button